Rawatan Sesak Nafas - Urutan Saraf Al-Amin



                                   ---------------------------


Alhamdulillah Allah melapangkan masa saya untuk saya berkongsi sedikit ilmu rawatan berkaitan pernafasan.

Masalah sesak nafas berlaku biasanya adalah akibat daripada terkena serangan penyakit seperti asma dan sakit jantung. Setakat pengalaman saya masalah tersebut adalah sangat efektif dibantu dengan kaedah urutan.

Sangat banyak testimoni yang saya dapat dalam merawat masalah sesak nafas dengan kaedah urutan. Berikut adalah sebahagian kisah yang dapat saya kongsikan:


Kisah 1:

En Zamri selalu berasa sesak nafas terutamanya pada waktu malam dan bangun tidur. Selepas menjalankan 3 sesi urutan (seminggu sekali) En Zamri terasa nafasnya semakin lapang. Setelah itu En Zamri melakukan urutan secara rutin sebulan 2 kali, kini En Zamri telah kembali pulih seperti biasa. Tiada lagi terasa sesak nafas ketika waktu malam dan bangun tidur.

Kisah 2:

En Ismail adalah seorang perokok tegar. Beliau kerap mengalami semput atau mengah ketika bekerja atau melakukan sedikit kerja berat. Saya mencadangkan agar En Ismail menjalankan urutan. Ketika menjalankan urutan En Ismail kerap terasa seperti ingin muntah tetapi tidak mengeluarkan apa-apa. Setelah En Ismail menjalankan 5 sesi urutan setiap minggu kini En Ismail telah kembali cergas dan boleh melakukan kerja berat tanpa sebarang gangguan pernafasan.

                              ---------------------------------------


Di bawah ini disertakan gambar dan penerangan untuk merawat masalah sesak nafas dengan kaedah Urutan Saraf Al-Amin.
                                                         




 Gambarajah 1: Dada.








Gambarajah 2: Belikat.

Kaedah urutannya adalah seperti berikut:

1) Letakkan minyak di tempat yang ingin diurut.
2) Urut mengikut arah anak panah.
3) Kebiasaannya kawasan dada atau belikat (atau kedua-duanya) akan terasa sakit apabila diurut. Berikan tekanan yang sederhana kuat, tetapi bermula dengan tekanan yang perlahan.
4) Gunakan Petua Halia sebelum tidur. (Letakkan dibahagian yang terasa sakit apabila diurut, seperti dibahagian dada atau belikat).




PETUA HALIA:


- Ambil halia secukupnya.
- Tumbuk sehingga lumat.
- Tempekkan di bahagian yang terasa sakit.
- Biarkan semalaman dan ulang beberapa hari.


NOTA:

- Ketika melakukan urutan, anda hendaklah mencari di mana titik sakit. Berikan tumpuan dan lebihkan di kawasan yang sakit.

- Lakukan beberapa sesi sehingga sakit dibahagian tersebut berkurangan dan hilang sepenuhnya.


----------------------------------------------------------

KLIK SINI







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)