Rawatan SAKIT LUTUT.
Ramai orang yang mempunyai masalah sakit lutut yang telah saya bantu dengan kaedah urutan, dan ramai yang telah mendapat kesembuhannya, alhamdulillah.
Bukan sahaja orang tua yang mengalami masalah sakit lutut, bahkan ramai juga di kalangan orang muda yang mengalami masalah yang sama.
Banyak punca yang menyebabkan masalah sakit lutut, antaranya ialah disebabkan oleh berat badan yang berlebihan, salah 'step' ketika melakukan aktiviti lasak atau kerana terlalu aktif bersukan setelah sekian lama tidak bersukan.
Masalah ini perlu dirawat dan jangan kita biarkan sehingga ia melarat dan menjadi semakin teruk, jika tidak ia akan mengganggu aktiviti harian seperti bekerja, berjalan, bangun dari duduk, menaiki tangga dan bersolat.
Antara kaedah yang efektif untuk membantu dalam melegakan sakit lutut adalah dengan mengurangkan berat badan (kepada yang mempunyai berat badan yang berlebihan), ia telah dibuktikan melalui beberapa testimoni pesakit saya.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang rawatan sakit lutut dengan kaedah urutan. Mudah-mudahan dengan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu rakan-rakan dan famili anda. Bahkan di samping itu, ia juga boleh menjadi sumber pencarian sampingan untuk anda dalam menempuh suasana ekonomi yang semakin menekan.
Di bawah ini disertakan gambar dan penerangan untuk merawat masalah sakit lutut.
------------------------------
Kaedah rawatannya adalah seperti berikut:
Gambarajah 1: Tepi lutut (bahagian luar).
Gambarajah 2: Tepi lutut (bahagian dalam).
Gambarajah 3: Belakang kaki.
1) Letakkan minyak di tempat yang ingin di urut.
2) Urut mengikut arah anak panah.
3) Di kawasan yang dibulatkan anda boleh berikan urutan tanpa mengikut arah yang tetap, kerana yang penting di sini adalah daya tekanan itu sendiri.
4) Kebiasaannya kawasan lutut yang sakit akibat terseliuh (contohnya ketika bersukan) akan bengkak jika baru terjadi. Tiada masalah untuk melakukan urutan di tempat tersebut, cuma berikan tekanan yang sederhana.
5) Sesi urutan boleh dibuat sehingga sakit lutut hilang/ berkurangan.
6) Gunakan petua halia sebelum tidur.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETUA HALIA:
- Ambil halia secukupnya.
- Tumbuk sehingga lumat.
-Tempekkan di kawasan sakit (tutupkan dengan plastik supaya air halia tidak meresap ke dalam pembalut).
- Kemudian balutkan dan biarkan semalaman. Ulang beberapa hari.
NOTA:
- Ketika melakukan urutan, anda hendaklah mencari di mana titik sakit. Berikan tumpuan dan lebihkan urutan di kawasan yang sakit.
- Lakukan beberapa sesi sehingga sakit di bahagian tersebut berkurangan.
----------------------------
---------------------------------------------------------
Anda rasa ianya bermanfaat? Jom jana PAHALA PERCUMA anda hanya dengan share posting " Rawatan SAKIT LUTUT " ini. Ia PASTI akan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.
Anda membantu orang lain, Allah PASTI akan membantu anda =)
*** AMARAN KERAS !!!: JANGAN KEDEKUT ILMU.
KLIK SINI |
\
kalau tempurung lutut mcm bergerak2 boleh gune teknik urutan ni??
BalasPadamRasanya mungkin perlu buat rawatan yang lebih detail. Blh whatsapp 0197524243 ye, Pn Lina =) (utk wanita)
Padamkedai dimana? brp byrn..
BalasPadamKedai sekarang di seksyen 18 Shah Alam tuan Hazme, Utk dapatkan location, set appointment dan lain2 maklumat detail tuan blh terus whatsapp ke 019-2298663 ye =)
PadamKaki orang tua saya tak boleh nak lipat ketika solat, boleh tuan ajar teknik urutnya.
BalasPadammemang seksa kalau Sakit Lutut ni
BalasPadam