Rawatan Sakit pinggang: Siri 2
----------------------------------------------
Di dalam entry rawatan pinggang siri ke-2 ini saya akan menunjukkan point-point urutan di bahagian tepi peha, dan belakang peha yang kita lakukan di dalam posisi mengiring.
Pada point urutan A (Gambarajah), urutan bermula daripada pangkal peha dan tolak ke bawah.
Gunakan tapak tangan untuk melakukan urutan supaya mendapat tenaga yang lebih optimum dan pesakit juga akan berasa lebih selesa, kerana penggunaan tapak tangan mempunyai permukaan yang lembut, luas dan lebar.
Jangan tekan terlalu kuat, tetapi berikan tekanan yang sedikit kuat. Mulakan tekanan secara bertahap, iaitu bermula dengan tahap 1 (perlahan), 2 (sederhana) hingga 3 (sederhana kuat).
Pada point urutan B (Gambarajah), urutan bermula daripada celah tulang di bahagian punggung. Anda boleh menggunakan ibu jari untuk melakukan urutan di bahagian ini. Di kawasan ini isi adalah agak tebal, oleh itu berikan tekanan yang agak kuat sesuai dengan ketahanan pesakit. Berikan tekanan tahap 3 & 4. Lakukan secara berulang-ulang kali sehingga otot/ urat yang tegang menjadi lebih lembut.
Jika urutan ini anda lakukan dengan lembut, maka ia boleh dilakukan pada setiap hari. Tetapi jika anda memberikan tekanan yang agak kuat atau pesakit kurang mampu menahan sakit urutan, maka lakukan ia 2 @ 3 hari sekali.
Kebanyakan mereka yang sakit pinggang akan turut memberi "effect" di bahagian A & B yang seterusnya akan menyebabkan pesakit tidak dapat rukuk dengan sempurna kerana urat di bahagian peha telah menjadi keras dan kurang elastik.
Dengan urutan ini akan membuatkan otot/ urat di bahagian tersebut akan menjadi lembut dan elastik. ini akan membuatkan pesakit lebih selesa apabila melakukan pergerakan seperti berjalan, tunduk @ rukuk.
NOTA:-
** Tahap tekanan di dalam URUTAN SARAF AL-AMIN:
= 1 (perlahan/lembut)
= 2 (Sederhana)
= 3 (Sederhana kuat)
= 4 (Kuat)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Teruskan follow blog saya. Sila share dengan rakan-rakan anda dan jemput mereka mengambil ilmu di sini =)
- Saya berikan secara PERCUMA shj. Mudah-mudahan anda menghargainya. Lebih anda bersyukur ilmu anda akan lebih berkat dan Allah akan berikan kefahaman yang lebih kepada anda. Yang penting jangan lupa amalkan, kalau tak mampu amal sebarkan kepada rakan-rakan =)
- JANGAN KEDEKUT ILMU.
Gambarajah Rawatan Sakit Pinggang: Siri 2
------------------------------------------
KLIK SINI |
Ulasan
Catat Ulasan