2 POINT PENTING URUT SAKIT IBU JARI (VIDEO PANDUAN DISEDIAKAN) ~



Tadi seorang pak cik berusia 58 telah datang ke Pusat Terapi Saraf Al Amin untuk mendapatkan khidmat rawatan. Beliau mempunyai masalah sakit ibu jari, dah 2 minggu masalah berlarutan.

Beliau tunjukkan, terdapat 2 pergerakan utama yang sangat sakit apabila dilakukan. Di bawah ini adalah pergerakan tersebut.

1) Pergerakan pertama:

Ibu jari akan terasa sakit apabila dilipatkan kebelakang seperti di dalam gambar di bawah.


2) Pergerakan kedua:

Ibu jari akan terasa sakit apabila dilipatkan ke depan seperti di dalam gambarajah di bawah.


Antara pergerakan pertama dan kedua, pergerakan kedua adalah lebih menyakitkan katanya. 

Saya bertanya kepada pak cik itu, apakah insiden yang menyebabkan beliau mendapat masalah tersebut? Memang cara saya ialah sentiasa bertanyakan tentang "bagaimana datangnya masalah itu" sebelum saya menjalankan apa-apa rawatan. Ia akan memudahkan kita untuk memahami masalah yang dihadapi dan seterusnya mengaturkan penyelesaian masalah yang bersesuaian untuk pesakit tersebut.

Pak cik itu beritahu, kemungkinan masalah itu berlaku adalah disebabkan beliau telah angkat satu bebanan yang berat.

Setelah itu saya telah meminta beliau untuk baring dan sesi urutan mula dijalankan. walaupun beliau hanya sakit ibu jari sahaja, tapi saya biasanya akan minta pesakit untuk berbaring. Kerana dengan berbaring pesakit akan terasa lebih releks dan berasa lebih tenang. Semasa sesi rawatan dijalankan, adalah penting untuk pesakit berasa tenang dan berada dalam kedudukan yang selesa. Ia akan membantu sesi rawatan untuk berjalan dengan lebih lancar lagi.


Semasa mengurut terdapat beberapa point 'spot' yang telah dapat dijangka, tetapi antara point tersebut, terdapat 2 point penting yang betul-betul memberi kesan kepada masalah pak cik itu. Di bawah ini adalah point yang saya maksudkan.

1) Point pertama


Point ini terletak di bahagian pangkal ibu jari. Otot tersebut adalah merupakan nadi kepada kekuatan ibu jari, apabila bahagian otot ini membeku, mengeras atau tidak dapat berfungsi dengan baik, maka ibu jari akan menjadi lemah dan akan membataskan kemampuan ibu jari tersebut.



2) Point kedua


Point ini terletak dibelakang tangan, antara jari telunjuk dengan ibu jari. Tekan dengan menggunakan hujung ibu jari.

=============================

Antara kedua-dua point ini, yang paling berkesan untuk kes ini adalah point pertama. Sebenarnya untuk pengetahuan anda, point pertama itu telah pun diurut oleh seseorang Tukang Urut sebelum ini, tetapi kesan pemulihan sangat sedikit, hampir tiada. Mengapa ia terjadi? Ini kerana tekanan yang diberi tidak sampai ke dalam, sedangkan bahagian dasar itulah yang dicari. Itulah bahagian yang menyumbang kepada pemulihan untuk masalah ini.

Dengan izin Allah jua semua yang berlaku ini, tanpa izinnya tiada apa yang mampu kita lakukan.




Untuk kefahaman anda yang lebih mendalam, saya telah sediakan panduan video kaedah mengurut untuk masalah ini. Saya amat berbesar hati sekiranya ia dapat membantu anda yang sedang membaca posting ini. Silakan klik gambar dibawah, dan anda akan dapat terus menonton video tersebut, Insya Allah.. 

Selamat menonton!!! 😃😃

KLIK DI SINI UNTUK TONTON TEKNIK URUT IBU JARI DENGAN LEBIH DETAIL.

=============================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)