4 STEP RAWAT SAKIT LUTUT UNTUK DIRI SENDIRI. (Urut Shah Alam) ~
(Urut Urat Saraf Al Amin: Shah Alam| Urut Tradisional)
Masalah sakit lutut boleh melanda sesiapa jua, tak kira sama ada golongan tua atau muda. Antara sebab atau punca kepada masalah sakit lutut ini adalah kerana:
- Kecederaan sukan.
- Kekeringan gel di dalam lutut.
- Masalah berat badan berlebihan.
- Terseliuh.
Apabila mengalami sakit lutut, maka banyak kerja-kerja atau aktiviti kita menjadi tergendala, sehingga menyebabkan hidup kita menjadi stress dan semakin tertekan. Antara maslah biasa yang dialami oleh mereka yang mengalami masalah sakit lutut ini adalah:
- Kaki tidak boleh dilipatkan (Terutama ketika bersolat).
- Sakit apabila menaiki tangga.
- Terasa sakit apabila berjalan.
- Terasa sakit apabila bangun dari duduk.
Selalunya apabila kita sakit lutut, maka kita akan pergi mencari tukang urut, pergi ke klinik, makan ubat tertentu, sapu minyak panas dan lain-lain. Tetapi itu semua memerlukan kos, sejujurnya saya percaya bukan semua orang sanggup untuk mengeluarkan kos tersebut.
Oleh itu di sini saya ingin berkongsi kaedah urutan untuk merawat diri sendiri, khas untuk masalah sakit lutut. Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini akan dapat membantu ramai orang diluar sana.

Bahagian yang ke- 2 di dalam bahasa anatomi adalah = Otot Vastus Lateralis.
Manakala bahagian yang ke-4 adalah = Otot Vastus Medialis.
Bahagian -2 adalah merupakan point paling penting untuk merawat masalah sakit lutut, saya melabelkan ia sebagai point wajib yang masti kita urut. Untuk bahagian ini memadai urut hanya di bahagian separuh peha sahaja, seperti di dalam gambarajah.
Bahagian -4 pula adalah point kedua terpenting setelah itu. Urut kedua-dua bahagian tersebut dengan menggunakan tapak tangan. Berikan tekanan yang secukupnya, dan fikuskan tekanan pada bahagian yang sakit atau terasa sengal apabila diurut. Kerana otot/ urat pada bahagian tersebut telah menegang dan perlu untuk dilembutkan.
Apabila point tersebut lembut, maka peredaran darah dibahagian tersebut akan mulai menjadi lancar dan seterusnya dapat menguatkan bahagian peha dan lutut.
Lutut dipegang oleh peha, oleh itu ia berkait rapat. Jika otot dibahagian peha kuat dan sihat, maka ia akan membuatkan lutut menjadi lebih kuat dan bertenaga.
STEP 3 - FOKUS BAHAGIAN BERDEKATAN TEMPURUNG LUTUT/ TULANG PATELA
===================================
Point ini terletak di bahagian yang dibulatkan di dalam gambar. Ia terletak berdekatan dengan tempurung lutut. Urut bahagian tersebut, jika terasa sakit, fokuskan dan urut lebih lama di bahagian tersebut. Sebaiknya urut sehingga kesakitan tersebut berkurangan.
Tetapi jika bahagian tersebut tidak terasa sakit bila ditekan, maka boleh skip sahaja dan fokus kepada point seterusnya.
STEP 4 - CUNGKIL TULANG PATELA (TEMPURUNG LUTUT) KE ATAS (JIKA KETAT SAHAJA)
===================================
Sebahagian mereka yang mempunyai masalah sakit lutut turut mempunyai masalah di tulang patela. Masalah yang dimaksudkan adalah tulang patela yang sepatutnya longgar dan boleh digerak-gerakkan itu telah menjadi ketat. Ligamen yang mengikat tulang patela itu seolah-olah telah membeku, atau mengikat tulang patela.
Tulang patela yang ketat akan membuatkan pergerakan lutut menjadi tidak lancar. Oleh itu kita perlu untuk melonggarkan kembali tulang patela tersebut dan seterusnya membuatkan pergerakan lutut menjadi lebih lancar lagi.
Nota: Jika bahagian tulang patela/ tempurung lutut itu sememangnya telah longgar, maka tak perlu lagi menggunakan kaedah ini. Ia hanya untuk mereka yang mempunyai masalah sahaja.
Tekniknya ditunjukkan melalui gambarajah di bawah:
Caranya ialah dengan mencungkil tulang patela dengan menggunakan ibu jari. Letakkan hujung ibu jari betul-betul di bawah tulang potela tersebut dan cungkilkan ke atas. Buat sehingga tempurung lutut atau tulang patela itu menjadi longgar.
TIPS:
Lakukan teknik yang telah ditunjukkan selang 3 hari sekali. Buat sehingga point yang sakit atau otot yang tegang terasa lebih lembut.

=======================
STEP 1 & 2 - FOKUS BAHAGIAN 2 DAN 4
================================
Saya pecahkan bahagian peha kepada 5 bahagian, dan kita hanya perlu fokuskan kepada bahagian ke 2 dan 4 sahaja.
Di dalam gambar di bawah saya letakkan pecahan tersebut, fokus hanya pada bahagian yang telah dilorekkan sahaja.
(Urut Urat Saraf Al Amin: Shah Alam| Urut Tradisional)
Bahagian yang ke- 2 di dalam bahasa anatomi adalah = Otot Vastus Lateralis.
Manakala bahagian yang ke-4 adalah = Otot Vastus Medialis.
Bahagian -2 adalah merupakan point paling penting untuk merawat masalah sakit lutut, saya melabelkan ia sebagai point wajib yang masti kita urut. Untuk bahagian ini memadai urut hanya di bahagian separuh peha sahaja, seperti di dalam gambarajah.
Bahagian -4 pula adalah point kedua terpenting setelah itu. Urut kedua-dua bahagian tersebut dengan menggunakan tapak tangan. Berikan tekanan yang secukupnya, dan fikuskan tekanan pada bahagian yang sakit atau terasa sengal apabila diurut. Kerana otot/ urat pada bahagian tersebut telah menegang dan perlu untuk dilembutkan.
Apabila point tersebut lembut, maka peredaran darah dibahagian tersebut akan mulai menjadi lancar dan seterusnya dapat menguatkan bahagian peha dan lutut.
Lutut dipegang oleh peha, oleh itu ia berkait rapat. Jika otot dibahagian peha kuat dan sihat, maka ia akan membuatkan lutut menjadi lebih kuat dan bertenaga.
STEP 3 - FOKUS BAHAGIAN BERDEKATAN TEMPURUNG LUTUT/ TULANG PATELA
===================================
Point ini terletak di bahagian yang dibulatkan di dalam gambar. Ia terletak berdekatan dengan tempurung lutut. Urut bahagian tersebut, jika terasa sakit, fokuskan dan urut lebih lama di bahagian tersebut. Sebaiknya urut sehingga kesakitan tersebut berkurangan.
Tetapi jika bahagian tersebut tidak terasa sakit bila ditekan, maka boleh skip sahaja dan fokus kepada point seterusnya.
STEP 4 - CUNGKIL TULANG PATELA (TEMPURUNG LUTUT) KE ATAS (JIKA KETAT SAHAJA)
===================================
Sebahagian mereka yang mempunyai masalah sakit lutut turut mempunyai masalah di tulang patela. Masalah yang dimaksudkan adalah tulang patela yang sepatutnya longgar dan boleh digerak-gerakkan itu telah menjadi ketat. Ligamen yang mengikat tulang patela itu seolah-olah telah membeku, atau mengikat tulang patela.
Tulang patela yang ketat akan membuatkan pergerakan lutut menjadi tidak lancar. Oleh itu kita perlu untuk melonggarkan kembali tulang patela tersebut dan seterusnya membuatkan pergerakan lutut menjadi lebih lancar lagi.
Nota: Jika bahagian tulang patela/ tempurung lutut itu sememangnya telah longgar, maka tak perlu lagi menggunakan kaedah ini. Ia hanya untuk mereka yang mempunyai masalah sahaja.
Tekniknya ditunjukkan melalui gambarajah di bawah:
Caranya ialah dengan mencungkil tulang patela dengan menggunakan ibu jari. Letakkan hujung ibu jari betul-betul di bawah tulang potela tersebut dan cungkilkan ke atas. Buat sehingga tempurung lutut atau tulang patela itu menjadi longgar.
TIPS:
Lakukan teknik yang telah ditunjukkan selang 3 hari sekali. Buat sehingga point yang sakit atau otot yang tegang terasa lebih lembut.
==============
Perkongsian ini saya nukilkan adalah supaya ramai orang yang akan mendapatan manfaat daripadanya. Kawan-kawan, sesungguhnya diluar sana sangat ramai orang yang sakit, dan ada dikalangan mereka yang tinggal seorang diri dirumah dalam keadaan usia yang semakin lanjut.
Sekiranya mereka mempunyai masalah sakit lutut, maka mereka akan menderita sendirian, tiada siapa yang mahu membantu, malah untuk menguruskan diri sendiri juga menjadi satu masalah besar buat mereka.
Oleh itu, saya minta jasa baik anda. Sila sebarkan tips 4 step urutan sakit lutut ini kepada kawan-kawan dan saudara-mara. Gunalah segala media yang ada untuk menyampaikannya. Semoga artikel ini bermanfaat dan mendapat keberkatan dari Allah. InsyaAllah..
Sila tonton video di bawah, InsyaAllah ia akan membuatkan anda lebih faham tentang ilmu yang telah saya kongsikan.

VIDEO 4 STEP MERAWAT SAKIT LUTUT SENDIRI DENGAN KAEDAH URUTAN:
VIDEO: 4 STEP URUT SAKIT LUTUT-RAWAT DIRI SENDIRI. KLIK SINI |
=============================
KLIK SINI |
Ulasan
Catat Ulasan