Catatan

BELAJAR URUT/ KURSUS URUT 2 HARI JE BOLEH PANDAI KE? - MAI SAYA NAK SHARE CERITA SIKIT.. RUGI TAK BACA.

Imej
============================= ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Teringat lagi seorang pelajar yang pernah belajar urut dengan saya bernama Zaitun (Bukan nama sebenar). Akak ni pekerja baru di sebuah Spa, belum pandai urut lagi. Kak Zaitun hanya mengharapkan kawan-kawan sekerja untuk mengajarkan dia mengurut tapi malangnya kawan-kawan tak nak ajar, kata mereka: " Aku dulu nak dapat ilmu ni bukan main susah. kau pulak senang-senang je nak aku ajarkan, pergilah belajar sendiri! " Akak ni bercerita sambil menangis, rasa diri dihina dan seperti peminta sedekah.  Kemudian akak ni datang untuk belajar dengan saya. Pada ketika itu kelas saya hanya sehari. Sehari saja siap pengajaran saya urut 1 badan untuk merawat lebih daripada 20 masalah sakit-sakit tubuh. Alhamdulillah lepas kelas akak tu sendiri kata rasa lebih yakin utk mengurut. Dan dia dah nampak point-point penting dalam urutan. Lebih ku

CARA MENGECUTKAN BENGKAK & MELEGAKAN SAKIT-SAKIT URAT DENGAN MENGGUNAKAN HALIA.

Imej
Kesian tengok orang terseliuh. Kes terseliuh ni biasanya berlaku di bahagian angkle atau pergelangan kaki. Orang yang terseliuh biasanya akan dapat pakej sekali dengan bengkak di bahagian tersebut. Masa tengah bengkak tu memang sakit bila nak berjalan lebih-lebih lagi kalau di tempat kita tinggal tu tiada tukang urut. Di sini saya nak kongsikan tips atau petua bagaimana untuk mengecutkan bengkak jika anda terseliuh. Dengan tips ini akan dapat mempercepatkan proses rawatan. Ini adalah untuk treatment sementara jika kita tak tahu di mana nak cari tukang urut. Tapi untuk rawatan yang lebih sempurna perlu disusuli dengan urutan. :- Bahan - bahan yang diperlukan ialah :- 1- Tepung Gandum 2- Halia Cara-cara menggunakannya: 1- Ambil halia secukupnya dan tumbuk dengan lesung batu (blander pun boleh) 2- Setelah hancur campurkan dengan sedikit tepung gandum.( Jangan terlalu banyak cukup sekadar menjadi 'agen' pelekat sahaja) 3- Tempekkan

ADAKAH KITA TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN?

Imej
Suatu hari, aku bertanya kepada guruku "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna di dalam hidup ini?" "Akanku tunjukkan kepadamu. Sekarang berjalanlah terus ke taman bunga, lalu petiklah bunga-bunga yang paling indah menurutmu dan jangan sesekali kembali kebelakang..!" Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, aku kembali dengan tangan kosong, Lalu Guruku bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan walau satu bunga pun..??" "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di ujung, aku baru sedar bahwa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali ke belakang lagi..!" Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Karena sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada,

BERNIAGA ibarat BERJUDI??

Imej
Kawan saya ni berniaga jual kuih, ada orang cakap kat dia, "Kau ni berniaga buat apa? Kau tau tak berniaga ni ibarat kau perjudikan nasib kau sendiri.. ko keje je la makan gaji, tak payah berniaga-berniaga ni.." Berniaga ni perjudikan nasib sendiri? Emm.. biar betul, macam pelik je dengar. Oh, habis tu berniaga ni macam main judi la ye? Kalau untung sebab nasib, kalau rugi pun sebab nasib.. cantik sikit ayat tu beb.. Biasanya orang yang cakap macam tu sebab dia pernah rugi atau kena tipu, atau pun sebab berniaga tapi tak untung-untung, berniaga tapi tak jadi macam yang dia expect. Tu la masalah orang yang berniaga, nak cepat untung, nak cepat kaya, nak cepat senang. Lepas tu buat pinjaman melabur sana-sini, bila duit melebur kata berniaga tak bagus. Takde masalah kalau nak cepat naik, tapi semua benda kita kena mula dari bawah. Kalau nak cepat kena la struggle. Jangan harap semua benda datang bergolek. Kenal Wak Joko? Wak Joko ada harta penin

SIRI 3.3 : KISAH BENAR - AKU BERTEMU JODOH

Imej
Ingat lagi, dapat surat tu pada bulan Julai 2013. Surat tu bagitau mas kahwin dah naik jadi RM8000. Tunang saya kata keluarga dia dah bincang balik dan ni keputusan diorang, kalau saya tak mampu ayah Radiah suruh Radiah bantu untuk cukupkan jumlah tu. Daripada RM4000, sekarang dah jadi RM8000?.. glup.. tiba-tiba rasa macam dunia ni berenti sekejap.. rasa nak pitam pun ada.  Mungkin pihak wanita ada kos-kos tambahan last minit kot.  Saya tengok je surat tu.. dapat ke saya kumpul banyak tu bulan 12 ni? Yang RM4000 plus kos transport dan lain-lain RM2000 tu pun rasa macam susah saya nak capai.. sekarang dah jadi RM8000.. plus RM2000 dah jadi RM10000. Alamak.. macam mane ni?? Muka saya terus jadi macam gambar ni ~ Kepala hotak buntu giler masa tu, sayu je tengok surat tu. Geram, marah, sedih, semua bercampur-baur. Tak tau nak cari duit kat mana lagi. "Kalau jodoh aku ada pasti Allah akan bantu.." Saya amat berharap Allah buka jalan rezeki dar

KEDAI WAKAF - BEST!! =)

Imej
Hari tu lepas solat maghrib kat masjid ada kuliah. Ustaz tu cerita tentang Pak Wahid (Nama samaran) yang baru meninggal dunia. Masa Pak Wahid hidup dia ada buat sebuah 'kedai wakaf' kat masjid kariah yang dia tinggal. Kedai wakaf ni terima apa saja barang yang bermanfaat , macam-macam barang orang hantar.. beras, gula, baju, tepung, pinggan, cawan dan apa saja barang yang boleh dipakai.  Orang-orang miskin yang kurang mampu atau yang terdesak akan datang ke kedai ni untuk ambik barang-barang yang diorang perlu.  Kedai wakaf akan bagi barang-barang tu secara PERCUMA je.. FREE OF CHARGE.. baguskan? Hihi.. Tapi ada la orang yang jaga kedai ni.. barang-barang yang kedai wakaf ni bagi pun dihadkan, maklumlah barang ni untuk semua orang.. takut tak cukup. Contohnya sesiapa yang dah lapar sangat atau keluarga tak cukup makanan, lepas tu datang mintak beras, maka akan diberi sekilo beras.. kalau yang mintak gula, akan diberi sekilo gula.. maksudnya pemberian tu d

SOLAT JUMAAT GAJAH!

Imej
Semalam solat Jumaat di sebuah masjid di Klang. Dalam pukul 12 tengahari tu saya rasa mengantuk sangat.. tidur sekejap, sekali bangun dah pukul 1 lebih. Kelam kabut saya dibuatnya. Lepas tu terus mandi cepat-cepat dan bergegas pergi ke masjid. Sampai je kat masjid tengok orang dah ramai, parking pun letak jauh je. Kat muka pintu masjid ramai orang berhimpun untuk masuk ke dalam masjid. "Alamak boleh dapat tempat lagi ke aku ni?" fikir saya dalam hati. Lepas tu saya pun mencelah la ke sana-sini.. dari belakang akhirnya dapat jugak saya sampai di depan pintu.. berbulu je orang belakang tengok.. dah la lambat, sibuk nak ke depan.. hihi.. sorry bang.. Tu pun masih kat luar masjid lagi, belum masuk. Masa tu tengok jemaah memang padat giler. Tunggu time nak qomat je. Bila qomat dilaungkan je semua berpusu-pusu masuk ke dalam masjid termasuklah saya. Melilau saya cari ruang-ruang kosong nak menyelit kat celah-celah saf. Cari punya cari tak jumpa.. cari lagi.. tak jumpa