KEDAI WAKAF - BEST!! =)
Hari tu lepas solat maghrib kat masjid ada kuliah. Ustaz tu cerita tentang Pak Wahid (Nama samaran) yang baru meninggal dunia. Masa Pak Wahid hidup dia ada buat sebuah 'kedai wakaf' kat masjid kariah yang dia tinggal.
Kedai wakaf ni terima apa saja barang yang bermanfaat , macam-macam barang orang hantar.. beras, gula, baju, tepung, pinggan, cawan dan apa saja barang yang boleh dipakai.
Orang-orang miskin yang kurang mampu atau yang terdesak akan datang ke kedai ni untuk ambik barang-barang yang diorang perlu.
Kedai wakaf akan bagi barang-barang tu secara PERCUMA je.. FREE OF CHARGE.. baguskan? Hihi..
Tapi ada la orang yang jaga kedai ni.. barang-barang yang kedai wakaf ni bagi pun dihadkan, maklumlah barang ni untuk semua orang.. takut tak cukup.
Contohnya sesiapa yang dah lapar sangat atau keluarga tak cukup makanan, lepas tu datang mintak beras, maka akan diberi sekilo beras.. kalau yang mintak gula, akan diberi sekilo gula.. maksudnya pemberian tu dihadkan sekilo je untuk sekali datang.

Kan bagus kalau sistem ni ada kat seluruh masjid. Ramai orang yang nak berinfak dan ramai yang memerlukan bantuan, sistem ni sekurang-kurangnya dapat bantu ahli qariah sendiri, betul tak? Hihi..
----------------------------------------------
Bertuah Pak Wahid tu, selagi kedai tu berfungsi, maka selagi itulah pahala akan terus masuk ke dalam buku akaun Pak Wahid.
Kalau ada orang follow?Lagi berlipat-lipat gandalah pahala yang Pak Wahid dapat..
Dalam kitab soheh Muslim, Nabi SAW telah bersabda maksudnya:
“ Sesiapa yang menganjurkan dalam Islam suatu PERBUATAN YANG BAIK, maka dia akan mendapat PAHALANYA dan PAHALA ORANG YANG BERAMAL DENGANNYA selepas dia mati, dengan tidak mengurangkan dengan pahala mereka sedikit pun,
dan siapa yang menganjurkan sesuatu PERBUATAN YANG BURUK dalam Islam baginya DOSA dan DOSA SEBAGAIMANA ORANG YANG MENGIKUTINYA selepas itu dengan tidak mengurangkan dari dosa mereka sedikit pun”.
dan siapa yang menganjurkan sesuatu PERBUATAN YANG BURUK dalam Islam baginya DOSA dan DOSA SEBAGAIMANA ORANG YANG MENGIKUTINYA selepas itu dengan tidak mengurangkan dari dosa mereka sedikit pun”.
Nampak tak apa yang Pak Wahid buat?
Pak Wahid hanya wujudkan SISTEM je.. Kalau kita kreatif dan boleh buat lebih banyak SISTEM yang bemanfaat, kita pun ada peluang yang sama.. kita akan dapat pahala yang berterusan selagi sistem kita itu diguna pakai walaupun kita dah takde.
Emm.. ada idea tak? hihi.. cuba fikir.. sangat banyak yang kita boleh buat sebenarnya =)
-------------------------------------
Ops lupa nak bagitau.. kalau kita buat sistem yang buruk, dosa pun akan mengalir kat kita selagi sistem tu digunapakai. Dalilnya ada kat hadis yang saya dah letak tu..
Semoga bermanfaat Insya Allah =)
KLIK SINI |
Ulasan
Catat Ulasan