~ 7 ELEMEN TEKANAN DI DALAM URUTAN UNTUK MELEMBUTKAN OTOT YANG TEGANG.
Urutan adalah suatu kaedah terapi fizikal yang bertujuan memberikan kelegaan dan seterusnya mempercepatkan proses pemulihan untuk pelbagai masalah fizikal tubuh. Lazimnya banyak pergerakan fizikal menjadi terbatas dan tidak fleksibel disebabkan oleh keadaan otot yang tegang. Urutan yang diberikan dengan tekanan yang cukup ke atas point yang tepat dapat membantu melembutkan otot dan mengembalikan keadaan fleksibiliti tubuh ke tahap yang lebih baik. Berikut ini adalah 7 kaedah tekanan yang boleh anda aplikasikan di dalam urutan: Di dalam Al Amin, konsep tekanan yang diketengahkan adalah tekanan yang paling optimum, bukanlah yang paling maksimum mahupun minimum. 1) BERIKAN TEKANAN URUT YANG PALING OPTIMUM - Paras maksimum = Tahap yang paling kuat. - Paras minimum = Tahap yang paling ringan. - Paras optimum = Tahap yang paling seimbang di antara maksimum dan minimum (di tengah-tengah). Perlu diketahui bahawa kita tidak boleh menyamakan kadar tekanan dengan semua orang