5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~


(Urut Urat Saraf: Shah Alam | Urut Tradisional)

Masalah sakit pinggang adalah antara masalah yang kerap di hadapi oleh ramai orang. Tidak kira sama ada lelaki, wanita, remaja, golongan sederhana mahupun atasan.

Masalah sakit pinggang yang berterusan akan menganggu banyak aktiviti harian kita termasuk berkerja, beribadat dan bersosial.

Masalah sakit pinggang tidak boleh diambil ringan kerana sesetengah masalah ini boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk.

Terdapat banyak punca kepada masalah sakit pinggang ini. Antaranya ialah:
  1. Kemalangan jalan raya.
  2. Angkat barang berat dengan cara yang salah, atau angkat barang yang terlampau berat.
  3. Terjatuh akibat bersukan.
  4. Duduk terlampau lama dalam satu posisi.


 Antara simptom masalah sakit pinggang yang selalu dialami oleh penghidapnya adalah seperti:

  1. Tidak boleh membongkok dengan baik.
  2. Sakit apabila memusingkan badan.
  3. Sakit apabila dukung anak/ Sensitif mengangkat barang berat.
  4. Sakit apabila batuk atau bersin.
  5. Sakit semasa tidur malam.
  6. Sakit apabila berbaring.
  7. Lenguh pinggang setiap masa.
  8. Lemah tenaga lelaki.
  9. Sakit pinggang apabila memandu lama.
Masalah sakit pinggang ini terdapat banyak peringkat, dari yang ringan sehinggalah kepada yang berat. Pelbagai ragam masalah sakit pinggang ini. 

Di bawah ini saya akan kongsikan 5 STEP URUTAN UNTUK KEMBALIKAN KESIHATAN PINGGANG.


============

Di bawah ini adalah point urutan yang anda boleh aplikasikan bagi membantu ahli keluarga anda yang mempunyai masalah SAKIT PINGGANG.

Nota kaki: Dalam bahasa Tukang Urut lama, 'point urutan' di panggil sebagai 'urat'. Jika saya gunakan perkataan 'urat' maka ia bermaksud 'point'.
.





================

Permulaan Urutan:


  • Mulakan urutan anda dengan berdoa. Berdoa di dalam hati juga sudah memadai, yang penting sandarkan harapan dan pergantungan hati anda kepada Allah semata-mata. Sekiranya Allah ingin perkenankan kesembuhan maka tiada siapa yang mampu untuk menghalangnya.
  • Selain itu permohonan kepada Allah juga boleh menghilangkan sifat sombong kita. Apabila pesakit mendapat kesembuhan kita tidak mengangkat diri dengan mengatakan 'Akulah yang menyembuhkan'. Tetapi sebaliknya kita harus berkata "Allah lah yang menyembuhkan, aku cuma berusaha sahaja''.
  • Biasanya saya akan mulakan urutan dengan membaca Al-Fatihah. Niatkan sebagai penawar untuk pesakit. Mudah-mudahan Allah bantu memberikan kesembuhan.
  • Kemudian anda juga boleh tambahkan dengan membaca 3 Qul sebagai pendinding diri daripada segala perkara yang tidak anda sukai. (Boleh juga ditambah dengan membaca Ayat Qursi).
  • Untuk mengurut gunakan minyak yang agak pekat dan likat seperti minyak zaitun. Minyak angin atau minyak panas kurang sesuai kerana teksturnya yang ringan (mudah kesat) dan cepat kering. Tetapi minyak panas atau minyak angin boleh disapukan selepas selesai menjalankan urutan.

=============

.


1) Step Pertama.

URAT BELAKANG & URAT PANGKAL PUNGGUNG



  • Step yang pertama adalah URAT BELAKANG. Urat belakang terletak di bahagian tepi tulang belakang. Ia adalah otot yang membonjol di sepanjang tepi tulang belakang.
  • Anda boleh urutkan bahagian ini menggunakan tapak tangan. Tolakkan menghala ke atas.
  • Gunakan tekanan yang sederhana dan diselang-selikan dengan tekanan yang sedikit kuat.
  • Ketika urut bahagian ini pastikan anda tidak menekan tulang belakang, kerana bukan bahagian tulang yang ingin difokuskan.
  • Fokus bahagian otot yang keras atau yang sakit apabila diurut.
  • Urutkan bahagian tersebut sehingga sakit berkurangan atau sehingga otot menjadi semakin lembut.
  • Kemudian diikuti oleh point URAT PANGKAL PUNGGUNG. Point ini terletak di bahagian punggung atas, menghampiri bahagian pinggang.
  • Urutkan point ini ke arah tepi (seperti di dalam gambarajah) dengan menggunakan tapak tangan.
  • Elakkan daripada terkena tulang. Fokuskan hanya pada bahagian otot.
  • Fokuskan urutan pada bahagian otot yang keras atau sakit apabila ditekan.
  • Urut sehingga sakit berkurangan.
.

.



2) Step Kedua.

URAT PUNGGUNG





  • Step yang kedua adalah URAT PUNGGUNG. Pada asalnya di bahagian punggung saya bahagikan kepada tiga bahagian, iaitu URAT PUNGGUNG LUAR, URAT PUNGGUNG TENGAH dan URAT PUNGGUNG DALAM. Tetapi untuk meringkaskas cukup hanya URAT PUNGGANG yang saya rangkumkan kesemuanya sekali.

  • Bahagian URAT PUNGGUNG ini adalah point penting untuk terapi masalah SAKIT PINGGANG. 

  • Urut keseluruhan bahagian punggung menggunakan tapak tangan. Berikan tekanan bermula dengan sederhana dan naikkan tekanan secara berperingkat. Elakkan daripada menekan bahagian tulang.

  • Jika bahagian tersebut terasa sakit apabila diurut maka fokuskan urutan lebih lama sehingga sakit berkurangan atau sehingga bahagian tersebut terasa semakin lembut.

  • Urutkan kedua-dua belah punggung, kiri dan kanan.
.

.



3) Step Ketiga.

URAT TEPI PEHA



  • Step yang ketiga adalah URAT TEPI PEHA. 
  • Urat Tepi Peha ini terletak di bahagian tepi peha seperti dalam gambarajah. Urutkan bahagian tersebut dengan menggunakan tapak tangan.
  • Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah pinggang yang agak teruk akan terasa sakit apabila diurut di bahagian ini.
  • Urutkan sehingga sakit berkurangan atau sehingga bahagian tersebut menjadi semakin lembut.
  • Gunakan tekanan yang sederhana (Jika pesakit tidak tahan maka mulakan dengan tekanan yang ringan terlebih dahulu). Kemudian tambahkan tekanan sekadar yang mampu diterima oleh pesakit. 

(Urut Urat Saraf : Shah Alam| Urut Tradisional) 

.

4) Step Keempat

URAT PERUT PEHA & URAT PERUT BETIS


  • Step yang keempat adalah urutan di point URAT PERUT PEHA dan URAT PERUT BETIS.
  • Point ini bukanlah point utama, bahkan ia adalah point pelengkap untuk menyempurnakan terapi. Ini kerana sesetengah pesakit yang mengalami masalah sakit pinggang adakalanya terasa sehingga ke bahagian betis. Urutan di bahagian ini dapat membantu memberikan kelegaan kepada pesakit.
  • Mulakan urutan dengan menggunakan tapak tangan. Berikan tekanan sekadar tahap yang mampu diterima oleh pesakit.
  • Lakukan sehingga sakit berkurangan atau sehingga otot menjadi semakin lembut.


URAT PERUT

- Step Kelima adalah URAT PERUT. Sebenarnya point di bahagian perut sata pecahkan kepada beberapa bahagian. Tetapi di dalam nota yang ringkas ini saya akan permudahkan.

- Kadangkala masalah sakit pinggang juga disebabkan oleh angin perut yang sangat banyak. Lantas ia memberi kesan kepada masalah sakit pinggang. Oleh itu urut di bahagian perut ini juga termasuk di dalam kaedah merawat masalah pinggang untuk sesetengah kes.

- Cara yang mudah adalah urutkan bahagian perut dengan mengikut arah jam.



NOTA TAMBAHAN
.

Antara step yang telah ditunjukkan di atas, yang perlu ditekankan adalah ste 1,2 dan 3. Manakala step yang ke-4 dan 5 adalah sebagai langkah tambahan.

Selepas urut pesakit digalakkan meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak untuk memaksimumkan kesan rawatan.

Jika masalah anda tidak berkurangan maka anda boleh terus wassap AMEEN THERAPY untuk booking slot urutan.

Di AMEEN THERAPY biasanya kami akan menggabungkan teknik urutan dan regangan tulang bagi memaksimumkan kesan terapi. Ia sangat penting terutamanya untuk mereka yang mempunyai masalah sakit pinggang yang kerap berulang.

(Urut Urat Saraf : Shah Alam | Urut Tradisional)




KLIK SINI













Ulasan

  1. Assalamualaikum encik,adakh teknik urutan ini juga boleh digunakan terhadap wanita yg mgalami sakit pinggang?

    BalasPadam
  2. Wanita boleh sertai kursus urut saraf ni ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye boleh. Terus whatsapp ke 011-2101 9126 untuk pertanyaan ye..

      www.urutpower.com

      Padam
  3. Alhamdulillah.. 👍👍👍👍👍

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)