BELAJAR URUT/ KURSUS URUT 2 HARI JE BOLEH PANDAI KE? - MAI SAYA NAK SHARE CERITA SIKIT.. RUGI TAK BACA.

=============================



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teringat lagi seorang pelajar yang pernah belajar urut dengan saya bernama Zaitun (Bukan nama sebenar). Akak ni pekerja baru di sebuah Spa, belum pandai urut lagi. Kak Zaitun hanya mengharapkan kawan-kawan sekerja untuk mengajarkan dia mengurut tapi malangnya kawan-kawan tak nak ajar, kata mereka:

" Aku dulu nak dapat ilmu ni bukan main susah. kau pulak senang-senang je nak aku ajarkan, pergilah belajar sendiri! "

Akak ni bercerita sambil menangis, rasa diri dihina dan seperti peminta sedekah.  Kemudian akak ni datang untuk belajar dengan saya. Pada ketika itu kelas saya hanya sehari. Sehari saja siap pengajaran saya urut 1 badan untuk merawat lebih daripada 20 masalah sakit-sakit tubuh. Alhamdulillah lepas kelas akak tu sendiri kata rasa lebih yakin utk mengurut. Dan dia dah nampak point-point penting dalam urutan.

Lebih kurang sebulan lepas tu saya ada jumpa akak tu di Spa yang beliau kerja. Nak tau apa akak tu kata?

Akak tu kata sekarang dia dah boleh 'handle' masalah sakit-sakit urat. Dah ada testimoni orang yang sakit lutut dan ada perubahan selepas mengurut dengan beliau. Muka akak tu happy je sekarang. Alhamdulillah.. saya pulak yang rasa nak menangis.. ^_^ .. hihi..

Sebenarnya oang yang sakit ni ramai, tetapi sayangnya tak ramai yang mempunyai kebolehan untuk mengurut. Dulu orang ingat urut ni tak boleh belajar, semulajadi je datang. Tapi sebenarnya saya dah buktikan dengan belajar kita boleh kuasai ilmu ini, asalkan punya minat dan kesungguhan.

Saya akan ajarkan sendiri melalui pengalaman & ilmu yang saya ada. Bukan sahaja saya akan ajarkan ilmu yang asas bahkan juga untuk merawat pelbagai masalah sakit-sakit urat.

Ada yg bertanya, "Cukup ke belajar 2 hari je? Boleh pandai ke?".

Ya, anda boleh pandai dalam masa yang singkat, kalau dari cerita di atas itu adalah hasil pembelajaran sehari sahaja. Mengapa pula 2 hari tidak boleh?

Kebanyakan pelajar kami boleh mengurut setelah tamat sesi pembelajaran. Kaedah kami amat mementingkan praktikal. Hari pertama dan hari ke-2 kursus boleh dikatakan 80% isi pembelajaran adalah praktikal.

Mengapa banyak praktikal? Sebab dengan membanyakkan praktikal akan membuatkan anda lebih faham dan berani untuk mengurut setelah tamat kursus.

Dulu saya pernah mengikuti kursus urutan, tetapi praktikalnya tidak mantap, sedangkan mengurut ini praktikal adalah perkara yang perlu diutamakan. Di dalam kursus yg akan diadakan target kami adalah anda akan boleh mengurut setelah 2 hari berkursus.

Setelah ilmu diberikan, apa yang anda perlu buat hanyalah mempertajamkan sahaja ilmu itu, iaitu dengan mengurut lebih ramai orang. Lebih ramai orang yang anda urut, lebih banyak masalah yang anda jumpa maka kemahiran anda akan semakin meningkat.

Jika anda mempunyai bakat mengurut tetapi anda tidak belajar urut, maka anda rugi.

Anda jangan risau sebab setelah tamat kursus anda akan di masukkan ke dalam group Fb alumni, mudah untuk mengajukan soalan sama ada kepada bekas pelajar atau kepada group kami.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------











KLIK SINI


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)