8 STEP URUTAN SAKIT LUTUT (Urut Shah Alam :011-50404441 ) ~



Sakit lutut adalah suatu masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang agak berumur. Masalah sakit lutut ini tidak kurang juga di alami oleh mereka yang berusia muda, terutamanya ahli-ahli sukan mahupun mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Terdapat pelbagai punca kepada masalah sakit lutut ini. Antaranya ialah disebabkan kecederaan semasa bersukan, kemalangan dan kekurangan gel di dalam lutut. Setakat ini melalui pengalaman menjalankan rawatan, masalah-masalah seperti itu dapat diringankan dan ada di antara mereka yang sembuh.

Kesan pemulihan setiap orang adalah berbeza walaupun kelihatan masalahnya seperti sama.
Mereka yang mempunyai masalah sakit lutut biasanya akan mengalami beberapa masalah yang mengganggu aktiviti. Antaranya ialah seperti:

  1.  Tidak boleh melipatkan kaki dengan baik (Seperti duduk Tahiyat ketika sedang bersolat)
  2.  Terasa sakit apabila menaiki anak tangga, atau menaiki tempat tinggi.
  3.  Terasa sakit semasa berlari atau bersukan.
  4.  Terasa lutut seperti lari daripada kedudukan asal apabila melakukan pergerakan atau di dalam posisi yang tertentu.
  5.  Sakit lutut apabila mencangkung.
  6.  Terasa sakit apabila bangun dari duduk.
.

Terdapat banyak punca kepada masalah sakit lutut, antaranya ialah seperti:

  1. Kemalangan
  2. Terseliuh atau terjatuh akibat bersukan
  3. Berat badan yang berlebihan
  4. Masalah tulang belakang (seperti Slip Disk)


Terdapat beberapa point yang perlu diurut untuk membantu melegakan atau memulihkan masalah sakit lutut, dan banyak antara point tersebut berkisar pada otot peha.

Persoalannya ialah, adakah urutan boleh membantu melegakan masalah sakit lutut yang berpunca daripada kekeringan gel atau cecair lutut?

Ya. Ia dapat dibantu dengan urutan. Berdasarkan pengalaman, biasanya mereka yang mempunyai masalah sakit lutut akan keras mengalami ketegangan otot di bahagian atas lutut iaitu di bahagian otot peha. Apabila bahagian yang tegang itu dapat dilembutkan, maka sekaligus masalah sakit lutut tersebut juga akan turut berkurang.

Tetapi di Pusat Terapi Saraf Al Amin kita bukan sahaja memberi khidmat urutan, bahkan untuk memaksimumkan lagi kesan rawatan kami turut menggabungkan teknik regangan tulang yang kami namakan sebagai Regangan Tulang Al Amin.

-----------------------------

Di bawah ini adalah point urutan yang anda boleh aplikasikan bagi membantu ibu dan ayah anda yang mengalami masalah sakit lutut:

Nota: Dalam bahasa Tukang Urut lama, 'point urutan' di panggil sebagai 'urat'. jika saya gunakan perkataan 'urat' maka ia bermaksud 'point'.
.


=======================

Pendahuluan Urutan:

  • Mulakan urutan dengan doa, meminta kesembuhan daripada Allah. Hati yang bulat tawakkalnya itulah yang terbaik. jangan yakin pada kepandaian diri, tetapi yakinlah kepada bantuan Allah. Apabila bantuanNya datang maka tiada apa yang mampu menghalangnya.
  • Cadangan saya ialah mulakan dengan membaca Al-Fatihah. Niatkan sebagai penawar untuk pesakit.
  • Baca 3 Qul sebagai pendinding atas segala perkara yang kita tidak sukai. (Boleh juga ditambah dengan ayat Qursi).
  • Gunakan minyak yang tekturnya pekat, contohnya seperti minyak zaitun. Minyak panas atau minyak angin kurang sesuai kerana teksturnya agak kesat dan cepat mengering. Tetapi minyak panas atau minyak angin sesuai disapu setelah menjalankan urutan.




1) Point Pertama:
URAT LUTUT DALAM


Point pertama adalah Urat Lutut Dalam. Point ini terletak di bahagian peha seperti di dalam gambarajah. Apabila otot peha dikeraskan maka anda akan terlihat otot menonjol di bahagian ini. Itulah point yang hendak diurut. 

Urutkan point tersebut dengan tolakkan ke atas menggunakan tapak tangan.

Jika bahagian tersebut terasa sakit apabila diurut maka fokuskan urutan di point tersebut lebih lama. Gunakan kekuatan sederhana, sekadar yang mampu diterima oleh pesakit.

.

.

2) Point Kedua
URAT LUTUT LUAR

.

Point yang kedua adalah Urat Lutut Luar. Point ini terletak di bahagian peha hadapan dan cenderung sedikit ke tepi seperti ditunjukkan di dalam gambarajah.

Apabila otot peha dikeraskan maka anda akan nampak bonjolan otot pada bahagian ini.
Urut menggunakan tapak tangan, tolakkan ke atas.

Jika bahagian ini terasa keras atau sakit apabila diurut maka fokuskan urutan lebih lama sehingga terasa lebih lembut atau sehingga sakit berkurangan. Berikan tekanan dengan kadar sederhana, sekadar yang boleh diterima oleh pesakit.

.

.

3) Point Ketiga:

URAT LUTUT ATAS

Point ketiga adalah Urat Lutut Atas. Point ini terletak betul-betul di atas lutut.

Urutkan bahagian ini menggunakan tapak tangan. Jika anda berikan tumpuan anda akan merasakan terdapat satu bonjolan otot di bahagian tersebut. 
Point urutan 5 inci sahaja daripada lutut.(Atas lutut)

Jika point ini terasa tegang atau sakit semasa diurut, maka fokus urutan lebih lama sehingga otot di bahagian ini menjadi lebih lembut atau sehingga sakit berkurangan.

Gunakan kadar tekanan yang sederhana atau sekadar yang boleh diterima oleh pesakit.

.

.

4) Point Keempat:

URAT TEPI PEHA


Point keempat ialah Urat Tepi Peha. Point ini terletak di tepi peha. Urutkan keseluruhan bahagian tersebut. Tolakkan ke bawah atas ke atas dengan menggunakan tapak tangan.

Saya mencadangkan agar pesakit diurut dalam posisi mengiring. dengan itu point ini lebih mudah untuk diurut.

Jika pada bahagian ini anda terasa tegang dan terasa sakit apabila diurut maka fokuskan urutan lebih lama sehingga bahagian tersebut menjadi lebih lembut atau sakit menjadi semakin berkurangan.


.

5) Point Kelima 
URAT BAWAH TEMPURUNG


Point kelima adalah Urat Bawah Tempurung. Point ini adalah untuk mereka yang mempunyai sakit di bawah tempurung lutut.

Caranya ialah tekan point tersebut dengan ibu jari atau labu tapak tangan. Tekan sehingga terasa sengal kemudian uli setempat point tersebut. Sekali-sekala lepaskan dan berikan kerehatan kepada pesakit.

Lakukan teknik ini sehingga sakit di bahagian tersebut terasa semakin kurang.
.

.

6) Point Keenam.
URAT PERUT PEHA & URAT PERUT BETIS

Point keenam adalah bahagian Urat Perut Peha dan Urat Perut Betis. Untuk lebih keselesaan urutkan bahagian tersebut dengan menggunakan tapak tangan.

Mulakan dengan tekanan sederhana dan fokuskan tekanan pada point yang tegang atau keras.

Urut point tersebut sehingga sakit berkurangan atau sehingga bahagian yang keras menjadi semakin lembut.



NOTA TAMBAHAN

- Point yang perlu ditekankan adalah 1 & 2. Selebihnya adalah point support jika mempunyai masalah berkaitan (Rujuk penerangan di atas).

- Selepas urut elakkan daripada membuat kerja-kerja berat atau lasak seperti bersukan. Rehat sekurang-kurangnya 3 hari.

- Selepas urut sebaiknya minum air kosong atau air suam dengan banyak untuk memaksimumkan kesan rawatan.



VIDEO



+ Di sini saya sediakan video urutan untuk masalah sakit lutut. Mungkin ada sedikit penambahan dan kekurangan. Boleh tambah mana-mana yang kurang ikut gambarajah yang telah ditunjukkan di atas.

+ Semasa mengurut sentiasa mulakan dengan tekanan perlahan dan sederhana, bertenang dan jangan tergopoh-gapah.

+ Fokuskan tekanan pada bahagian otot yang tegang, sakit dan berketul.

+ Mana-mana bahagian yang tegang, sakit dan berketul, urut lebih lama di kawasan tersebut. Urut sehingga otot yang tegang menjadi lebih lembut atau sehingga sakit lebih berkurangan daripada sebelum urut.

+ Lakukan urutan selang 3, 5 atau 7 hari sekali. Jarak masa yang diberikan adalah untuk berikan tempoh rehat kepada otot yang telah diurut. Tak perlu buat setiap hari, kerana ia mungkin mencederakan otot akibat tekanan yang dikenakan secara bertalu-talu.

+ Jika masalah tidak berkurangan anda boleh terus wassap ke pihak AL AMIN untuk booking slot urutan. 







- Untuk rawatan yang lebih sempurna perlu digabungkan dengan teknik regangan tulang. Kaedah tersebut tidak dapat ditunjukkan disini bagi mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini.

- Pihak AL AMIN memberi keizinan kepada para pembaca untuk menyebarkan artikel ini tanpa mengubah sebarang kandungan artikel ini.


(Urut Urat Saraf Al Amin: Shah Alam |Urut Tradisional)

=========


KLIK SINI
















Ulasan

  1. Terimakasih atas ilmu, semoga Allah melimpahi rahmat

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama.. Amiin, InsyaAllah Makbonda. Semoga bermanfaat (^_^)

      Padam
  2. Nak tanya, bagaimana cara untuk urutan ke atas diri sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ke atas diri sendiri sy cadangkan untuk lakukan teknik senaman. Antara senaman yang bagus untuk lutut adalah skuad atau kekuda (seperti dalam silat). Berbasikal juga membantu.

      Padam
  3. Balasan
    1. Sama-sama, semoga bermanfaat =)

      kini telah ada video yang telah di masukkan, semoga akan menambahkan lebih kefahaman =)

      Padam
  4. Slot utk urutan masih lg dibuka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye masih lagi dibuka tuan. Boleh terus whatsapp ke 019-2298663 =)

      Padam
  5. Assalamualaikum tuan..mintak maaf nak tanya..berapa minit untuk lakukan urutan tu bagi setiap bahagian ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam wbt.

      Lakukan sehingga otot menjadi lebih lembut, atau sehingga sakit berkurangan dari yang asal.

      Mulakan dengan sederhana.

      Selang-selikan tekanan antara lembut, sederhana dan kuat sedikit.

      Padam
  6. Assalamualaikm tuan...sejak 3 4 hr ni sy mengalami sakit pd lipatan lutut ketika mencangkung...sy nk tau apa puncanya dan bagaimana cara nk urut pd bhgian sakit tu...terima ksih

    BalasPadam
  7. Masih ada lagi ka ni tmpt urut?sya tak leh duduk tahiyat , tak leh cangkung , bila naik tangga atau turun tangga akan rasa sakit di lutut .. Masih ad lgi di tmpt tuan perubatan ini?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)