SAKIT BAHU, SENDI BAHU SERING TERKELUAR/ TERJATUH ~

Hari ini mengurut seorang ahli perniagaan, umur baru 30-an, muda lagi. Boleh ringkaskan nama beliau sebagai En W sahaja. Beliau mengalami masalah sendi bahu sering terkeluar, atau dengan istilah lain adalah 'dislocate'.

Punca kepada masalah beliau adalah kerana bermain rugby. Dan beliau masih lagi bermain rugby sehingga kini. Boleh tahan lasaknya, bahu selalu dislocate pun masih lagi sering bermain rugby.

saya bertanya kepada beliau,

"Encik, kalau bahu encik terkeluar encik buat apa ye?"

"Saya masukkan sendiri. Dah banyak kali terkeluar, dan saya sendiri yang masukkan. Masa bahu terkeluar tu tak sakit, tapi bila saya nak masukkan balik tu yang terasa sakit dan kebas-kebas.."

Begitulah kata beliau.

Masa En W datang, beliau dalam keadaan normal, cuma sesetengah pergerakan bahu sahaja yang akan membuatkan beliau terasa sakit. Itupun tidak ketara. Tujuan beliau datang berurut adalah untuk mengelakkan bahu beliau yang sering terkeluar lagi seperti selalu. Maklumlah, dalam seminggu bahu beliau terkeluar antara 2 ke 3 kali (Lebih kurang). Memang kerap.

Dah setahun lebih beliau sakit, dan tak pernah pergi buat rawatan di mana-mana pun sebelum ini. Saya bertanya kepada beliau,

"Kenapa sebelum ni encik tak pergi berurut ye?"

"Emm.. Emm" Nampak susah untuk beliau memberi jawapan.

"Encik takut ye?"

"Aah betul.. saya takut"

Betul tekaan saya. Memang itulah jawapan yang sering saya dapat daripada pesakit yang dah lama menanggung sakit, tetapi tidak mencari rawatan. Sebabnya ialah 'takut'. Tidak mengapa, biasalah tu. Kalau masalah itu berlaku kepada saya, mungkin saya pun terasa takut seperti beliau, sebab takut tersalah pilih perawat.

Macam biasa, untuk masalah bahu saya akan mulakan dengan alignment atau regangan tulang terlebih dahulu, iaitu di bahagian leher dan belikat. Kemudian saya kemaskan sendi di bahagian bahu. Setelah itu barulah saya membuat urutan untuk melembutkan urat atau otot yang telah menegang.

Apabila sendi terkeluar atau alignment tulang telah lari, lebih-lebih lagi dalam tempoh yang lama, maka ia akan menyebabkan otot yang berkaitan turut bermasalah. Maka otot dan tulang, kedua-duanya perlu untuk diperbetulkan.

Di sini saya kongsikan beberapa point urutan yang utama (setelah membetulkan tulang) dalam merawat masalah En W ini. Cuma saya nak beritahu, kadangkala walaupun masalah nampak sama, tetapi point yang perlu ditekankan dalam rawatan mungkin berlainan.

=====================

 Otot Rhomboid


Ini adalah point yang paling En W terasa sakit apabila diurut. Semasa beliau baring meniarap dah ternampak bonjolan Otot Rhomboid sebelah kiri ini lebih tinggi daripada Otot Rhomboid sebelah kanan. Menunjukkan otot sebelah kiri ini telah mengeras dan ketat.

Jadi urutan akan membantu 'loose' kan dan sekaligus ia dapat melancarkan darah dan menguatkan kembali otot ini.


Otot Triceps

Ini pula adalah point kedua yang bermasalah. Sakit agak teruk juga apabila diurut, memang keras dan tegang, tetapi tidak sesakit seperti Otot Rhomboid (No 1) yang sebelum ini.

Setiap otot yang tegang dan menyakitkan perlu disantuni. Apabila mengurut jangan tekan sekuat hati, tetapi tekanan perlu disukat dan di timbang-timbang agar bersesuaian dengan ketahanan pesakit. Berikan tekanan secara berselang-seli, antara tekanan perlahan, sederhana, lembut dan kuat. Berikan tempoh kepada pesakit untuk berehat sebentar jika keadaan memerlukan.

Alhamdulillah sakit pada Otot Triceps ini boleh dikatakan hilang dalam 90% selepas sesi urutan.



Otot Deltoid

Otot Deltoid adalah antara otot yang tebal. Bahagian ini juga sakit apabila diurut, tetapi sakitnya kurang daripada point kedua di atas. Point ini perlu tekan lebih dalam, dan urut dengan tekanan yang kuat dan sedrhana. Boleh gunakan ibu jari atau tapak tangan untuk point ini.


Otot Pectoralis Major

Otot Pectoralis Major ini luas, untuk lebih spesifik point urutan tersebut adalah terletak berhampiran dengan tulang selangka. Bahagian ini juga telah menjadi lembut dengan baik selepas sesi urutan.

=======================




Lepas buat rawatan En W cakap tangan beliau terasa ringan, bermaksud pergerakan tangan telah menjadi lebih lancar. Biasanya selepas urut saya akan minta feedback terus, tapi untuk masalah ini saya perlu tunggu seminggu atau bebrapa hari untuk lihat keberkesanannya. Saya percaya sendi bahu beliau akan menjadi lebih kuat daripada sebelum ini, dan tak sabar nak berjumpa beliau untuk next sesi.

Harapan saya ialah semoga Allah memberikan kesembuhan kepada beliau.


** NOTA: Dalam kursus urutan yang kami jalankan, istilah untuk point-point urutan banyak menggunakan bahasa melayu seperti urat lengan, urat belikat, urat kepala bahu dan lain-lain. Dalam posting ini nama-nama otot sengaja diletakkan agar 'related' dengan gambar. Harap maklum.

========================

KLIK SINI












Ulasan

  1. bagaimana says nak dapatkan khidmat urut bahu...anterior subluxation

    BalasPadam
  2. sya 27 thun acident bahu saya jatuh tulang bahu macam terkluar naik.atas.. dah lebih 10 tahun sbb takut nk pebetul saya slalu mnderita sakit . leher

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)