2 POINT URUTAN SAKIT SENDI PEHA KANAN - Kes En H, Tak boleh bersila ~

Tadi merawat En H, seorang yang bekerja dalam bidang IT. Beliau mengalami masalah di bahagian sendi peha, atau dengan istilah English disebut sebagai "Hip Pain". Masalah tersebut menyebabkan beliau tak boleh bersila seperti biasa. Dah empat bulan beliau menanggung masalah tersebut.

Saya telah bertanya beberapa soalan penting untuk saya diagnos masalah beliau sebelum menjalankan sesi urutan. Berdasarkan cerita En H, kemungkinan punca masalah tersebut adalah kerana beliau terlebih bersenam atau 'over exercise' yang banyak menggunakan sendi peha, dan beliau mula rasa sakit apabila keluar daripada kereta.

Lantaran daripada itu En H mengalami kesukaran untuk bersila. Apabila beliau bersila, maka sendi peha akan terasa ketat dan menyakitkan. Bila diuji, beliau boleh bersila, tetapi tidak dapat duduk dengan kemas. Peha kanan akan terangkat sedikit disebabkan rasa otot peha tertarik ke atas, manakala sebelah tangan akan menahan dibelakang kerana menahan sakit semasa bersila.

Skala sakit yang dihadapi adalah 8, iaitu skala dari 1 hingga 10 (Skala paling sedikit adalah 1, 10 sakit paling kuat).

Untuk masalah kaki tak boleh bersila, ada beberapa point spot yang sering menjadi sasaran utama dalam urutan, iaitu Urat Peha Dalam (Celah peha) dan bahagian penyambung sendi peha (belakang).

Dalam kes En H ini, ia tidak melibatkan bahagian Urat Peha Dalam/ celah peha, tetapi di bahagian sendi peha sebelah belakang termasuk bahagian punggung.

Di sini saya kongsikan point urutan yang saya gunakan untuk merawat En H.

========

- Point pertama adalah di bahagian pinggang sebelah tepi seperti di dalam gambar. Point tersebut boleh diurut dengan posisi pesakit dalam keadaan meniarap, dan ia lebih mudah diurut dalam posisi mengiring.

- Saya lebih suka mengurut point ini dengan pesakit berada dalam posisi mengiring, urut menggunakan lengan. Berikan tekanan menggunakan berat badan.

- -  Elakkan mengurut tulang, fokuskan kepada urat atau otot yang tegang.


Pinggang (Sebelah tepi) 

- Point seterusnya adalah seperti di bawah. Point urutan adalah di bahagian sendi peha sebelah belakang, termasuk juga di bahagian punggung. 

- Point di bahagian ini agak dalam, tekanan perlu mantap dan fokus.

- Point ini boleh diurut menggunakan siku, cuma tekanan yang diberi perlu di sukat, bukan tekan sekuat hati. Sentiasa mulakan dengan tekanan perlahan atau sederhana terlebih dahulu. 



Sendi Peha (Sebelah belakang) 


Semasa mengurut, perkara yang paling penting adalah tekanan yang mencukupi dan point yang tepat mengenai sasaran. Apabila jumpa point sakit, maka fokuskan urutan pada bahagian tersebut.

Selain urutan, saya juga melakukan beberapa teknik regangan tulang untuk melonggarkan kembali sendi peha yang ketat.



Selepas mengurut saya minta En H untuk bersila kembali. Sakit bersila telah berkurangan, peha yang tadinya terangkat telah nampak seimbang kiri dan kanan. Tangan En H yang menahan di belakang  kerana menahan sakit juga sudah boleh diletakkan di atas peha seperti biasa.

Sakit En H berada dalam kategori agak berat juga, walau bagaimanapun bersyukur kepada Allah kerana Allah telah berikan perubahan kepada masalah beliau.

Menurut En H skala sakit telah berkurangan sebanyak 50% berbanding semasa mula-mula datang tadi. Alhamdulillah, semua kebaikan ini datang dengan izin Allah semata-mata.

====


Jika anda berminat untuk belajar ilmu urutan sila klik link di bawah:













Ulasan

  1. Bagaimana bila urat paha dalam (celah paha) juga terasa nyeri, seperti tertarik/sakit. Apa yang musti saya lakukan? Mohon bimbingannya. Terimakasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada buat posting nya. Klik di sini untuk lihli tuan =)

      http://aminul-rashid.blogspot.my/2018/04/teknik-urut-untuk-melembutkan-peha-yang.html?m=0

      Perlu bantuan seseorang untuk mengikmen tips teeseter.

      Padam
    2. (Typo) *** Perlu bantuan seseorang untuk mengikut tips tersebut.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)