~ 7 ELEMEN TEKANAN DI DALAM URUTAN UNTUK MELEMBUTKAN OTOT YANG TEGANG.

Urutan adalah suatu kaedah terapi fizikal yang bertujuan memberikan kelegaan dan seterusnya mempercepatkan proses pemulihan untuk pelbagai masalah fizikal tubuh.
Lazimnya banyak pergerakan fizikal menjadi terbatas dan tidak fleksibel disebabkan oleh keadaan otot yang tegang. Urutan yang diberikan dengan tekanan yang cukup ke atas point yang tepat dapat membantu melembutkan otot dan mengembalikan keadaan fleksibiliti tubuh ke tahap yang lebih baik.
Berikut ini adalah 7 kaedah tekanan yang boleh anda aplikasikan di dalam urutan:
Di dalam Al Amin, konsep tekanan yang diketengahkan adalah tekanan yang paling optimum, bukanlah yang paling maksimum mahupun minimum.1) BERIKAN TEKANAN URUT YANG PALING OPTIMUM
- Paras maksimum = Tahap yang paling kuat.
- Paras minimum = Tahap yang paling ringan.
- Paras optimum = Tahap yang paling seimbang di antara maksimum dan minimum (di tengah-tengah).
Perlu diketahui bahawa kita tidak boleh menyamakan kadar tekanan dengan semua orang. Ini kerana tahap tekanan urutan adalah berbeza setiap orang. Antara faktor yang mempengaruhi tahap tekanan di dalam urutan adalah:
  • Faktor usia pesakit. Serat otot orang muda lebih kuat berbanding dengan orang yang lebih berusia, sesuaikan tekanan mengikut kekuatan otot dan kadar pejal otot pesakit.
  • Tahap masalah pesakit. Lazimnya lebih teruk sesuatu masalah, kadar ketegangan otot adalah lebih tinggi. Lebih tinggi tahap ketegangan otot, maka urutan akan terasa lebih menyakitkan. Oleh itu kadar tekanan perlahan atau sederhana adalah memadai untuk tahap masalah yang berat.
  • Jenis masalah. Biasanya untuk masalah ketegangan otot, tekanan mula yang perlu diberi adalah pada tahap sederhana. Ini adalah untuk membaca kadar ketahanan dan tahap masalah yang dihadapi oleh pesakit. Apabila tahap ketegangan otot telah dapat 'dibaca' dengan baik, seterusnya barulah tahap tekanan disesuaikan dengan kadar yang lebih tepat, sama ada tekanan itu ditambah atau dikurangkan lagi mengikut kesesuaian.
  • NOTA: Tekanan optimum bukan beerti tidak sakit, tetapi kesakitan yang masih di dalam area keseimbangan dan mampu untuk diterima oleh pesakit.


2) SELANG-SELIKAN TAHAP TEKANAN DI DALAM URUTAN.
Gunakan tekanan yang berselang-seli antara perlahan, sederhana dan kuat. Dengan cara ini lebih mudah untuk mencapai tahap tekanan yang optimum (paling sesuai) dalam urutan. Mungkin ia agak menyakitkan (untuk mereka yang bermasalah), tetapi tekanan yang bersulam lembut dan sederhana akan terasa selesa dan ia tidak membuatkan pesakit terasa serik untuk datang mengulang buat kali yang seterusnya.

3) PESAKIT PERLU BERADA DALAM KEADAAN TENANG DAN BERSEDIA.
Pastikan pesakit dalam keadaan tenang semasa sesi urutan dijalankan. Jika pesakit kelihatan stress dan takut, maka tugas Juru Urut untuk menenangkan keadaan. Pesakit yang diurut dalam keadaan takut dan stress cenderung untuk mengeraskan tubuh sekaligus menahan nafas semasa urutan dijalankan. Apabila pesakit mengeraskan tubuh, maka urutan akan terasa lebih menyakitkan, malah Juru urut memerlukan lebih penggunaan tenaga. Dengan itu sesi urutan berjalan dengan suasana yang kurang harmoni, stress dan amat menyakitkan.

4) SESUAIKAN TEKANAN DENGAN BAHAGIAN YANG DIURUT.
Pastikan tekanan urutan disesuaikan dengan jenis dan kondisi otot, iaitu ada jenis otot yang keras, lembut, bermasalah dan sihat. Berikan tekanan dengan cara yang paling tepat dan sesuai.
Otot lembut biasanya agak sensitif. Sesuai menggunakan tapak tangan untuk mengurut bahagian tersebut. Contoh otot lembut adalah seperti perut, betis, peha dan dada.
Ada juga bahagian otot lembut yang sesuai diurut menggunakan jari, tetapi dengan cara meletakkan jari dalam keadaan melebar atau tumpul, iaitu muka, pelipat lutut, urat leher, pangkal leher dan lengan bawah.
Contoh otot keras pula adalah Urat Tulang Keting, Urat Siku lengan, belakang badan dan bahu. Untuk bahagian otot yang keras, ia lebih tahan lasak, sesuai diurut sama ada dengan jari mahupun tapak tangan dengan tekanan yang agak kuat, mengikut kesesuaian.

5) ELAKKAN MENGURUT BAHAGIAN TULANG.
Pastikan tekanan tidak disasarkan kepada tulang, bahkan hanyalah kepada bahagian otot, ligamen mahupun tendon dengan tekanan yang berkadar dan bersesuaian.
Tekanan yang kuat, tajam dan di dalam tempoh yang lama di bahagian tulang boleh menyebabkan kesan lebam pada tubuh pesakit. Berhati-hati dalam hal ini, terutamanya kepada pesakit yang menghidap masalah kencing manis kronik. Tekanan seperti ini berisiko untuk merosakkan serat otot yang sememangnya berada dalam keadaan lemah, terutamanya dibahagian kaki.


6) ELAKKAN TEKANAN BERAT PADA BAHAGIAN YANG SEDANG MEMBENGKAK.
Sekiranya pesakit datang dalam kaedaan bengkak yang teruk, kebiru-biruan ,maka urutlah secara perlahan, contohnya terseliuh. Memadai gunakan tekanan yang lembut atau sederhana sahaja dengan menggunakan tapak tangan. Maka bengkak tersebut ia akan semakin mengecut, cuma mungkin makan masa yang agak lama.
Atau boleh juga minta pesakit tuam dengan ais terlebih dahulu sebelum urutan dilakukan, ia akan membantu mengecutkan bengkak, dan dapat lebih mengurangkan kesakitan apabila urutan dijalankan.

7) FOKUS
Semasa mengurut anda perlu fokus. Fokus akan membuatkan tekanan anda menusuk tepat kepada point yang dicari. semasa mengurut bukan hanya berikan tekanan samata-mata, tetapi rasakan setiap jaluran urat dan point yang diurut. Ia akan membuatkan urutan anda hidup dan menjadi lebih kemas.

==============

Untuk mereka yang baru belajar, anda perlu rajin bertanya dan meminta maklum balas daripada prospek yang diurut. Dengan itu kemahiran akan menjadi lebih cepat meningkat dan kefahaman akan semakin berkembang.
Ini adalah konsep tekanan yang diguna pakai oleh Al Amin tanpa menafikan sebarang teknik lain. Mudah-mudahan sedikit nulikan ini bermanfaat untuk dijadikan panduan untuk mereka yang masih baru di dalam bidang urutan.

==============

KLIK SINI







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)