~ Nak mengurut, tetapi takut terkena tempias pesakit? - Tips penting untuk anda! (Urutan Saraf: Klang)



(Urut Urat Saraf : Klang)

Ada orang yang bersikap paranoid dan sentiasa cemas untuk menjalankan khidmat urutan..

“Bagaimana kalau orang yang aku urut ni ada saka? Ada gangguan? Nanti aku pulak yang sakit..”

Sesetengah orang mengatakan mudah mendapat sakit badan jika mengurut orang. Apakah ia benar atau tidak?

Berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain, saya percaya ianya benar, tetapi ia sangat jerang berlaku kepada saya.

Saya ada bertanya kepada beberapa orang lama, mereka beritahu, kalau energy kita lemah, maka kita mudah untuk sakit. Zikir dapat meningkatkan energy dalaman, termasuk juga bersenam dan minum air secukupnya. Selain itu terdapat juga latihan yang dapat meningkatkan energy dalaman, tetapi saya lebih cenderung kepada pengamalan ayat Al Quran atau zikir. 

Dalam mengurut kita tak perlu takut. Cukup hanya persiapkan diri dengan amalan atau bacaan ayat Quran sebelum mengurut, selebihnya bertawakkallah kepada Allah. Orang bukan Islam juga melakukan perkhidmatan urut, mereka tetap tekun dengan pekerjaan mereka.  Persoalannya mengapa kita orang Islam perlu terlalu takut dan khuatir? Bukankah kita diajar konsep tawakkal dan terdapat ayat Al Quran sebagai ayat perlindungan?

Ujian Allah tidak pernah berhenti, selagi kita hidup, selagi itu ujian Allah sentiasa datang menjenguk kita. Tapi jangan ujian yang datang menghentikan kita untuk meneruskan kehidupan, kita hanya perlu berusaha untuk menangani ujian, itu sahaja.
Contohnya, adakah kita tidak pergi kerja hanya kerana setiap hari berlaku kemalangan di jalan raya? Bukan begitu,walaupun orang mati setiap hari di atas jalan raya tetapi kita tetap pergi keluar bekerja. Apa yang perlu kita lakukan adalah lengkapkan ciri-ciri keselamatan diri, seperti memakai helmet jika menunggang motor, atau memakai tali pinggang keleder jika kita memandu kereta.

Adakah kita tidak akan berjalan untuk selamanya hanya kerapa kawan kita terpijak paku? Tentulah tidak. Kita tetap akan berjalan, tetapi memakai pelapik kaki, sama ada selipar atau kasut di samping memerhatikan tempat yang kita ingin pijak.

Kalau kecelakaan atau sesuatu yang buruk nak datang kepada kita, ia boleh datang dalam apa jua keadaan, bukan hanya Tukang Urut sahaja yang diuji. Setiap bidang pekerjaan ada ujian masing-masing yang ditentukan untuknya.

(Urut Urat Saraf : Klang)

“Apa yang saya nak baca sebelum mengurut orang?”

Sebelum mengurut lazimnya saya akan membaca Al Fatihah, minta Allah jadikan ia sebagai penawar untuk pesakit. Dan baca 3 Qul, minta Allah lindung daripada segala perkara yang tidak kita ingini. Dalam membca ini, perkara yang paling penting adalah pergantungan hati. Bukan hanya baca, tapi hati kosong daripada pengharapan kepada Allah.

Pergantungan hati dan tawakkal kepada Allah, sesungguhnya itulah yang paling utama.

Anda juga boleh membaca ayat Manzil sebagai amalan harian. Baca setiap selepas subuh atau selepas asar. Jika anda baca setiap hari, maka secara tak langsung anda akan mudah menghafal ayat-ayat tersebut.

Saya banyak kali menggunakan ayat Manzil sebagai rawatan ketika kecemasan, untuk diri sendiri, keluarga dan rakan terdekat.

Untuk rawatan diri sendiri, anda boleh bacakan ayat tersebut pada sejumlah air, iaitu air untuk mandian dan untuk minuman. Boleh lakukan sehari sekali sehingga badan benar-benar pulih.

===

"Penat la nak baca-baca ni.. takde cara yang lebih mudah ke?"

Saya pernah jumpa orang bukan islam yang juga melakukan rawatan, berbangsa Cina. Beliau juga percaya dengan mengurut energy negatif akan tempias kepada kita. Beliau ada cara untuk meningkatkan tenaga dalaman, dan mengeluarkan energy negatif, iaitu dengan menggunakan kaedah Qigong. Uncle itu berlatih setiap hari, setiap waktu pagi. Berdasarkan ceritanya saya dapat anggarkan latihan beliau melebihi 1 jam setiap hari.

Kita juga boleh mengamalkan kaedah tersebut, tiada salahnya. Cuma mengapa kita kurang yakin dengan ilmu yang kita ada, sedangkan kita menggunakan ayat Quran, sama ada untuk rawatan, perlindungan mahupun untuk mendapatkan energy positif daripada zikir tersebut (Ayat Quran).

Kita perlu yakin dan bersungguh-sungguh atas apa yang kita lakukan.






“Kalau saya dah baca ayat-ayat perlindungan daripada Al Quran, tetapi terkena juga tempias masalah pesakit, bagaimana?”

Jika anda dah berikhtiar dengan membaca ayat-ayat perlindungan dan berdoa, tetapi terkena juga, anggaplah ia ujian daripada Allah. Sebagaimana anda terpijak paku ketika berjalan dan terlanggar pembahagi jalan ketika menunggang motor. Ia bukan berlaku setiap hari.

===

“Jika terkena tempias tersebut, bagaimana cara saya nak merawat diri sendiri?”

Sekiranya selepas mengurut seseorang badan saya rasa kurang selesa atau demam berpanjangan, maka biasanya saya menggunakan ayat Manzil. Saya bacakan pada air. Kemudian saya minum dan mandi air tersebut. Ia adalah seperti yang telah saya ceritakan di atas.

Boleh juga berjumpa rakan perawat untuk bantu di ruqyahkan. Nikmati pengalaman ini dan seseungguhnya pengalaman itu amat mahal dan berharga. Tak perlu takut kepada sesiapa, anda hanya perlu ‘protect’ diri, berlindung dan bertawakkal kepada Allah sahaja.

Untuk amalan, anda boleh juga membaca ayat Manzil pada setiap selepas solat subuh atau selepas asar. Memohon perlindungan daripada Allah dengan keberkatan amalan tersebut. Setiap hari sedekahlah walaupun seringgit atau dua puluh sen, kerana sedekah itu adalah salah satu jalan menolak musibah yang kita tidak sukai.

Sedekah itu bukan hanya berikan duit. Bahkan apa sahaja aktiviti yang menyumbang memudahkan dan menyelesaikan masalah orang lain, itu semua dikira sebagai sedekah. Jadikan diri kita orang yang sering membantu dan sering permudahkan urusan orang lain, nescaya bantuan Allah itu sentiasa bersama kita.

Perbaiki diri jika diri kita sentiasa menyusahkan orang lain, kerana dengan sikap yang kita bawa itu, maka kesusahan akan sentiasa membelenggu hidup kita.

((Urut Urat Saraf : Klang)

KLIK SINI UNTUK JOIN CHANNEL TELEGRAM ILMU URUTAN



HIGH IMPACT THERAPY 



(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).


Ulasan

  1. assalamualaikum wbt.. sy nk numb wakil di Taiping perak.. sblm ni dah 2x pergi.. numb tel simpan kat telefon.. telefon lingkup hbis xleh cnct dah..tq..wslm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. No Al Amin di Taiping : 019-21019490 (Abdullah Mina)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)