Maklum balas Pelajar KURSUS URUTAN SARAF >>


Saya rasa seronok apabila anak-anak murid menunjukkan prestasi yang bagus. Hati rasa puas dan berbaloi mengajar.

Terdapat pelbagai golongan yang datang belajar urut, antaranya ialah mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sakit dan belajar untuk membantu ahli keluarga mereka.

Antara yang saya masih ingat adalah:

1) Anak murid yang datang belajar kerana ayahnya sudah boleh bangun berdiri, pada masa itu beliau hanya dengan belajar melalui Video sahaja.

Selepas melihat perubahan yang berlaku hanya melalui pembelajaran video sahaja, maka pelajar tersebut rasa lebih yakin dan terus mendaftar untuk belajar kursus secara bersemuka.

Melalui pembelajaran secara bersemuka ilmu dan kefahaman yang beliau dapat lebih dalam lagi dan beliau pulang dengan keyakinan yang lebih tinggi.

Beliau pulang dengan perasaan yang sangat gembira.

===========

2) Pelajar yang datang belajar kerana isteri mempunyai masalah senggugut. Sakit tersebut telah menyerang lebih daripada 10 tahun.
Anak murid saya tersebut beritahu, apabila beliau melihat isterinya diserang senggugut beliau boleh menangis. Sebab isterinya akan sakit sehingga berguling-guling kerana menahan sakit yang teramat sangat.

Ikhtiar telah dilakukan, tapi tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan..
Setelah belajar Urutan Saraf Al Amin beliau telah aplikasikan kepada isteri, dan hasilnya amatlah memuaskan.

Setiap kali isterinya datang haid atau sebelum datang haid beliau akan urut isterinya. Penekanan diberikan di bahagian perut, pinggang dan beberapa point lain.

Urutan dilakukan secara konsisten seperti itu. Alhamdulillah keputusannya amat memberangsangkan, sejak kali pertama urutan isterinya tidak pernah lagi mengadu sakit senggugut walaupun sekali.

Dah hampir setahun berlalu dan keadaan sakit isterinya tidak pernah lagi berulang.
Alhamdulillah.. Segala pujian bagi Allah tuhan semesta alam..


=========


3) Seorang pemuda datang belajar Urutan Saraf Al Amin. Emak beliau mempunyai masalah sakit tangan atau belikat, sehingga menyebabkan tangan tak boleh di angkat ke atas seperti orang normal. Kalau angkat ke atas tangan emaknya akan terasa sakit.

Saya tunjukkan point-point penting untuk merawat masalah tersebut. Iaitu merangkumi urat belikat, urat bahu dan point penting yang lain.

Selepas mencuba, esoknya beliau beritahu tangan emaknya dah boleh angkat ke atas tanpa sakit seperti sebelum ini.

Saya pun tumpang gembira sebab beliau adalah pelajar baru tetapi dah menunjukkan prestasi yang bagus.

Dan sebenarnya memang ramai yang datang belajar di sini adalah terdiri daripada orang - orang baru yang langsung tiada pengalaman mengurut.

==========

4) Yang keempat ini pula pelajar yang mengurut ayahnya. Ayahnya mengalami masalah sakit lutut yang agak teruk.
Oleh itu urutan dilakukan ulangan secara berkala, dan hasilnya amat memberangsangkan. 

Beliau beritahu:

"Lutut ayah saya sudah sembuh seperti sediakala setelah 4 bulan mengalami sakit lutut (bengkak n ketat),saya urut 4 kali alhamdulillah skrang sudah boleh jalan seperti biasa. Alhamdulillah.."


============

5) Akhir sekali adalah seorang pelajar saya mengurut anaknya yang telah terseliuh akibat bermain bola sepak.

Selepas mengurut anaknya dah beransur pulih. 

Katanya :-

"Kursus ini amat bagus untuk saya. Sekarang saya dah berani urut kluarga, isteri dan anak-anak. Yang paling serious anak main bola terseliuh, Alhamdulillah sembuh... (Dengan izin Allah)"


==========

Sebenarnya ada banyak lagi testimoni yang diceritakan oleh bekas-bekas pelajar saya, cuma saya tak letak semuanya di sini.

Kalau anda berminat nak belajar boleh dapatkan Video pembelajaran. klik saja link di bawah;

HIGH IMPACT THERAPY 



(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)