>> Sakit pinggang sehingga tak dapat tegakkan badan! (Slip Disk L4 & L5) >>

"Badan saya tak boleh nak tegak, kalau saya cuba tegakkan akan terasa sakit.."

En Manan berusia hujung 40-an mengalami masalah slip disk sejak 5 tahun lepas dan doktor telah mengesahkan beliau mengalami masalah Slip Disk pada tulang L4 dan L5.

Untuk kes En Manan ada 4 simptom yang beliau beritahu, iaitu :

1- Terasa sakit bila nak berdiri tegak,  badannya sentiasa membongkok ke depan.

2- Terasa sakit apabila berdiri lama, tak sampai setengah jam.

3- Terasa kebas sehingga menjalar ke bahagian peha.

4- Duduk tak sampai sepuluh minit dah mula terasa sakit.

.

Biasanya pesakit yang mempunyai masalah pada L4 & L5 sememangnya akan memberi kesan di bahagian kaki. Antaranya seperti cepat kebas, sentiasa lenguh dan kaki berapa tak kuat untuk berdiri lama.

====

Alhamdulillah selepas buat Regangan Tulang En Manan dah mula rasa perubahan, sakit hilang hampir 40%.

"Dah takde rasa berdenyut.. Kalau tidak bila baring macam ni (badan lurus) akan terasa berdenyut sampai ke peha.."

Lepas tu saya susuli pula dengan urutan. Kerana otot yang telah menegang sangat penting untuk dilembutkan, ia akan melancarkan kembali peredaran darah yang tersangkut.

Lepas urut En Manan telah merasai perbezaan yang sangat ketara. Pergerakan dah menjadi semakin lancar, bila berdiri tegak dah tak rasa berdenyut lagi. Sakit beliau dah kurang sehingga 70%.

En Manan nampak berpuas hati, dah beberapa hari tak pergi kerja kerana menanggung sakit. Tapi lepas ni InsyaAllah beliau boleh bekerja seperti sediakala.

Pesakit seperti ini dicadangkan untuk buat ulangan agar masalah tak mudah berulang kembali.. Satu lagi sangat penting untuk memakai bengkung bagi penjagaan pinggang yang lebih rapi.

===

Di sini saya lampirkan 3 point urutan yang penting dalam merawat masalah En Manan:
.

1) Pertama- Otot belakang, sebelah kanan.



Point ini terletak di tepi tulang belakang. Ia merupakan point yang paling penting untuk merawat masalah sakit pinggang.
.

2) Kedua- Otot punggung, kiri dan kanan.



Untuk bahagian punggung perlu diurut keseluruhan, ia adalah 'part' yang penting untuk masalah pinggang dan kaki.
.

3) Ketiga- Bahagian peha, Urat Tepi Peha-Bawah.



Point ini terletak di bahagian belakang peha sebelah tepi. Berdekatan dengan bahagian tulang peha.

==

Sila sebarkan posting ini, mudah-mudahan ia memberi kebaikan kepada orang lain yang membacanya





KLIK SINI UNTUK JOIN CHANNEL TELEGRAM ILMU URUTAN



HIGH IMPACT THERAPY 



(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)