BELAJAR CARA URUT DIRI DAN KELUARGA



---------------------------------------------

Ameen Therapy telah menjalankan kursus pembelajaran URUTAN bermula daripada tahun 2015 lagi dan pihak kami amat mementingkan kualiti pembelajaran di dalam setiap kursus yang kami jalankan.
Pembelajaran kursus urutan di dalam Ameen Therapy sangat mementingkan kualiti pembelajaran, iaitu bagaimana setiap pelajar boleh menjalankan urutan dengan baik selepas sahaja tamat kursus bersama kami.

Di dalam kursus urutan yang Ameen Therapy jalankan pihak kami menyediakan nota bergambar yang lengkap dengan anak panah arah URUTAN supaya setiap pelajar mudah untuk memahami dan mengaplikasikan kaedah urutan.

Sebelum ini Ameen Therapy menyediakan nota dalam bentuk lukisan tangan, kemudian kami lakukan pembaharuan dengan menyediakan nota bergambar. Dan kini bukan sahaja anda akan pendapat nota bergambar bahkan disediakan juga beberapa benefit lain untuk anda, iaitu,
Sebagai bonus setiap pelajar akan diberikan:

- DVD pembelajaran urutan secara PERCUMA untuk sesi ulangkaji di rumah.
- PERCUMA pembelajaran URUTAN TENAGA BATIN (Tanpa menyentuh kemaluan).
- Di masukkan ke dalam group WhatsApp alumni pelajar KURSUS URUTAN SARAF AL AMIN. Jadi di dalam group tersebut anda boleh berdiskusi tentang urutan dan anda juga boleh berkenalan dengan bekas-bekas pelajar Ameen Therapy.

Apa yang kami hajatkan ialah anda dapat grab semaksimum mungkin setiap ilmu yang kami sampaikan di dalam kursus yang pihak kami jalankan.

Sekiranya anda berminat untuk mencari peluang untuk menjana pendapatan secara sampingan, maka mengurut adalah salah satu alternatif yang terbaik untuk anda. Mengapa? Kerana urut tidak memerlukan modal yang tinggi, anda hanya memerlukan kemahiran yang tajam dan sebotol minyak sahaja untuk mula menjalankan bisnes ini.

Permintaan urut sebenarnya adalah tinggi. Buktinya, jika ada orang bertanya "apakah pekerjaan anda?" Cuba anda jawab, "Mengurut". Biasanya orang akan minta nombor phone dan bertanya lebih detail tentang khidmat anda.

Dalam kami menjalankan servis URUTAN, antara ayat yang biasa diperkatakan oleh pelanggan/ pesakit kami ialah " Susah nak cari tukang urut lelaki sekarang.." Anda tahu apa maksudnya? Maksudnya ialah permintaan urut ini adalah tinggi tapi tidak ramai yang ingin menceburi bidang ini.
Mungkin anda ingin belajar Urut, tetapi anda masih muda. Adakah sesuai?

Ya adalah satu bonus jika anda dapat belajar Urut sejak dari muda lagi kerana peluang anda untuk menjadi pakar lebih besar. Bayangkan jika anda belajar urut kini bagaimanakah anda selepas 3 atau 5 tahun berkecimpung di dalam dunia urutan? Logiknya anda pasti akan menjadi semakin mahir dan pakar. Biasanya jika anda sudah menjadi pakar maka anda akan menjadi buah mulut orang dan orang yang akan datang mencari anda untuk mendapatkan khidmat URUTAN.

Pekerjaan urut adalah satu pekerjaan yang mulia kerana anda membantu merawat orang. Bayangkan anda merawat orang yang sukar untuk bersolat atau bersolat di atas kerusi kembali boleh bersolat seperti biasa, dan bayangkan juga anda membantu seseorang yang sukar bekerja akibat masalah kesihatan kembali bekerja mencari rezeki untuk isteri dan anak-anaknya dengan penuh bersemangat, bukanlah ia adalah suatu kebaikan yang besar?

Dengan mengurut sebenarnya anda bukan sahaja menjadikan ia sebagai sumber pendapatan (Sama ada secara sampingan mahupun sepenuh masa), bahkan ia juga sebagai khidmat bakti anda kepada masyarakat sementara anda masih bernafas di dunia ini.

Belajar ilmu urut ini tidak rugi. Ilmu yang bernilai ini semakin diamal ia akan semakin tajam. Ilmu urutan ini boleh menjadi sangat bernilai di saat keluarga anda mengalami sakit-sakit tubuh. Bahkan ilmu urutan ini boleh diwariskan kepada anak-anak anda.

Ilmu bermanfaat yang anda wariskan itu akan terus mengalir pahalanya kepada anda selagi ilmu itu diamalkan. Apa lagi yang ingin diharapkan setelah kita mati melainkan amal jariah yang berterusan pahalanya.

Ilmu urutan yang Ameen Therapy kongsikan adalah ilmu yang telah terbukti dapat merawat banyak masalah sakit-sakit tubuh merangkumi 20 masalah. Kami namakan kaedah urutan tersebut sebagai " Urutan Saraf Al Amin".

Buat pengetahuan anda, setakat artikel ini di tulis, kami daripada pihak Ameen Therapy telah pun menjalankan KURSUS URUTAN SARAF AL AMIN di Terengganu sebanyak 2 kali, dan insyaAllah kami akan ke sana lagi atau ke Negeri Sembilan untuk menjalankan kursus atas jemputan yang seterusnya. Kami juga telah di jemput untuk menjalankan Kursus Urut di Melaka.

Terdapat juga jemputan untuk ke Kota Kinabalu, Sabah agar kami dapat mengajar orang di sana tetapi atas beberapa kekangan kami terpaksa tangguhkan dahulu untuk memenuhi jemputan tersebut. InsyaAllah semoga Allah permudahkan kami untuk dapat memenuhi setiap jemputan yang memerlukan khidmat Ameen Therapy.

Antara sebab Ameen Therapy ingin menyampaikan ilmu urutan ini adalah kerana tidak ramai mereka yang pakar ingin tampil untuk menyebarkan ilmu rawatan seperti ini.

Mungkin kerana TENAGA PAKAR tersebut tiada kelapangan untuk menyampaikan sehingga kedengaran seorang demi seorang pakar-pakar urut meninggalkan dunia ini tanpa mewariskan ilmu mereka. Oleh yang demikian Ameen Therapy terasa terpanggil untuk memenuhi kekosongan ini dengan harapan lebih ramai anggota masyarakat yang memerlukan mendapat khidmat rawatan yang berterusan tanpa putus TENAGA PERAWAT lagi, InsyaAllah.

-----------------------------------

KLIK SINI


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)