4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)


Masalah sakit belikat adalah masalah yang kerap dialami oleh mereka yang kerap mengangkat barang berat. Penggunaan otot Trapezius yang berlebihan akan menyebabkan ketegangan di bahagian tersebut, dan kadangkala ia boleh merebak sehingga ke bahagian leher dan tangan.

Selain itu, ia juga banyak terkena kepada mereka yang kerja melibatkan duduk dalam tempoh yang sangat lama seperti kerja ofis di bank atau designer.

Masalah sakit belikat boleh membawa kepada masalah :

- Kebas-kebas tangan
- Pergerakan tangan yang terbatas
- Lenguh bahu
- Sesak nafas
- Sakit leher

===


+ Mulakan urutan dengan bacaan doa, meminta kesembuhan daripada Allah.

+ Urut dengan tenang, sambil berselawat atau berdoa di dalam hati.

+ Ratakan minyak dengan cukup

+ Mulakan urutan dengan tekanan sederhana, kemudian naikkan tekanan secara bertahap, mengikut atas ketahanan pesakit.

+ Banyak gunakan tapak tangan ketika mengurut berbanding jari, ia lebih memberi keselesaan kepada pesakit.

+ Cari urat yang tegang dan fokuskan urutan pada bahagian tersebut.

+ Apabila jumpa point sakit, selang-selikan tekanan, dan lakukan lebih lama di bahagian tersebut.

Belikat menjadi sakit akibat ketegangan otot. Otot /urat yang tegang akan membuatkan pergerakan tangan menjadi terbatas. Oleh itu kaedah urutan yang betul akan membantu memulihkan kembali pergerakan tangan dan seterusnya menghilangkan masalah sakit belikat.

===

PENDETAILAN:-


1) URAT BELIKAT.




+ Minta pesakit meniarap, kerana dengan posisi tersebut mudah untuk kita berikan tekanan yang cukup.

+ Urut bahagian ini dengan menggunakan tapak tangan.

+ Gunakan berat badan untuk support tekanan, ia akan lebih menjimatkan tenaga dan tekanan menjadi lebih mantap.

.

2) URAT LEHER.





+ Kebanyakan mereka yang mempunyai sakit belikat turut mengalami masalah sakit leher, kerana Urat Belikat /Trapezius bersambung dengan urat leher.

+ Urat ini terletak bermula dari belakang telinga, urut sehingga ke bahagian pangkal leher.

+ Gunakan tepi jari telunjuk untuk berikan tekanan. Boleh lakukan kanan dan kiri serentak atau buat sebelah demi sebelah.

+ Ketegangan urat ini boleh menyebabkan kepala sukar dipusingkan, malah boleh mengakibatkan sakit kepala
.

3) URAT BAHU



+ Bahagian bahu ini boleh diurut dalam keadaan meniarap atau duduk. Tetapi untuk momentom yang lebih padu, lakukan dalam posisi pesakit dalam keadaan duduk.

+ Gunakan tapak tangan atau ibu jari. Jika terlampau sakit, lebihkan penggunaan tapak tangan.

+ Mulakan dengan tekanan sederhana, kemudian tambahkan tekanan secara bertahap.

+ Lakukan sehingga sakit berkurangan.
.


4) URAT DADA



+ Urut bahagian dada dengan posisi pesakit dalam keadaan telentang.

+ Banyak menggunakan tapak tangan
supaya kesakitan tidak terlalu memeritkan.

+ Gunakan tekanan sederhana, kemudian
 naikkan tekanan sedikit demi sedikit.

+ Lakukan di kedua bahagian dada atau
di sebelah bahagian yang mempunyai
masalah belikat.

+ Lakukan sehingga sakit berkurangan.


Silakan share jika anda rasakan ia bermanfaat, dengan 1 klik share anda mungkin boleh membantu banyak orang sakit di luar sana.

Share ilmu bermanfaat adalah 1 jalan pahala yang amat mudah, Ikhlaskan hati dan doakan saya =)

Jazakallah khair, semoga sedikit perkongsian ini memberikan manfaat yang banyak.

KLIK SINI UNTUK JOIN CHANNEL TELEGRAM ILMU URUTAN



HIGH IMPACT THERAPY 



(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).
.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~