Catatan

CARA MENGURUT BADAN YANG BETUL ~

Imej
Berkenaan dengan cara urut badan terdapat berbagai pandangan dan aliran bergantung kepada pembelajaran dan pengalaman dari guru masing- masing. Ada tukang urut yang berpendapat urutan itu seharusnya bermula daripada: Tapak kaki - Dengan alasan di tapak kaki terdapatnya hujung saraf yang menghubungkan kepada seluruh tubuh. Perut - Kerana perut adalah punca segala penyakit (Makanan) Kepala - Kerana kepala ialah pusat kepada seluruh tubuh Belakang - Kerana bahagian belakang adalah paling selesa diurut dan paling dekat dengan pelbagai organ tubuh. Pada saya tiada yang salah asalkan kaedah tersebut terbukti dapat membantu meringankan atau merawat masalah yang dihadapi oleh pesakit. Tetapi jika kaedah tersebut tidak dapat membuktikan bahawa ianya berkesan maka teknik tersebut sepatutnya perlu lagi diperhalusi dan diperbaiki. Kepada anda yang berminat untuk mengetahui point-point urutan untuk merawat/ melegakan masalah sakit-sakit tubuh saya telah pun siapkan untuk anda

AYAT RAWATAN PENYAKIT FIZIKAL & MISTIK UNTUK EMERGENCY ~

Imej
Sebelum ini semasa masih belajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) saya kerap membaca ayat-ayat manzil. . MANZIL ini adalah nama yang diberi untuk suatu kitab kecil yang menghimpunkan ayat-ayat Al Quran berdasarkan hadis-hadis nabi saw. . Teringat lagi dulu pada suatu malam semasa meeting bersama AJK asrama. Ketika meeting tiba-tiba kedengaran seorang pelajar wanita terkena histeria. . Apabila berlaku kejadian tersebut pada masa itu semua orang memandang saya dan meminta saya untuk berbuat sesuatu. "Alamak, apa yang aku nak buat ni?.." Saya berbisik dalam hati sambil memikirkan apakah yang akan berlaku nanti. Pada masa tu semua orang mengharapkan saya kerana saya adalah antara yang paling senior dan ditambah lagi dengan muka saya yang agak familiar di Pusat Islam (Masjid) Politeknik. Masa tu saya ' blur ' dan nervous sekejap. Tak tahu nak buat apa. . Sebelum ini saya pernah lihat Ustaz di Politeknik mem

BAGAIMANA MINUM AIR BOLEH MEMBUANG LEMAK? - Kisah Samad -

Imej
Air adalah elemen penting untuk membuang sisa toksin daripada tubuh badan, iaitu melalui proses pembuangan najis sama ada air kecil mahupun air besar. Selain itu minum air yang banyak juga boleh mengurangkan rasa lapar bagi mengurangkan kuantiti makanan yang kita ambil. Sebelum ini seorang pesakit telah berkunjung di AMEEN THERAPY, beliau berkongsi sedikit pengalaman beliau menurunkan berat badan dengan cara minum air sebanyak 2.7 liter setiap hari. Beliau ada tunjuk gambar 2 tahun lepas, mak oi gemoknye , macam tak percaya plak tu ialah dia. Rasa macam gambar orang lain pun ada. Semasa Samad sedang diurut banyak tip-tip kesihatan yang kita borakkan. Dan kemudian masuk pulak bab minum air.Samad ni kata dia minum air banyak. Sebab nak jaga kesihatan dan kuruskan badan. " .. dulu sebenarnya saya ni gemok bang.." "Gemok? Yeke?.. Hmm..  Aku perati je lama-lama.. biar betul, macam takde ciri-ciri pernah gemok pun (memang nak kena ada ciri-ciri ke?) &q

Merawat masalah lenguh tangan

Imej
========================================= ---------------------------------------- Masalah lenguh tangan adalah suatu masalah yang lazim berlaku kepada ramai orang, tidak kira peringkat umur mahupun jantina. Masalah lenguh tangan yang biasa lazimnya berlaku ketika kita banyak membuat kerja seperti mengangkat barang, memandu kereta atau membaca buku sambil berbaring.. dan selepas berehat seketika masalah lenguh tangan akan reda dengan sendirinya. Kadangkala lenguh tangan juga berlaku semasa kita sedang berbaring dengan menindih tangan yang sebelah, biasanya dalam posisi mengiring. Masalah seperti ini tidak perlu dirisaukan kerana ianya bersifat sementara. Lenguh tangan atau kebas itu adalah disebabkan oleh perjalanan darah yang tersekat akibat ditindih oleh tubuh. Biasanya akan hilang selepas anda membetulkan kembali kedudukan. Tetapi walaupun begitu terdapat satu lagi masalah yang lebih kurang sama tetapi tidak serupa, iaitu masalah lenguh tangan yang agak berat.

Urut Batin - Merawat masalah Lemah Tenaga Batin (Tanpa sentuh kemaluan) ~

Imej
-------------------------------- HILANG RASA GHAIRAH . Ramai lelaki yang mengalami masalah tenaga batin atau pun lemah syahwat. Nafsu terhadap isteri telah berkurangan dan tiada lagi rasa ghairah untuk 'bersama'. Urut Batin (Urutan Saraf Al Amin) adalah salah satu kaedah untuk merawat masalah tersebut. Masalah lemah tenaga batin ini amat mengganggu hubungan di dalam rumah tangga. Sehingga ada dikalangan lelaki yang cuba mengelak untuk 'bersama' isteri dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Sekiranya anda terus mengelak untuk 'bersama' isteri sebenarnya ia tidak membantu apa-apa, bahkan anda boleh menyebabkan si isteri salah faham dan seterusnya boleh memburukkan lagi keadaan rumah tangga. Sekiranya benar anda mempunyai masalah lemah tenaga batin maka anda tidak perlu berasa malu, kerana masalah ini boleh kena kepada sesiapa sahaja. Langkah terbaik ialah duduk berbincang secara baik dan berterus terang tentang masalah

BELAJAR CARA URUT DIRI DAN KELUARGA

Imej
--------------------------------------------- Ameen Therapy telah menjalankan kursus pembelajaran URUTAN bermula daripada tahun 2015 lagi dan pihak kami amat mementingkan kualiti pembelajaran di dalam setiap kursus yang kami jalankan. Pembelajaran kursus urutan di dalam Ameen Therapy sangat mementingkan kualiti pembelajaran, iaitu bagaimana setiap pelajar boleh menjalankan urutan dengan baik selepas sahaja tamat kursus bersama kami. Di dalam kursus urutan yang Ameen Therapy jalankan pihak kami menyediakan nota bergambar yang lengkap dengan anak panah arah URUTAN supaya setiap pelajar mudah untuk memahami dan mengaplikasikan kaedah urutan. Sebelum ini Ameen Therapy menyediakan nota dalam bentuk lukisan tangan, kemudian kami lakukan pembaharuan dengan menyediakan nota bergambar. Dan kini bukan sahaja anda akan pendapat nota bergambar bahkan disediakan juga beberapa benefit lain untuk anda, iaitu, Sebagai bonus setiap pelajar akan diberikan: - DVD pembelajaran urutan

BAGAIMANA AIR DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK => Mengurangkan masalah kerap mengantuk di waktu siang, kurangkan masalah sakit sendi/ arthritis, meningkatkan tahap kesihatan. Dan ketahui kuantiti air yang tubuh anda perlukan setiap hari.

Imej
========================== Air adalah antara faktor terpenting dalam penjagaan kesihatan tubuh, sama ada ianya sebagai kaedah rawatan mahupun penjagaan kesihatan. Ramai orang mengambil mudah dan memandang remeh tentang kepentingan air kepada tubuh sehingga menyebabkan mereka senang mendapat penyakit dan kesihatan tubuh juga sering terganggu. Antara nasihat asas yang sering diberikan oleh pakar perubatan dalam penjagaan kesihatan ialah minum air dengan banyak, iaitu antara 8 hingga 10 gelas atau 2 liter sehari. Ia adalah ilmu asas dalam usaha untuk mengekal dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh. Sekiranya anda kerap buang air kecil pada waktu siang ia adalah suatu perkara yang baik kerana ia adalah proses semulajadi tubuh mengeluarkan sisa toksik dan bahan buangan dari tubuh badan. Tetapi sebaliknya jika anda kerap membuang air kecil pada waktu malam maka ia adalah suatu perkara yang kurang baik dan bukan suatu perkara yang normal. Menurut pakar air bertauli