Mengapa tubuh lesu dan tidak cergas? 3 tips mengatasinya! >>
Tubuh yang kurang oksigen akan sentiasa lesu dan tidak bermaya, seperti pokok yang kekurangan air, nampak layu dan serba kekuningan. Tubuh yang cergas adalah tubuh yang mempunyai pengaliran darah yang baik, kerana pengaliran darah turut membawa oksigen untuk diserakkan ke seluruh tubuh termasuk ke organ dalaman dan otot. Tubuh yang kaya dengan oksigen akan sentiasa cergas, segar dan bertenaga. Bagaimana pengaliran darah berlaku? Peredaran darah bermula dari jantung yang sentiasa mengepam. Ia memastikan darah sentiasa mengalir tanpa henti. Darah yang dipam oleh jantung akan bergerak ke seluruh tubuh melalui ke organ-organ dalaman dan seluruh anggota badan, kemudian kembali semula ke jantung. Antara masalah yang berlaku ialah apabila terdapat sebahagian otot yang 'membeku' yang menyekat pengaliran darah. Otot 'membeku' membuatkan otot menjadi lemah. Ia adalah disebabkan kurangnya pergerakan atau otot selalu berada dalam keadaan statik dalam tempoh yang la