SOLAT JUMAAT GAJAH!

Semalam solat Jumaat di sebuah masjid di Klang. Dalam pukul 12 tengahari tu saya rasa mengantuk sangat.. tidur sekejap, sekali bangun dah pukul 1 lebih. Kelam kabut saya dibuatnya. Lepas tu terus mandi cepat-cepat dan bergegas pergi ke masjid. Sampai je kat masjid tengok orang dah ramai, parking pun letak jauh je. Kat muka pintu masjid ramai orang berhimpun untuk masuk ke dalam masjid.




"Alamak boleh dapat tempat lagi ke aku ni?" fikir saya dalam hati.

Lepas tu saya pun mencelah la ke sana-sini.. dari belakang akhirnya dapat jugak saya sampai di depan pintu.. berbulu je orang belakang tengok.. dah la lambat, sibuk nak ke depan.. hihi.. sorry bang..

Tu pun masih kat luar masjid lagi, belum masuk.

Masa tu tengok jemaah memang padat giler. Tunggu time nak qomat je. Bila qomat dilaungkan je semua berpusu-pusu masuk ke dalam masjid termasuklah saya. Melilau saya cari ruang-ruang kosong nak menyelit kat celah-celah saf.

Cari punya cari tak jumpa.. cari lagi.. tak jumpa jugak.. semua saf dah penuh.. orang dah rapat-rapat, padat. Qomat dah nak habis.

Alamak macamane aku ni?? (Waaa!!)

Dalam kelam kabut tu qomat pun habis. Mata saya tertumpu kat budak kecik kat depan saya dalam umur 3 ke 4 tahun.. ada 3 orang.

Nak tau apa yang saya fikir time tu? Saya fikir nak angkat budak tu kat tepi, lepas tu saya solat kat situ.. hihi .. macam jahat je saya ni kan?

Kemudian Pak imam dah mulakan takbir solat.. saya masih belum dapat tempat.. duk tercongok kat depan ahli jemaah yang sedang nak bersolat.

"Ya Allah bagilah aku tempat.. tolonglah aku ya Allah.. aku nak bersolat.."

Duk fikir sekli lagi, nak angkat budak tu ke tak, nak angkat ke tak.. Emm..

Bukannya apa, budak tu saya tengok kecil sangat dalam 3 atau 4 tahun umurnya. Kecik macam tu kewajipan solat pun belum ada lagi, kalau space tu bagi kat orang yang dewasakan lebih baik, sebab orang dewasa ni dah wajib solat.




Lepas semua jemaah mula bertakbir untuk solat saya pun bergerak ke luar masjid, kang tak pasal-pasal diorang rukuk kena punggung saya.

Sampai kat luar masjid saya tengok ada beberapa orang lagi yang senasib dengan saya. Sampai kat luar tak banyak cakap dah, takbir je terus mana boleh. Biarlah berpasir pun yang penting saya dapat bersolat.

Fuh.. hati ni rasa lega sangat-sangat dapat solat.. Alhamdulillah.. dapat jugak ruang untuk solat.

Lepas siap solat tu saya flashback balik kata-kata seorang ustaz semasa pengajian antara maghrib Isyak,

"Saya pelik tengok orang duk bawak anak-anak kecil ke masjid waktu solat Jumaat. Masa tu dah la time orang penuh, jemaah yang datang pulak semakin ramai. Tapi masa tulah jugak nak bawak anak-anak ke masjid. Niat untuk bawak anak ke masjid tu dah bagus.. kalau boleh bawalah pada setiap kali solat fardhu, bukan pada waktu solat Jumaat.. lain lah kalau anak dah cukup umur."

Masa tu saya dengar ceramah tu saya rasa biasa je.. tapi sekarang bila dah terkena macam ni barulah saya faham. Betul kata ustaz tu. Sebenarnya kadang-kadang kita ni nak buat baik tapi cara kita kurang tepat..

Semoga kita sama-sama dapat perbaiki di masa hadapan.. hihi.. jangan marah ye kalau ada yang terasa, jangan lupa sampaikan pada kawan-kawan kita.. mudah-mudahan bermanfaat Insya Allah.. ^_^



KLIK SINI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)