SIRI 3.3 : KISAH BENAR - AKU BERTEMU JODOH

Ingat lagi, dapat surat tu pada bulan Julai 2013.

Surat tu bagitau mas kahwin dah naik jadi RM8000. Tunang saya kata keluarga dia dah bincang balik dan ni keputusan diorang, kalau saya tak mampu ayah Radiah suruh Radiah bantu untuk cukupkan jumlah tu.

Daripada RM4000, sekarang dah jadi RM8000?.. glup.. tiba-tiba rasa macam dunia ni berenti sekejap.. rasa nak pitam pun ada. 

Mungkin pihak wanita ada kos-kos tambahan last minit kot. 

Saya tengok je surat tu.. dapat ke saya kumpul banyak tu bulan 12 ni? Yang RM4000 plus kos transport dan lain-lain RM2000 tu pun rasa macam susah saya nak capai.. sekarang dah jadi RM8000.. plus RM2000 dah jadi RM10000.

Alamak.. macam mane ni?? Muka saya terus jadi macam gambar ni ~




Kepala hotak buntu giler masa tu, sayu je tengok surat tu. Geram, marah, sedih, semua bercampur-baur. Tak tau nak cari duit kat mana lagi.

"Kalau jodoh aku ada pasti Allah akan bantu.."

Saya amat berharap Allah buka jalan rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka, macam dalam surah At-Thalaq ayat 2 - 3:


“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan menunjukkan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”


_________________________________

Dalam keluarga saya hanya saya dan abang saya je yang tau. Saya tak nak bagitau mak dengan abah, sebab diorang mesti marah nanti. Saya kunci je mulut rapat-rapat.

Kalau sebelum ni saya fikir, " Harap-harap cukup la duit tu nanti.."

Tapi sekarang saya fikir, "Agaknya apalah yang akan terjadi nanti.." berdebar je rasa.

Badan rasa longlai tak tau nak buat apa lagi,  tak nampak jalan dah.

Kadang-kadang saya fikir kalau terpaksa mungkin saya akan pinjam duit sesiapa nanti. Tapi harap-harap tak sampailah ke tahap tu, rasa malu nak pinjam duit orang.

--------------------------------------------


Suatu hari masa balik kerja mak panggil saya ke rumah mak su, sebelah je dengan rumah saya. Mak kata abah nak jumpa.

 "Aik? Lain macam je.." masa tu dah rasa tak sedap hati.

"Takpelah, apa nak takut.. diorang bukan tahu pun.."

Lepas tu saya pun masuk ke dalam rumah mak su. Bila sampai je kat ruang tamu saya tengok mak, abah, mak su, pak su dan sebahagian adik-beradik saya ada kat situ. 

Apahal la pulak ni.. duk fikir apa nak jadi lepas ni..

"Asyid, hang duduk sini sat," ayah saya bersuara.

Saya pun duduk.

Mak saya sambung, "Ni mak ada jumpa kertas kat dalam poket hang masa mak nak basuh baju tadi.. pihak perempuan dah naikkan mas kahwin jadi RM8000 ka? Awat hang tak cerita kat mak dengan abah pasal ni?"

Alamak, terkantoi la pulak.. bongok betul aku ni, kenapa la aku tak buang dalam tong sampah surat tu. Duk maki hamun diri sendiri.

"Sepatutnya hang cerita la kat kami, hang toksah la duk sengap lagu tu..", mak saya sambung lagi.

Tiba-tiba rasa bersalah pulak dengan apa yang dah saya buat.

"Sebenarnya Asyid cuma tak nak menyusahkan mak dan abah, tak nak mak dengan abah risau.."

"Hang tak boleh buat lagu tu Asyid. Apa-apa pun hang mesti bagitau kami, jangan simpan sorang-sorang. Hal ni bukan hal kecik, ni hal besar, melibatkan keluarga. Dulu masa mesyuarat depa cakap RM4000, ni dah jadi RM8000, dah jadi sekali ganda. Mana boleh lagu ni.. sepatutnya depa kena ikut perjanjian.. ni abah nak tanya, hang rasa hang nak teruskan ka dak?"

"Insya Allah boleh abah, Asyid cuba.. mesti ada sebab diorang buat macam tu"

"Tak palah dah hang kata lagu tu.. abah ni bukannya apa, cuma takut hang tak dapat kumpui ja, tarikh dah dekat, tapi nasib baik depa anjakkan tarikh ke bulan 12, ada 5 bulan ja lagi."

Mak saya sambung lagi, "lain kali hang toksah duk buat lagu ni lagi."

Masa tu saya tengok muka mak dan abah nampak sedih, mungkin diorang ingat saya kebelakangkan diorang. Demi Allah, bukan macam tu.. sebenarnya saya cuma tak nak susahkan diorang je.. tapi mungkin cara saya tak betul.

"InsyaAllah mak , abah.. lain kali asyid tak buat lagi.."




Lepas tu saya salam dan minta maaf kat mak dan abah. Harap diorang maafkan saya. Saya tak dapat bagi kesenangan kat diorang, saya cuba sedaya mungkin supaya saya tak menyusahkan diorang. Tapi apa yang saya buat dah jadi sebaliknya.

________________

Saya telah menceritakan apa yang telah berlaku kepada tunang saya melalui Sms. Tunang saya rasa bersalah dengan apa yang berlaku.

Bersambung...

Episod seterusnya apa akan jadi agaknya ye?... hihi jom nantikan kisah seterusnya =)

KLIK SINI


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)