POINT URUTAN MERAWAT LENGUH BAHU & SAKIT LEHER ~


Masalah sakit leher adalah perkara biasa yang sering dialami oleh ramai orang.
Apabila berlakunya masalah sakit leher maka ada beberapa bahagian tubuh juga terlibat secara langsung, iaitu sakit atau lenguh dibahagian bahu dan belikat.
Masalah sakit leher/ tengkuk boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan di samping keterbatasan pergerakan.

Berikut adalah punca sakit leher, tengkuk & bahu :
  • Kerap duduk menghadap komputer, televisyen atau handphone terlalu lama dalam satu posisi yang tetap.
  • Kepala dalam posisi yang tidak stabil semasa tidur.
  • Terjatuh atau kemalangan yang mengakibatkan hentakan dibahagian tengkuk.

Antara masalah yang sering dirasai oleh penghidap masalah leher ialah:
  • Sukar untuk memusingkan kepala, ke kiri & ke kanan.
  • Terasa sakit atau tegang di bahagian tengkuk apabila tunduk ke bawah.
  • Sentiasa lenguh di bahagian tengkuk semasa duduk bekerja.

Sakit dibahagian leher/ tengkuk yang berpanjangan juga boleh menyebabkan sakit dibahagian kepala.
Terdapat banyak pilihan untuk merawat masalah ini termasuklah akupuntur, berurut, senaman dan mengamalkan petua-petua tertentu.
Di dalam artikel ini saya akan kongsikan beberapa point urutan yang di praktiskan di Ameen Therapy untuk merawat masalah tersebut :-

1)
Urat Leher
Point ini saya namakan sebagai Urat Leher. Kedudukan urat ini berada di tepi leher dan di bawah telinga. Jika anda cuba pegang maka anda akan rasakan ada otot yang memanjang ke bawah.
Point Urat Leher ini anda boleh urutkan dari atas hingga ke bawah.
Anda boleh menjalankan urutan dibahagian ini dengan menggunakan jari.

.
2)

Urat Tengkuk


Point ini saya namakan sebagai Urat Tengkuk.
Mereka yang mengalami masalah lenguh tengkuk biasanya bahagian ini agak keras dan seperti mempunyai ketulan.
Bahagian ini boleh diurut dengan cara tarik ke arah bahu seperti di dalam gambarajah.
Anda boleh menjalankan urutan dibahagian ini dengan menggunakan jari dan tapak tangan. Di bahagian bahu boleh juga menggunakan lengan untuk mengurut.
.
3)
Urat Bahu


Point ini saya namakan sebagai Urat Bahu.
Cara urutannya ialah tarik ke atas dengan menggunakan jari-jemari. Tarik menggunakan berat badan jika ingin lebih kekuatan.
Semasa menggunakan teknik ini pastikan kuku anda dalam keadaan pendek. Tarik menggunakan perut jari, bukan menggunakan kuku.
Hayati setiap tarikan yang diberi. Ambil peduli reaksi pesakit.
Tidak perlu terlampau kuat, cukup sekadar terasa sengalnya dan pesakit berasa selesa.

.
4)
Urat Belikat

Ini adalah point Urat Belikat.

Kebiasaannya point ini juga terlibat dan perlu diurut untuk merawat masalah kaku dibahagian leher.

Urut bahagian Urat Belikat ini ke arah atas hingga ke bahagian bahu.

Gunakan tapak tangan untuk lebih memberi keselesaan kepada pesakit.
Bahagian yang sakit ketika ditekan atau berketul perlu di berikan fokus. Tekanan tidak perlu terlampau kuat, berikan secara sederhana dan sedikit kuat sahaja. Selang-selikan kekuatan tekanan.
Semasa menggunakan teknik ini pastikan kuku anda dalam keadaan pendek. Tarik menggunakan perut jari, bukan menggunakan kuku.

Hayati setiap tarikan yang diberi. Ambil peduli reaksi pesakit.
Tidak perlu terlampau kuat, cukup sekadar terasa sengalnya dan pesakit berasa selesa.

KLIK SINI




KAEDAH URUTAN:
Mana-mana bahagian yang anda terasa ototnya keras maka lebihkan urutan dikawasan tersebut.

Buat secara berselang-seli tahap tekanan, antara tekanan perlahan, sederhana dan sedikit kuat dari biasa, kemudianperlahan kembali.

Tahap tekanan yang berselang seli akan lebih memberi kelegaan kepada pesakit yang diurut.


ANGGARAN KEKUATAN:

Untuk mengukur kadar tekanan yang sesuai dalam urutan maka Juru Urut perlu berinteraksi dengan pesakit.

Jika tekanan mengenai point urutan yang tepat dengan tekanan yang cukup maka bahagian yang diurut akan terasa 'sakit sedap' atau sengal.

Ketika memberikan tekanan anda digalakkan untuk melebarkan skop tekanan urutan untuk meminimumkan kesakitan semasa menjalankan urutan.

Contohnya jika dibandingkan penggunaan jari dan tapak tangan semasa mengurut, pesakit akan lebih selesa urutan dengan menggunakan tapak tangan.

Kerana bahagian tapak tangan permukaannya lebih lebar, oleh itu tekanan terasa lebih selesa dan tidak 'tajam' berbanding dengan menggunakan jari.

Melainkan jika tiada pilihan atau bahagian yang ingin diurut lebih sesuai menggunakan jari atas faktor-faktor yang tertentu.





Ulasan

  1. Balasan
    1. Yup tuan Asrol.. sila panjang-panjangkan artikel ini tuan, semoga bermanfaat ^_^

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)