Senaman merawat SAKIT LEHER dan LENGUH BAHU ~


Pada entry yang lepas admin telah berkongsi tentang titik-titik atau POINT URUTAN untuk merawat masalah SAKIT LEHER & LENGUH BAHU. Pada mereka yang telah mencuba semoga beroleh kelegaan dan kesembuhan. Tetapi terdapat masalah jika anda tidak boleh mendapatkan seseorang untuk mengurut anda.

Oleh itu di sini saya ingin berkongsi pula kaedah rawatan untuk diri sendiri untuk masalah yang sama. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat meringankan masalah anda.

Terdapat banyak senaman untuk merawat atau melegakan masalah SAKIT LEHER & LENGUH BAHU. Tetapi memadai saya kongsikan beberapa teknik yang sudah cukup untuk membantu meringankan masalah anda.

Teknik senaman yang akan saya kongsikan ini adalah mudah. Dan ia boleh dibuat walaupun anda sedang menonton televisyen.

Jangan simpan ilmu ini sorang-sorang, tetapi silalah berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga.

Mudah-mudahan beroleh berkat dan anda akan mendapat ganjaran pahala kerana menyebarkan ilmu yang bermanfaat.


Berikut ini adalah senaman merawat masalah sakit leher & lenguh bahu: -
.

1) REGANGAN LEHER DAN BAHU




Teknik pertama adalah teknik REGANGAN LEHER DAN BAHU. Senaman sesuai dilakukan dalam posisi berdiri.

Caranya ialah:

- Pertama sekali dalam posisi berdiri tegak kedua-dua belah tangan diletakkan di belakang badan seperti di dalam gambar di atas.

- Kemudian tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri. Pegang dengan kemas.

- Pada masa yang sama pusingkan kepala ke arah kanan. Kemudian condongkan kepala untuk memberikan kesan regangan kepada leher sebelah kiri.

- Fokuskan regangan di bahagian bahu dan leher sebelah kiri.

- Tahan sehingga 10 saat. Setelah itu kembalikan kepala ke posisi asal.

- Lakukan regangan ini sebanyak 10 kali.

- Pastikan setiap gerakan dibuat sehingga 'terasa'. Lakukanlah secara berperingkat, bermula dengan regangan sederhana dan semakin lama tambahkan sedikit kekuatan sehingga agak terasa berbanding sebelumnya.

- Semakin kerap anda mengulang senaman ini anda akan dapati ketegangan otot dibahagian leher dan bahu semakin release dan selesa.

- Dengan regangan yang betul otot yang tegang dapat dilonggarkan dan kembali release semula.

.

.



.


.

2) TARIK LEHER





Teknik ke- 2 adalah teknik TARIK KEPALA.

Caranya ialah:

- Pertama sekali duduk atau berdiri dalam keadaan tegak.

- Jika anda ingin membuat regangan untuk leher sebelah kiri, maka anda perlu tarikkan kepala ke sebelah kanan seperti dalam gambar. Dengan gerakan ini anda akan rasa tegang di bahagian otot leher sebelah kiri.

- Tarik otot leher sebelah kiri sehingga terasa tegang, tahan sehingga 10 saat. Kemudian tegakkan kembali kepala ke posisi asal. Lakukan sehingga 10 kali.

- Lakukan kaedah yang sama untuk regangan leher di sebelah kanan.

- Semasa anda membuat senaman ini sila berikan tekanan yang cukup. Sehingga terasa tegang di bahagian leher.

- Semakin kerap anda mengulang senaman ini anda akan dapati ketegangan otot dibahagian leher dan bahu semakin release dan selesa.

- Kesilapan ramai orang semasa melakukan senaman ini ialah tidak menarik dengan kemas. Tarikan yang tidak kemas dan longgar akan mengurangkan keberkesanan rawatan.

- Oleh itu pastikan setiap gerakan dibuat sehingga 'terasa'. Lakukanlah secara berperingkat, bermula dengan tekanan sederhana dan semakin lama tambahkan sedikit kekuatan sehingga agak terasa berbanding sebelumnya.

- Dengan tekanan yang betul otot yang tegang dapat dilonggarkan dan kembali release semula.


.

.

3) TEKAN KEPALA


TEKAN KEPALA


Teknik ke-3 adalah teknik TEKAN KEPALA. 

Senaman ini boleh dilakukan dalam posisi duduk atau pun berdiri. Caranya ialah:

- Letakkan jari di belakang kepala secara bersilang (tangan kiri & kanan) dan kemudian tekan kepala ke bawah.

- Mulakan dengan tekanan sederhana, tahan 10 saat kemudian tegakkan kepala kembali dan relax. Ulang senaman ini sehingga 10 kali.

- Semasa anda membuat senaman ini sila berikan tekanan yang cukup. Sehingga terasa tegang di bahagian tengkuk, dan adakalanya boleh terasa sehingga ke bahagian belakang.

- Semakin kerap anda mengulang senaman ini, maka anda akan dapati ketegangan otot dibahagian tengkuk semakin release dan selesa.

- Kesilapan ramai orang semasa melakukan senama ini ialah tidak menekan dengan kemas. Tekanan yang tidak kemas dan longgar akan mengurangkan keberkesanan rawatan.

- Oleh itu pastikan setiap gerakan dibuat sehingga 'terasa'. 

- Lakukanlah secara berperingkat, bermula dengan tekanan sederhana dan semakin lama tambahkan sedikit kekuatan sehingga agak terasa berbanding sebelumnya.

- Dengan tekanan yang betul otot yang tegang dapat dilonggarkan dan kembali release semula.
.

=========================================================




========================================================

.


4) TOLAK DAGU.

TOLAK DAGU


Senaman yang ke- 4 ialah TOLAK DAGU.

Caranya ialah:

- Temukan kedua belah tapak tangan dan tolakkan dagu ke atas dengan menggunakan hujung jari. 

- Tahan 10 saat kemudian tegakkan kepala kembali dan relax. Ulang senaman ini sehingga 10 kali.

- Semasa anda membuat senaman ini sila berikan tolakkan yang cukup. Tolakkan ini akan mengendurkan otot yang tegang di bahagian tengkuk dan belikat.

- Semakin kerap anda mengulang senaman ini anda akan dapati ketegangan otot dibahagian tengkuk semakin release dan selesa.




KLIK SINI















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)