Sengal tangan dua belah berpindah-pindah. Tak tahan bila sejuk >>

Beberapa hari lepas seorang pak cik datang ke Pusat Terapi Saraf Al Amin. Berbadan tegap, nampak sihat walaupun umur dah cecah 64 tahun.. Maklumlah kerja angkat-angkat simen. Power tu 😎

Pak cik tu ada masalah sakit tangan, sakit berpindah-pindah sekejap sakit belah kanan, sekejap pindah ke tangan kiri. Sakitnya sampai nak tidur pun susah. Muka nampak tak cukup rehat, mungkin sebab menahan sakit yang berpanjangan..

"Sakit tangan pak cik ni dah setahun, kejap sakit sebelah kanan kejap sakit sebelah kiri, bertukar-tukar. Kalau pak cik buat kerja, sakit jadi kurang. Tapi kalau beberapa hari tak kerja sakit mula dari balik, tak boleh duduk diam...

Tapi sekarang dah jadi makin teruk, sakitnya bukan main. Dah pergi beberapa klinik, doktor kata 'angin'..  Katanya pak cik dah tua, tak boleh nak buat kerja berat-berat macam ni lagi dah..

Satu lagi, kalau pak cik kena kipas atau air cond lagi tak tahan, jadi semakin sakit..."

===

Muka pak cik tu nampak sedih bila doktor kata dia dah tak boleh kerja macam biasa...

"Jangan risau pak cik. Insya Allah pak cik boleh kerja,  cuma perlu buat rawatan dan teruskan buat mentainance secara bulanan, sebab pak cik buat kerja berat... "

Aku percaya pak cik ni sebenarnya masih boleh bekerja. Cuma dia hanya perlukan rawatan dan mentainance tubuh je.. Insya Allah, kalau dia jaga dua benda ni, dia boleh kerja macam biasa..

===

Pak cik ni ada masalah saraf tersepit. Tulang dah merapat sampai menekan disk. Memang kalau jenis sakit macam ni boleh menyebabkan sakit merebak ke bahagian tangan.

Saraf yang tersepit membuatkan otot menjadi tegang, keras dan seterusnya mengganggu peredaran darah.

Bila peredaran darah tersekat banyak la masalah yang timbul, antaranya sengal-sengal dan kebas-kebas, terutamanya bila suhu sejuk..

Pak cik ni otot dia tegang, tangan tak boleh angkat habis, pergerakan tersekat.. Dua-dua belah macam tu. Masalah ni biasa untuk orang yang selalu kerja angkat barang-barang berat.

===

Lepas tu kita buat regangan tulang untuk lepaskan saraf yang tersepit. Kemudian disusuli pula dengan teknik urutan dengan meletakkan fokus utama adalah di bahagian belikat, dada, bahu depan dan lengan. Buat rawatan ni nak lena sabar, kena check detail satu per satu.

"Ok dah siap. Cuba angkat tangan pak cik.. Kita nak tengok kesannya.. "

Kemudian pak cik tu pun angkat tangan. Semakin lama semakin tinggi sehingga melepasi had telinga. Sangat berbeza jika dibandingkan sebelum mengurut tadi.. Muka pak cik tu mula tersenyum dan nampak happy..

Alhamdulillah.. Mudah-mudahan Allah terus berikan kesihatan yang baik kepada beliau.

===

Di sini saya kongsikan point urutan tersebut. Semoga bermanfaat.

.

1) URAT BELIKAT
=============



- Ini adalah point utama untuk masalah melibatkan pergerakan tangan. Sekiranya otot ini tegang, maka pergerakan tangan akan terbatas.

.

2) URAT LENGAN
=============



- Ini adalah point kedua terpenting untuk masalah tangan tak boleh angkat ke atas. Urut sehingga sakit berkurangan.

.

3) URAT DADA
============



- Urut bahagian ini menggunakan tapak tangan. Ia adalah otot yang berhubung dengan bahagian belikat dan lengan lazimnya mereka yang mempunyai masalah sakit belikat akan turut memberi kesan di bahagian dada.

Untuk masalah yang lebih berat, sakit belikat boleh menyebabkan gangguan pernafasan.

.

4) URAT BAHU DEPAN
===============



- Di sini ada satu urat yang agak kental. Jika ia bermasalah, maka akan terasa sakit sekiranya ditekan. Urut sehingga bahagian ini menjadi lembut, cuma berhati-hati daripada menekan bahagian tulang.
.

Sentiasa mulakan urutan dengan doa, Bismillah, Al Fatihah dan 3 Qul. Mintalah Allah membantu kita dalam menjalankan rawatan. Semoga sedikit perkongsian ini membantu anda dan keluarga.

Silakan share supaya ia dapat membantu ramai orang 😁
.

#TeamWorkAlAmin
Pusat Terapi Saraf Al Amin



KLIK SINI UNTUK JOIN CHANNEL TELEGRAM ILMU URUTAN



HIGH IMPACT THERAPY 



(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)