Belajar untuk menjadi pakar urut saraf

Adakah anda cepat penat semasa mengurut?

Posisi tubuh yang betul dapat menjimatkan tenaga semasa mengurut dan membuatkan kita dapat mengurut lebih ramai orang..

Pada mulanya dulu saya ingat posisi tubuh tak penting, jadi saya hanya ajarkan POINT URUTAN YANG EFEKTIF dan CARA MEMBERIKAN TEKANAN UNTUK MELEMBUTKAN URAT sahaja. Dari segi posisi, ikut kebebasan pelajar sendiri.

Tetapi kesannya kurang bagus, tekanan pelajar jadi kurang padu, malah mereka jadi cepat penat dan tangan pun jadi cepat lenguh.

Jadi saya pun betulkan kedudukan mereka, saya tunjukkan posisi yang saya guna semasa menjalankan urutan.

Hasilnya tekanan pelajar menjadi semakin padu, tekanan sampai ke dasar, kurang memenatkan dan tangan tak cepat lenguh berbanding sebelum ini.

Jadi jangan ambil mudah posisi semasa mengurut. Ia dapat memudahkan anda menjalankan urutan dan membolehkan anda mengurut lebih ramai orang.

Teringat kata-kata pelajar yang sememangnya seorang Juru Urut,

"Cara cikgu ni menjimatkan tenaga, tak macam sebelum ni, bila mengurut saya cepat penat. Kalau dengan cara cikgu ni saya boleh mengurut lebih ramai orang..."




Jangan pandang rendah dengan "BELAJAR".

Belajar menyebabkan rawatan kita menjadi lebih efektif, lebih mematang dan menyebabkan kita boleh pergi lebih jauh berbanding orang lain.

Dengan belajar juga menyebabkan kita dapat mengurut lebih ramai orang dan menambahkan keberkesanan dalam urutan. Dengan izin Allah.

Jangan jadikan diri anda ketinggalan berbanding rakan-rakan lain yang sudah pelajari teknik ini.

===

Saya ada kongsikan posisi urut ini dalam video pembelajaran untuk rawatan masalah sakit pinggang, sakit belikat & leher, sakit lutut dan kencing tak lawas.

.



KLIK SINI UNTUK JOIN CHANNEL TELEGRAM ILMU URUTAN


HIGH IMPACT THERAPY 



(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).



Ulasan

  1. Tuan saya. Mengalami sakit leher dah 3 tahun dah byk tempat saya urut tapi hingga kehari ini masih tidak berubah sedikit pun, bagaimana saya nak dpt khidmat tuan no hp saya 0108256799 blh wsap no ini, hrp tuan dpt membantu saya, dimana blh saya pergi ketempat tuan, mohon dpt jawapan segera dr tuan, rasa x sabar sebab saya dah lama sakit

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)