7 Punca Sakit Belikat Dan Cara Mudah Hilangkannya

Ilmu ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman peribadi, pengalaman merawat pesakit dan pembacaan ilmiah. Ia bukan hasil copy paste hasil tulisan blog-blog lain seperti yang selalu dibuat orang. Semoga bermanfaat.


7 Punca Sakit Urat Belikat Dan Cara Mudah Hilangkannya

Lokasi Urat Belikat

Belikat adalah bahagian otot Trapezius, ia terletak di bahagian belakang sebelah atas seperti di dalam gambar di bawah.

Urat Belikat (Otot Trapezius)

Fungsi Urat Belikat

Urat belikat atau Otot Trapezius ini adalah bahagian yang berkait rapat dengan pernafasan. Orang yang mempunyai sakit belikat biasanya dadanya juga dalam keadaan ketat atau tegang. 

Selain itu Urat belikat juga  berkait rapat dengan leher kerana Otot Trapezius sebenarnya bersambung dengan bahagian tengkuk. Iaitu seperti gambarajah di bawah:


Otot Trapezius


Jika sakit belikat anda sudah menjalar hingga ke leher, jemput singgah ke artikel di bawah :
--> 7 Step Urut Sakit Leher - Untuk Merawat Diri Sendiri <--



7 Punca Sakit Urat Belikat


Sepanjang memberikan khidmat rawatan sakit urat saya dapati ada beberapa punca yang sama dikalangan pesakit yang menyebabkan mereka mengalami masalah sakit belikat. Antara punca-puncanya ialah:

1) Duduk terlalu lama dalam satu posisi

  • Biasanya berlaku kepada pekerja yang banyak duduk di depan komputer seperti pekerja bank atau yang seumpamanya.

2) Angkat barang yang terlalu berat.

  • Apabila seseorang mengangkat barang yang terlalu berat dalam keadaan otot yang belum bersedia (Tidak strecthing), maka otot belikat akan mudah sakit.
  • Ia juga boleh berlaku apabila terlalu kerap melakukan kerja yang menggunakan kekuatan tangan dan bahu tanpa sebarang mentainance (Urutan dan senaman). Seperti kerja tukang masak yang tidak cukup rehat.

3) Kemalangan

  • Sakit belikat juga boleh disebabkan oleh kemalangan, perlanggaran atau kecederaan akibat hentakan yang melibatkan tulang belakang, dada ataupun direct kepada bahagian belikat itu sendiri.

4) Scoliosis

  • Scoliosis adalah sejenis masalah tulang belakang yang bengkok seperti huruf 'S'. Apabila masalah ini berlaku ia boleh menyebabkan sakit belikat, pinggang atau seluruh belakang. Jika bengkok lebih banyak bahagian atas ia boleh menyebabkan masalah pada pernafasan dan lenguh pada tangan. Tetapi jika bengkok banyak di bahagian bawah, maka ia boleh menyebabkan lemah bahagian pinggang hingga kaki.

5) Terlebih sukan/ tersalah pergerakan

  • Selain itu ada juga pesakit yang datang kepada saya mengadu sakit belikat kerana bermain badminton.Tetapi biasanya ia melibatkan sekali masalah pergerakan tangan dan sakit bahu.

6) Sakit jantung.

  • Seseorang yang ada masalah jantung juga boleh mengalami sakit belikat dan sesak nafas. Tetapi untuk pengesahan anda perlu lakukan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

7) Batu hempedu.

  • Saya mempunyai seorang kawan yang kerap sakit belikat. Boleh dikatakan setiap bulan mesti datang urut. Tetapi kerana mungkin dirasakan masalah terlalu lama dan parah dia pergi check doktor. Amat mengejutkan dia rupanya sudah mempunyai masalah batu hempedu.

Beliau beritahu sakit belikat lebih berat di sebelah kanan



  • Di atas adalah perbualan dengan rakan saya yang mengalami masalah tersebut. Dan gambar di bawah ini pula adalah gambar batu hempedu yang berjaya dikeluarkan dari tubuh beliau.

Gambar batu hempedu beliau selepas pembedahan

Setelah baca 7 punca sakit urat belikat seperti di atas bagaimanakah reaksi anda? Mungkinkah anda berasa risau dengan point ke 6 dan point ke 7? Ya bukan? Kerana point ke 6 dan 7 telah melibatkan organ dalaman. Siapa pun akan berasa risau.

Tetapi tenang dulu. Sebelum anda buat apa-apa kesimpulan anda boleh cuba dahulu tips yang saya nak berikan ini. Mungkin ia dapat membantu meringankan masalah anda. Di bawah ini adalah feedback beberapa pesakit yang pernah cuba tips rawatan sakit belikat yang pernah saya kongsi sebelum ini:


"Saya dah sakit belikat 3,4 hari. Baru teringak nak tengok telegram. Sakit skala 7, 8. Alhamdulillah baru senam dah lega. Syukur sangat-sangat"
-Nur Husna-

"Tadi saya rasa sakit dada, macam berat nak bernafas. Lepas ikut cara yang tuan ajar dah rasa kurang sakit.."
-Indah Pelangi-

Cara Mudah Hilangkan Sakit Urat Belikat


Di bawah ini adalah Tips Senaman Dan Urutan untuk pemulihan sakit urat belikat. Sila tonton dan terus amalkan tanpa bertangguh. Semakin lama bertangguh dikhuatiri masalah semakin berat. Semoga bermanfaat.




Disclaimer: 
Saya telah berkongsi banyak tips pemulihan sakit urat belikat dengan pelbagai variasi. Kesan pemulihan adalah tidak sama untuk setiap orang. Anda boleh cuba, semoga Allah berikan anda kesembuhan dari sisiNya.





Video di atas adalah rawatan sebenar untuk En Nizam. Beliau mengalami sakit urat belikat dan punggung akibat kemalangan (Rakaman adalah dengan izin pesakit).


- HIGH IMPACT THERAPY -


Nak dapatkan rawatan dari saya? Klik sini untuk whatsapp --> 017-7932 046

(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).


====

Semoga artikel '7 Punca Sakit Belikat Dan Cara Mudah Hilangkannya' ini memberi bermanfaat kepada anda. Silakan share dan kongsikan artikel ini di group whatsapp family anda (^_^)




 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)