Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

BERNIAGA ibarat BERJUDI??

Imej
Kawan saya ni berniaga jual kuih, ada orang cakap kat dia, "Kau ni berniaga buat apa? Kau tau tak berniaga ni ibarat kau perjudikan nasib kau sendiri.. ko keje je la makan gaji, tak payah berniaga-berniaga ni.." Berniaga ni perjudikan nasib sendiri? Emm.. biar betul, macam pelik je dengar. Oh, habis tu berniaga ni macam main judi la ye? Kalau untung sebab nasib, kalau rugi pun sebab nasib.. cantik sikit ayat tu beb.. Biasanya orang yang cakap macam tu sebab dia pernah rugi atau kena tipu, atau pun sebab berniaga tapi tak untung-untung, berniaga tapi tak jadi macam yang dia expect. Tu la masalah orang yang berniaga, nak cepat untung, nak cepat kaya, nak cepat senang. Lepas tu buat pinjaman melabur sana-sini, bila duit melebur kata berniaga tak bagus. Takde masalah kalau nak cepat naik, tapi semua benda kita kena mula dari bawah. Kalau nak cepat kena la struggle. Jangan harap semua benda datang bergolek. Kenal Wak Joko? Wak Joko ada harta penin

SIRI 3.3 : KISAH BENAR - AKU BERTEMU JODOH

Imej
Ingat lagi, dapat surat tu pada bulan Julai 2013. Surat tu bagitau mas kahwin dah naik jadi RM8000. Tunang saya kata keluarga dia dah bincang balik dan ni keputusan diorang, kalau saya tak mampu ayah Radiah suruh Radiah bantu untuk cukupkan jumlah tu. Daripada RM4000, sekarang dah jadi RM8000?.. glup.. tiba-tiba rasa macam dunia ni berenti sekejap.. rasa nak pitam pun ada.  Mungkin pihak wanita ada kos-kos tambahan last minit kot.  Saya tengok je surat tu.. dapat ke saya kumpul banyak tu bulan 12 ni? Yang RM4000 plus kos transport dan lain-lain RM2000 tu pun rasa macam susah saya nak capai.. sekarang dah jadi RM8000.. plus RM2000 dah jadi RM10000. Alamak.. macam mane ni?? Muka saya terus jadi macam gambar ni ~ Kepala hotak buntu giler masa tu, sayu je tengok surat tu. Geram, marah, sedih, semua bercampur-baur. Tak tau nak cari duit kat mana lagi. "Kalau jodoh aku ada pasti Allah akan bantu.." Saya amat berharap Allah buka jalan rezeki dar

KEDAI WAKAF - BEST!! =)

Imej
Hari tu lepas solat maghrib kat masjid ada kuliah. Ustaz tu cerita tentang Pak Wahid (Nama samaran) yang baru meninggal dunia. Masa Pak Wahid hidup dia ada buat sebuah 'kedai wakaf' kat masjid kariah yang dia tinggal. Kedai wakaf ni terima apa saja barang yang bermanfaat , macam-macam barang orang hantar.. beras, gula, baju, tepung, pinggan, cawan dan apa saja barang yang boleh dipakai.  Orang-orang miskin yang kurang mampu atau yang terdesak akan datang ke kedai ni untuk ambik barang-barang yang diorang perlu.  Kedai wakaf akan bagi barang-barang tu secara PERCUMA je.. FREE OF CHARGE.. baguskan? Hihi.. Tapi ada la orang yang jaga kedai ni.. barang-barang yang kedai wakaf ni bagi pun dihadkan, maklumlah barang ni untuk semua orang.. takut tak cukup. Contohnya sesiapa yang dah lapar sangat atau keluarga tak cukup makanan, lepas tu datang mintak beras, maka akan diberi sekilo beras.. kalau yang mintak gula, akan diberi sekilo gula.. maksudnya pemberian tu d

SOLAT JUMAAT GAJAH!

Imej
Semalam solat Jumaat di sebuah masjid di Klang. Dalam pukul 12 tengahari tu saya rasa mengantuk sangat.. tidur sekejap, sekali bangun dah pukul 1 lebih. Kelam kabut saya dibuatnya. Lepas tu terus mandi cepat-cepat dan bergegas pergi ke masjid. Sampai je kat masjid tengok orang dah ramai, parking pun letak jauh je. Kat muka pintu masjid ramai orang berhimpun untuk masuk ke dalam masjid. "Alamak boleh dapat tempat lagi ke aku ni?" fikir saya dalam hati. Lepas tu saya pun mencelah la ke sana-sini.. dari belakang akhirnya dapat jugak saya sampai di depan pintu.. berbulu je orang belakang tengok.. dah la lambat, sibuk nak ke depan.. hihi.. sorry bang.. Tu pun masih kat luar masjid lagi, belum masuk. Masa tu tengok jemaah memang padat giler. Tunggu time nak qomat je. Bila qomat dilaungkan je semua berpusu-pusu masuk ke dalam masjid termasuklah saya. Melilau saya cari ruang-ruang kosong nak menyelit kat celah-celah saf. Cari punya cari tak jumpa.. cari lagi.. tak jumpa

GESEL KERETA.

Imej
Suatu hari lepas solat isyak di masjid saya nak ke kedai, di Seksyen 18 Shah Alam. Jalan di sekitar Giant tu agak sempit dan kereta pun banyak.. memang setiap hari la macam tu.. Masa tu kereta bergerak perlahan macam siput.. time rilek-rilek kereta bergerak tu nampak kereta kat belakang duk nak menyelit-nyelit kat sebelah kanan saya. "Hek eleh, lorong ni dah la sempit, nak selit-selit apa lagi.. rilek la kak.. " Saya mengomel sorang-sorang. Merungut jugak saya sambil tengok kereta tu dari cermin pandang belakang. Tapi kereta tu nampak degil semacam je nak menyelit jugak. Kereta tu pun maju ke depan, sikit.. sikit.. lepas tu tiba-tiba terdengar  bunyi pelik,  "ketik.. ketik.. ketik.. tik tik tik.." "Aik? Bunyi apa pulak tu?" Tak pernah dengar bunyi macam tu.. duk fikir apa benda tu.. Lepas tu saya rasa macam ada yang tak kena je. Saya tengok pejalan kaki kat sebelah. Pejalan kaki tu duk usha belakang kereta saya dengan muka

SUATU MALAM DI TEPI JALAN.

Imej
Malam tadi saya keluar kedai nak balik kerja. start enjin tak hidup.. alamak, dah la saya ni jahil bab-bab kereta, maklumlah.. ni pun baru beberapa bulan je guna kereta. Tu pun isteri punya.Lepas tu call Ajak (Razak), kawan yang bekerja dengan saya.. syukur dia belum balik lagi. Kemudian Ajak datang dan tengok-tengok lebih kurang, Ajak kata bateri kong . Dia balik sekejap nak ambil jumper . Gambar Ajak (kiri) & Mina (yang seksi tu) Sambil-sambil tunggu Ajak datang saya tengok ada ramai anak-anak muda yang bermain roller blade atau kasut roda. Dalam ramai-ramai tu pandangan saya tertumpu kepada 3 orang remaja, 2 orang wanita dan seorang lelaki. Lama jugak perhatikan diorang, duk ulang-alik depan saya beberapa kali. Saya rasa tak selesa dengan cara diorang tu, pegang-pegang tangan, pegang-pegang badan.. nak ajar la tu konon. Lama-lama diorang duk ulang-alik rasa panas pulak.. rasa kesian pun ada. Saya terfikir. Mak ayah diorang ni tak ambil tahu ke tentang anak-

SIRI 3.2: KISAH BENAR - AKU BERTEMU JODOH

Imej
Hai.. sekarang kita dah masuk siri ke 3.2.. ngantuk jugak nak siapkan penulisan ni, kopi jugak jadi penambah tenaga.. hihi.. Dah baca ke episod sebelum ni? Kalau ada sesiapa yang terlepas boleh la tengok-tengok penulisan sebelum ini ye.. Jom ikuti kisah seterusnya.. ^_^         ------------------------------------------------ Selepas lebih kurang 3 bulan ( 21 Mac 2015), kami melangsungkan pertunangan di Puncak Alam, Klang, di rumah kakak Radiah.  Time tu memang meriah, kawan-kawan pun ada yang datang bagi support . Keluarga sebelah wanita pun boleh tahan jugak ramainya, mak dan ayah Radiah pun datang jauh dari Kelantan. Semasa majlis rundingan, saya, abang dan kawan-kawan tunggu kat luar. Selain tu semua duduk dalam rumah untuk duduk bersama dalam majlis rundingan untuk berbincang tentang hantaran, tarikh nikah dan segala mak nenek yang lain. Tengah syok berborak kat luar tiba-tiba adik panggil saya masuk ke dalam. "Abang syid, mak panggil masuk,&q

SIRI 3.1: KISAH BENAR - AKU BERTEMU JODOH

Imej
Kita telah masuk siri ke 3.1 untuk tajuk "Aku Bertemu Jodoh". Menceritakan tentang iktibar & pengajaran yang kita boleh ambil bersama. Semoga kisah ini akan memberikan manfaat yang besar kepada setiap pembacanya. Kalau ada sesiapa yang terlepas episod sebelum ini boleh tengok-tengok penulisan sebelum ini ye.. =)                                                     __________________ Wanita yang abang saya rekemen bernama Radiah Binti Hussain , 26. Beliau bekerja sebagai guru di sekolah Convent, Klang. Mengajar mata pelajaran Sains. Selepas beberapa proses perkenalan yang ringkas, maka saya pun mengambil keputusan untuk pergi merisik keluarga beliau di Kg. Jelor , Pasir Puteh, Kelantan pada 12 / 2013 , iaitu pada cuti sekolah. * Saya pergi dengan menaiki kereta bersama beberapa ahli keluarga saya. Mak dan ayah tak dapat ikut, sebab ayah kurang sihat dan tak mampu nak berjalan jauh. Kami bertolak pkul 8 pagi, sampai sana pukul 8 malam.. huhu.. boleh tah

SIRI 3 : KISAH BENAR - AKU BERTEMU JODOH

Imej
Dulu saya nak kahwin pada umur 25 tahun. Tapi takdir Allah untuk saya bernikah pada umur 28 tahun .. Alhamdulillah.. banyak hikmah yang Allah sembunyikan dengan penundaan itu.. apabila Allah menahan sesuatu daripada kita ia bukan beerti Allah tidak memperkenankan doa kita, tetapi sebenarnya Allah mempunyai plan lain yang lebih baik daripada apa yang telah kita rancangkan. Kita merancang, Allah juga merancang.. perancangan Allah itulah yang sebaik-baiknya. Kadang-kadang kita menginginkan sesuatu, tapi sebenarnya ia mungkin tidak baik untuk kita. Adakalanya kita membenci sesuatu, tetapi sebenarnya mungkin itulah yang terbaik untuk kita. Saya bertemu jodoh tanpa bercinta , kenal pun tak seberapa.. saya buat macam tu sebab nak pelihara diri daripada melakukan dosa dan maksiat. Kerana saya tahu, lebih banyak dosa yang kita buat maka lebih banyak keberkatan dan kebaikan yang akan hilang.   Saya inginkan perkahwinan yang bahagia, yang penuh dengan keberkatan dan kebaikan.

Kaedah rawatan: MASALAH PERUT KEMBUNG (MASUK ANGIN) - URUTAN SARAF

Imej
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang merawat masalah perut kembung (masuk angin) dengan kaedah urutan. Masalah perut kembung ini biasanya terjadi kerana lambat makan yang menyebabkan perut mudah masuk angin. Kadangkala ia juga terjadi akibat sensetiviti perut seseorang terhadap makanan atau minuman yang menyebabkan perut mudah masuk angin. Antaranya ialah air teh dan kacang. Ramai mereka yang datang kepada saya untuk mendapatkan rawatan mengatakan bahawa mereka berasa tidak selesa pada bahagian perut, kadangkala menimbulkan rasa senak dan pernafasan menjadi tidak lancar. Masalah ini seterusnya akan membuatkan seseorang itu menjadi tidak cergas dan hanya ingin duduk atau berbaring sahaja sepanjang hari. Gejala yang berpanjangan ini akan menyebabkan seseorang itu akan menghadapi pelbagai masalah lain termasuk obesiti. Di bawah ini saya sertakan beberapa

RAHSIA 'CUKUP'

Imej
RASA TAK CUKUP?? Minggu lepas pernah berborak dengan seorang tokeh restoran. Dalam rancak berborak tu Pak cik tu bersuara, "Sebenarnya kaya dan miskin ini Allah bagi pilihan kepada kita untuk berusaha. Allah akan bagi kalau kita buat dengan ilmu dan cara yang betul. Tapi 'cukup' itu bukan milik kita. 'Cukup' itu adalah milik Allah. Allah akan bagi kepada orang yang Dia pilih sahaja. Kadang-kadang ada orang yang income dia besar. puluhan ribu, malah ratusan ribu, tapi dia tak pernah merasa cukup. Kadang-kadang pulak kita tengok seorang tukang kebun. Gaji kecik je, makan dan pakai ala kadar. Kalau kita tanya dia apa yang kita blh bantu, dia kata, "Alhamdulillah, saya rasa semua dah cukup". 'Cukup' itu rahsia Allah. Allah akan beri kepada mereka BERSYUKUR sahaja." KLIK SINI

FORMULA MENCARI BAHAGIA.

Imej
Sangat ramai manusia yang mencari bahagia dengan menggunakan akal mereka sendiri. Bahagia ini perkara hati. Hati yang bahagia adalah hati yang tunduk kepada Allah. Bukan hati yang sibuk dengan mengumpat org lain, bukan hati yang benci lihat orang lain senang, bukan hati yang bersifat ego dan sombong, dan bukan hati yg penuh dgn sangkaan buruk. Itu semua hati yang kotor. Hati yang tidak layak di tempatkan kedamaian dan ketenangan. Buah RAMBUTAN ITU Allah tumbuhkan di atas pokok RAMBUTAN. Adakah anda bisa mendapatkan buah RAMBUTAN di atas POKOK DURIAN? Anda pasti tidak akan jumpa. Itulah dia. Ketenangan, kedamaian, ketenteraman itu hanya milik Allah.  Dia beri kepada hati yang LAYAK untuk menerimanya sahaja. Anda boleh berusaha menjadi kaya. Tetapi anda tidak akan mampu memberi ketenangan kepada jiwa anda dengan kekayaan itu. Anda boleh membesarkan rumah anda sehingga 3 kali ganda, tetapi rumah yang besar juga tidak dapat memberi ketenangan jiwa. Pernah dengar kes orang kaya b