SIRI 3.1: KISAH BENAR - AKU BERTEMU JODOH
Kita telah masuk siri ke 3.1 untuk tajuk "Aku Bertemu Jodoh". Menceritakan tentang iktibar & pengajaran yang kita boleh ambil bersama. Semoga kisah ini akan memberikan manfaat yang besar kepada setiap pembacanya.
Kalau ada sesiapa yang terlepas episod sebelum ini boleh tengok-tengok penulisan sebelum ini ye.. =)
Kalau ada sesiapa yang terlepas episod sebelum ini boleh tengok-tengok penulisan sebelum ini ye.. =)
__________________
Wanita yang abang saya rekemen bernama Radiah Binti Hussain, 26. Beliau bekerja sebagai guru di sekolah Convent, Klang. Mengajar mata pelajaran Sains. Selepas beberapa proses perkenalan yang ringkas, maka saya pun mengambil keputusan untuk pergi merisik keluarga beliau di Kg. Jelor, Pasir Puteh, Kelantan pada 12/ 2013, iaitu pada cuti sekolah.
* Saya pergi dengan menaiki kereta bersama beberapa ahli keluarga saya. Mak dan ayah tak dapat ikut, sebab ayah kurang sihat dan tak mampu nak berjalan jauh.
Kami bertolak pkul 8 pagi, sampai sana pukul 8 malam.. huhu.. boleh tahan jugakkan?.. 12 jam jugak perjalanan tu.. kebas lubang punggung dibuatnya. Biasanya dalam 8 jam perjalanan dah boleh sampai, tapi mungkin sebab bawa budak kecil (anak abang saya), sebab tu banyak kali berenti, maklumlah nak jaga budak kecil ni bukannya senang, nak menyusu, tukar lampin dan lain-lain.
* Saya kurang pasti ini dah kali ke berapa saya ke Kelantan. Sebab semasa belajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah saya selalu ikut persatuan membuat lawatan ke sana-sini. Jika kami melawat ke Kelantan antara destinasi yang wajib kami singgah adalah pasar Siti Khadijah. Dah selalu sangat pergi kat situ sampai mak cik Khadijah pun dah anggap kami ni macam anak dia =P ..
Permandangan pasar Siti Khadijah daripada dalam.
Permandangan pasar Siti Khadijah daripada luar.
_________
Setelah selesai solat Maghrib dan Isyak di Masjid Kg. Telosan kami dijemput oleh keluarga Radiah untuk terus naik ke rumah.. kami dihidangkan dengan budu dan makanan orang kampung di sana, sekali rasa dah macam tak nak balik rumah.. haha.. (Ayat bodek ^_^ )
Tujuan saya datang adalah untuk bertemu dengan ayah Radiah dan familinya dengan lebih dekat supaya lebih kenal. Bak kata orang, kalau kita bernikah dengan seorang wanita kita perlu 'bernikah' dengan keluarganya sekali. Maksudnya kalau kita nak menikahi sorang wanita, kita perlu terima sekalian ahli keluarganya dengan berlapang dada. Untuk betul-betul kenal memang tak cukup la untuk 2 hari, tapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi sedikit gambaran kasar untuk kita menilai keserasian dan sifat seseorang. Kalau tengok gambar mana sama dengan berjumpa depan-depan, betul tak?..
* Masa tu ayah Radiah berumur 69 tahun, tapi badan masih sihat, takde sebarang penyakit. Bersifat tawaduk dan lembut dalam percakapan. Setiap kali waktu solat beliau akan mengimami solat di surau wakaf warisan keluarganya di sebelah. Surau tersebut dinamakan sebagai Madrasah Al-Husna, tapi keluarganya memanggil surau tu dengan nama 'Balaisoh'. Beliau juga mengajar Al-Quran dan pengajian agama untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Madrasah Al-Husna.
Bahasa Kelantan ayah Radiah agak piaw.. memang sebijik macam kopi kaw, biasalah, orang lama.. kadang-kadang saya tak faham pun apa yang bakal pak mertua saya cakapkan, tapi saya mengiyakan je .. bakal menantu la katakan, baru la nampak macam baik sikit..
"Emm".. "Oh .." "Emm ye, betul tu pak cik".. "Saya setuju pak cik"..
.. lebih kurang macam tu la dialog saya.. hihi.. nasib baik la bakal pak mertua saya tu tak banyak tanya.. kalau tak jenuh jugak nak menghadam setiap butiran ayatnya tu, tapi kalau selalu makan budu nanti mudah la sikit faham kot.. hihi..
Pada waktu malam terakhir di homestay, abang Adi (abang ipar Radiah) ada ajak kami semua pergi ke Wakaf Che Yeh. Saja nak bawa pergi jalan-jalan.. saya tak ikut.. rasa macam takde mood je malam tu.. mungkin penat berjalan jauh tak hilang lagi agaknya.
Esoknya dah tiba masa untuk kitorang balik. Pagi tu abang Adi dan Radiah bawa kami pergi shopping di pasar Siti Khadijah. Macam biasa la, ambo window shopping je.. takde apa nak beli.. tapi sebelum balik tu Radiah ada belikan sedikit buah tangan. Ole-ole untuk kami bawa balik ke Klang.
_______________________________
Dalam perjalanan balik saya terfikir.. bagus mak dan ayah Radiah ni, layanannya baik, cara percakapan dan sifatnya sangat lembut dan tawaduk. Saya sememangnya mengasihi orang yang mempunyai sifat keperibadian yang tinggi, tidak menyombong diri dan sentiasa menghormati orang sekeliling. Saya akan cepat terkesan dan lembut hati dengan orang yang seperti ini.
Kita tidak rendah apabila kita merendahkan diri, bahkan mereka yang merendah diri ini sebenarnya amat tinggi di sisi Allah.
Saya rasa suka kepada Radiah dan keluarganya, tetapi jodoh itu ketentuan Allah. Kita tidak tahu siapa jodoh kita sehinggalah berlangsungnya pernikahan. Saya sentiasa berlapang dada dengan apa juga kemungkinan. Kita hanya berusaha, Allah jua yang menentukan.
Teringat lagi bait-bait doa yang selalu saya ungkapkan,
" Ya Allah, kurniakanlah kepada aku jodoh yang baik, yang solehah, yang membuatkan aku semakin dekat dan hampir denganMu ya Allah.
Sungguhpun aku tahu aku ini adalah pendosa, aku minta Engkau ampunilah dosa-dosaku sekaliannya .. dan kurniakanlah aku jodoh yang baik dari sisiMu. Sesungguhnya aku bertaubat di atas sekalian dosa-dosaku."
Sungguhpun aku tahu aku ini adalah pendosa, aku minta Engkau ampunilah dosa-dosaku sekaliannya .. dan kurniakanlah aku jodoh yang baik dari sisiMu. Sesungguhnya aku bertaubat di atas sekalian dosa-dosaku."
______________________________
Selepas itu saya dan Radiah hanya berhubung melalui SMS dan mesej di facebook sahaja. Maklumlah masa tu saya hanya guna Nokia yang RM80 tu je. Hanya boleh mesej dan call ..
Lebih kurang 3 bulan kemudian...
.. Bersambung...
( Mungkinkah terdapat konflik yang akan memisahkan kami?.. nantikan episod selanjutnya.. follow blog saya untuk terus ikuti kisah ini.. semoga bermanfaat, InsyaAllah.. ^_^ )
KLIK SINI |
Weee...hg pndai mengarang cid... layak buat buku.. leh rujuk sbgai smber inspirasi. Hehe
BalasPadamWeee...hg pndai mengarang cid... layak buat buku.. leh rujuk sbgai smber inspirasi. Hehe
BalasPadamAmiin. InsyaAllah pis.. doakan aku.. hihi ^_^
BalasPadam