SIRI 3 : KISAH BENAR - AKU BERTEMU JODOH

Dulu saya nak kahwin pada umur 25 tahun. Tapi takdir Allah untuk saya bernikah pada umur 28 tahun.. Alhamdulillah.. banyak hikmah yang Allah sembunyikan dengan penundaan itu.. apabila Allah menahan sesuatu daripada kita ia bukan beerti Allah tidak memperkenankan doa kita, tetapi sebenarnya Allah mempunyai plan lain yang lebih baik daripada apa yang telah kita rancangkan.
Kita merancang, Allah juga merancang.. perancangan Allah itulah yang sebaik-baiknya.

Kadang-kadang kita menginginkan sesuatu, tapi sebenarnya ia mungkin tidak baik untuk kita. Adakalanya kita membenci sesuatu, tetapi sebenarnya mungkin itulah yang terbaik untuk kita.

Saya bertemu jodoh tanpa bercinta, kenal pun tak seberapa.. saya buat macam tu sebab nak pelihara diri daripada melakukan dosa dan maksiat. Kerana saya tahu, lebih banyak dosa yang kita buat maka lebih banyak keberkatan dan kebaikan yang akan hilang. 

Saya inginkan perkahwinan yang bahagia, yang penuh dengan keberkatan dan kebaikan. Pada masa yang sama saya juga nak belajar sifat tawakkal, iaitu jika sudah ketentuan itu untuk kita, maka pasti tiada apa yang boleh menghalangnya, tetapi jika sesuatu itu bukan untuk kita, maka kita pasti tidak akan memperolehinya.

_________________________________________

Teringat lagi waktu abang saya (Abu Hanifah) merekemen saya dengan seorang guru sekolah Convent, Klang, di atas motor pada bulan 7/2013

"Asyid, hang dah 'ada' ke belum?"

Pelik dengar soalan tu, termenung sekejap.. Lepas beberapa minit saya dapat agak,

"Belum lagi, kenapa?"

"Abang ada kenal seorang cikgu ni, abg tengok dia ni bagus, pakai tudung labuh dan nampak solehah"

Dah agak dah, dia nak rekemen 'some one'..

"Oh, nanti dulu, bagi asyid masa fikir dulu ek"

Lepas tu boleh dikatakan setiap hari saya memohon petunjuk daripada Allah dengan solat istikharah dan doa.

Hati saya rasa tenang, mak dengan ayah pun ikut saya je.. hati kecil saya berkata.. "ni mungkin jodoh aku"..

* Sebelum ni dah lama nak berkahwin tapi takde calon, dah ada calon serba tak menjadi je.. ada je yang tak kena (mudah-mudahan saya dapat ceritakan kemudian nanti), tapi kali ini nampak perjalanannya tak banyak ranjau.. terasa lebih mudah, cuma bab duit je la yang berat sikit, hihi..biasalah tu nak kahwinkan. Hantaran pun tak la mahal, RM8000 je.. cuma ambo ni yang sengkek..

Masa time nak kenal dulu bakal isteri ada tanya dalam SMS..
"kerja apa?", "gaji berapa?", "belajar di mana?", "ambil kos apa?"..

Maklumlah belum kenal.. kalau dah kenal lain la.. tak payah tanya apa-apa dah boh ^_^ .. 

Tapi memang patut la pun dia tanya.. yelah, orang yang bakal menanggung dan hidup bersama dia kan.. =)

Dengan perasaan yang paling 'mangkuk' aku pun jawab,

"kerja kilang", "kerja pasang-pasang pump", "gaji RM1300", "lepasan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)"..

Masa tu gaji bersih dalam RM1200, bagi mak RM500.. ada la baki RM700 sebulan. Tolak makan, minyak motor, topup, mentainence motor dan lain-lain ada la baki dalam RM300.

Jujur.. memang sedih giler masa tu.. terfikir sejenak.. "macam mana la aku nak kumpul duit kahwin.. kalau kumpul pun bila la agaknya boleh cukup?".. Allah je yang tahu hati ni..

.. tapi saya yakin, Allah pasti akan bantu. Saya bersangka baik dengan Allah. Sebab saya yakin Allah itu akan bertindak mengikut sangkaan hambaNya.. jangan sesekali putus harapan daripada Allah, kerana Dia sentiasa ada untuk kita..

Bersambung.. 

 (Jom Follow blog supaya tidak ketinggalan.. kalau nak saya tag kat fb pun bgtau je ye.. hihi.. ^_^ )


KLIK SINI

Ulasan

  1. Alahai..dah excited nk baca abis nih..haha.. rse nk buat cerita gak lah..haha... terbaik along...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi, tq pis baca sampai habis.. mintak izin tag hang ek, haha.. Insya Allah dah siap sambungannya aku tag hang nte.. kalo tak cepat, lambat la jawabnya.. hihi.. tahniah my freindz dah dapat isteri.. ^_^

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)