SIRI 3.2: KISAH BENAR - AKU BERTEMU JODOH


Hai.. sekarang kita dah masuk siri ke 3.2.. ngantuk jugak nak siapkan penulisan ni, kopi jugak jadi penambah tenaga.. hihi..
Dah baca ke episod sebelum ni? Kalau ada sesiapa yang terlepas boleh la tengok-tengok penulisan sebelum ini ye.. Jom ikuti kisah seterusnya.. ^_^

        ------------------------------------------------

Selepas lebih kurang 3 bulan ( 21 Mac 2015), kami melangsungkan pertunangan di Puncak Alam, Klang, di rumah kakak Radiah. 

Time tu memang meriah, kawan-kawan pun ada yang datang bagi support. Keluarga sebelah wanita pun boleh tahan jugak ramainya, mak dan ayah Radiah pun datang jauh dari Kelantan.

Semasa majlis rundingan, saya, abang dan kawan-kawan tunggu kat luar. Selain tu semua duduk dalam rumah untuk duduk bersama dalam majlis rundingan untuk berbincang tentang hantaran, tarikh nikah dan segala mak nenek yang lain.

Tengah syok berborak kat luar tiba-tiba adik panggil saya masuk ke dalam.

"Abang syid, mak panggil masuk,"

"Eh, kenapa?"

 .. berdebar la jugakkan..

"Takde ape, diorang dah habis bincang, ayah dia nak pakaikan kat hang cincin.."

Mak saya dah siap pakaikan cincin untuk Radiah. Sekarang ni sampai la turn saya pulak. Adat orang timur lelaki pun dapat cincin.. jangan jeles ek.. hihi..

Masa nak sarungkan cincin tu tiba-tiba pak mertua saya tanya, 

"Ini untuk jari mana ye?"

Alamak, dia tanya aku ke.. mungkin cincin tu nampak macam besar kot, saya fikir.

" Emm, bak sini saya cuba kejap pak cik.."

Lepas tu saya try sarung kat jari tengah, jari manis dan kelingking.

"Ok, jari ni pak cik.." sambil tunjuk kat jari manis.

Lepas tu tiba-tiba semua tergelak terkekek kekek, pelik pulak ambo.. apalah yang diorang gelakkan sangat ni?
Oh.. lepas tu baru saya sedar, sebenarnya diorang ingatkan nak bagi bakal pak mertua saya merasmikan cincin tu untuk sarungkan cincin kat saya, tengok-tengok saya pulak yang rasmikan dulu.. haha... sorry ye pak.. 

Lepas tu barulah bakal bapak mertua saya sarungkan cincin ke jari saya, dengan rasminya saya telah pun bertunang.. yehaa!!.. haha.. ter'excited' pulak.. ^_^

Kedua-dua keluarga nampak soronok dengan perbincangan tadi. Sekarang dah sampai masa makan. Makanan memang sedap-sedap, bila teringat balik rasa menyesal pulak sebab tak tapau.. hihi..


---------------------------------------------------------


Semasa on the way balik dalam kereta, mak dengan ayah nampak happy. Mak saya cakap,

 "Asyid, depa letak RM4000 ja.. Alhamdulillah.. syukur la tak tinggi, sekarang mana nak dapat macam tu lagi dah.."

"Oh, yeke.. Alhamdulillah, bagus la macam tu.." lega dengar..

Saya fikir kalau RM4000 tu dah terlajak murah dah tu. Di Kelantan duit mas kahwin dengan hantaran disebut sebagai mas kahwin, semasa akad nikah.. kira sekali je la semua tu.

Tapi apa pun saya kena standby lagi RM2000 lagi utk kos transport famili ke Kelantan, duit homestay, beli barang-barang hantaran dan lain-lain lagi nanti. Kira RM6000 la kena siap.

Kalau ikut daripada kira-kira InsyaAllah saya boleh simpan RM6000, tu pun sebab abang sulung saya (Abdul Hakim) kata nak support RM1000, kalau tidak memang tak cukup la gamaknya. Mungkin sebab dulu saya pernah tolong backup RM1000 jugak time dia kahwin. Saya tak mintak dia bayar pun.. tapi dah dia offer kira ok la jugak tu kan.. haha.. lagipun kalau abang saya tak tolong memang tak lepas saya nak kumpul banyak tu.

Sebab tu kalau ada adik-beradik kita yang nak berkahwin ringan-ringankanlah tangan membantu. Bukan semua orang mampu, mungkin mereka nampak senyum di wajah tapi hati mereka menangis. Sesetengah orang ada perasaan malu untuk meminta, tugas kitalah untuk mengambil tahu.

Tarikh pernikahan telah diberitahu kemudian melalui SMS dan oleh tunang saya, iaitu kami rancang untuk bernikah pada bulan September 2014.

---------------------------------------------------------

Selang beberapa hari saya mintak tolong mak belikan cincin nikah. Saya ni bukannya apa, tak reti nak pilih.. lagi-lagi bab perempuan, serah kat mak je la. 

Mak tanya,

" Hang nak beli cincin ni ada budget berapa?" 

.. Emm ni yang payah nk jawab ni.. "kalo 3 ratus boleh tak mak?"

"Tiga ratus?, kalau tiga ratus tu cincin dia nipih sangat.. hang ambik la had elok sikit. Kalau 6 ratus ok dak?"

Lepas tu saya termenung kejap. 

Mak su pun pernah cakap dengan saya, "Hang nak kahwin ni hang beli la cincin yang elok sikit, tu cincin kahwin.. yang tu la nak buat kenangan hang kahwin pun.."

Bukan la aku ni lokek sangat nak keluar duit, tapi sebenarnya aku betul-betul terdesak. Cuba nak berjimat sebaik mungkin. Tapi saya tak nak mak rasa malu. Walaupun berat kadang-kadang kita pun perlu jugak ikut kehendak orang tua.

"Oh.. kalau macam tu bolehlah mak.. "

Lepas tu mak pun tersenyum, nampak lega sikit muka dia. Mungkin dengan budget tu senang sikit mak nak cari cincin yang sesuai.

Kalau budget saya dah sampai takat hidung pun saya tak pernah cakap kat mak yang saya tak cukup duit. Saya lagi suka diam dan berusaha je sekuat mungkin. 

Sesekali bila saya dah banyak keluar duit mak saya akan tanya,

"Hang ada duit ke?"

Saya akan sentiasa jawab "ada", walaupun sebenarnya hanya itulah duit penghabisan yang saya ada.

Dalam tarikh perkahwinan yang semakin dekat itu tunang saya telah minta untuk menangguhkan pernikahan, iaitu pada bulan 12, sebab dia rasa belum bersedia dan perlukan lebih masa untuk mendapatkan mood kahwin.

Takpelah, saya ok je.. lagi bagus sebenarnya.. ada banyak masa sikit nak kumpul duit.




--------------------------------------------------


Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Hari pernikahan semakin dekat. Dalam kepala hotak ni dah takde kerja lain.. asyik duk congak-congak duit je di samping doa dan usaha yang tidak putus-putus. 

Dalam struggle saya mengumpul duit mas kahwin tersebut abang saya (Abu Hanifah) memberi saya sekeping kertas yang dikirim oleh tunang saya. Surat itu membuatkan saya termenung panjang dan terasa jantung macam nak gugur..


Bersambung..


KLIK SINI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)