SUATU MALAM DI TEPI JALAN.

Malam tadi saya keluar kedai nak balik kerja. start enjin tak hidup.. alamak, dah la saya ni jahil bab-bab kereta, maklumlah.. ni pun baru beberapa bulan je guna kereta. Tu pun isteri punya.Lepas tu call Ajak (Razak), kawan yang bekerja dengan saya.. syukur dia belum balik lagi.

Kemudian Ajak datang dan tengok-tengok lebih kurang, Ajak kata bateri kong. Dia balik sekejap nak ambil jumper.



Gambar Ajak (kiri) & Mina (yang seksi tu)


Sambil-sambil tunggu Ajak datang saya tengok ada ramai anak-anak muda yang bermain roller blade atau kasut roda. Dalam ramai-ramai tu pandangan saya tertumpu kepada 3 orang remaja, 2 orang wanita dan seorang lelaki. Lama jugak perhatikan diorang, duk ulang-alik depan saya beberapa kali.

Saya rasa tak selesa dengan cara diorang tu, pegang-pegang tangan, pegang-pegang badan.. nak ajar la tu konon. Lama-lama diorang duk ulang-alik rasa panas pulak.. rasa kesian pun ada.

Saya terfikir. Mak ayah diorang ni tak ambil tahu ke tentang anak-anak mereka? Tak tanya ke anak-anak pergi mana? Bergaul dengan siapa? Dah lewat malam macam ni." Jam masa tu hampir pukul 12 tengah malam.

"Takpelah, aku kena tegur diorang ni.. lantaklah apa nak jadi pun.."

Kemudian saya berdoa,

"Ya Allah, Engkau berilah kekuatan kepada aku untuk menegur mereka, Engkau lembutkanlah hati-hati mereka. Bantulah aku ya Allah, bantulah aku ya Allah.."

-----------------------------------------------

Lepas tu saya panggil lelaki tu, saya nak fokuskan kepada lelaki je. Senang saya nak handle.

"Dik, sini kejap."

Budak lelaki tu nampak terkejut bila saya panggil dia. Lepas tu dia pun datang kat saya meninggalkan perempuan 2 orang tu. Perempuan 2 orang tu tengok je.. lantaklah ko lah, ada aku kisah.

"Assalamu'alaikum.. nama sape dik?"

"Wa'alaikumussalam.. Azmin bang"

"Mai duduk sini kejap", sambil bersalaman dengan dia.

"Sekolah mana? Tingkatan berapa?"

"Saya sekolah di *tuuut .. tingkatan 4"

"Yang 2 orang perempuan tadi siapa? Tingkatan berapa diorang?"

"Err.. yang tu kawan saya. Diorang sekarang tingkatan 2, sekolah sama dengan saya"

"Oh.. kau ada rasa kau buat salah tak?"

Azmin termenung.. kemudian tunduk.. dia macam dah tau salah apa yang dia buat.

"Mak ayah ada kat mana dik? Diorang tau tak adik pergi mana?"

"Ada kat rumah bang, diorang tau saya datang sini."

"Adik rasa apa perasaan diorang kalau tengok adik pegang-pegang perempuan? Adik rasa mak dan ayah Azmin akan rasa malu tak? Agak-agak diorang rasa sedih tak dengan apa yang adik buat?"

Sekali lagi Azmin tunduk, saya sambung lagi,

"Dunia ni sekejap je dik. Allah hantar kita kat dunia ni sebab nak uji kita. Allah bagi kat kita kesihatan, anggota yang sempurna, wanita-wanita disekeliling kita adalah sebagai ujian. 

Akhirat tu hidup yang kekal. lepas dunia ni kita akan pergi ke alam kubur, alam mahsyar, titian sirat seterusnya syurga atau neraka Allah. Berbaloi ke kita ambil nikmat dunia yang sedikit ni sedangkan kita akan diseksa di alam akhirat yang panjang?

Adik kena kawal nafsu. Banyakkan istighfar kepada Allah. Orang yang langgar perintah Allah ni tak akan bahagia, Allah akan campakkan rasa sedih, dukacita dan Allah akan hadirkan pelbagai masalah dalam hidup kita."



Azmin nampak beri perhatian dengan baik mendengar kata-kata saya, 

"Adik nak main kasut roda takde masalah. Bukan abang nak marah pun. Abang cuma sedih bila tengok orang buat maksiat. Bala Allah banyak turun disebabkan maksiat yang kita sendiri buat.. Takpelah, adik teruskanlah main, cuma jagalah batas-batas pergaulan ye.."

Kemudian Azmin senyum dan ucapkan terima kasih..

Alhamdulillah. Inilah kewajipan kita. Menegur mana-mana yang patut. Bukanlah beerti kita sempurna, asalkan kita tahu suatu perkara itu salah sudah menjadi tanggungjawab kita untuk kita perbetulkan. Semoga Allah berikan taufik hidayat agar kita dapat sentiasa berada di jalan yang lurus.





----------------------------------------



KLIK SINI




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)