GESEL KERETA.

Suatu hari lepas solat isyak di masjid saya nak ke kedai, di Seksyen 18 Shah Alam. Jalan di sekitar Giant tu agak sempit dan kereta pun banyak.. memang setiap hari la macam tu..

Masa tu kereta bergerak perlahan macam siput.. time rilek-rilek kereta bergerak tu nampak kereta kat belakang duk nak menyelit-nyelit kat sebelah kanan saya.

"Hek eleh, lorong ni dah la sempit, nak selit-selit apa lagi.. rilek la kak.. " Saya mengomel sorang-sorang.

Merungut jugak saya sambil tengok kereta tu dari cermin pandang belakang. Tapi kereta tu nampak degil semacam je nak menyelit jugak.

Kereta tu pun maju ke depan, sikit.. sikit.. lepas tu tiba-tiba terdengar  bunyi pelik,

 "ketik.. ketik.. ketik.. tik tik tik.."

"Aik? Bunyi apa pulak tu?" Tak pernah dengar bunyi macam tu.. duk fikir apa benda tu..

Lepas tu saya rasa macam ada yang tak kena je. Saya tengok pejalan kaki kat sebelah. Pejalan kaki tu duk usha belakang kereta saya dengan muka yang paling serius.

"Biar 'betik' ni.. takkan kot.. kena kereta aku ke?"

Lepas tu tengok muka orang yang bawak kereta tu dari cermin pandang belakang.. nampak dia tengah duk senyum-senyum cover.

"Emm.. memang sah la ni.. "

Lepas tu terus pasang lampu hazard / double signal, kemudian berenti kat bahu jalan sebelah kiri. Elok-elok saya berenti kereta tu pun terus belok simpang kanan.. 

Masa tu tiba-tiba kepala rasa macam berasap je..

"Ewah-ewah, buat donno je ko ye.." Emm.. nak kejar pun mesti memang tak dapat la time-time jem macam ni, gelap pulak tu. Lepas tu turun kejap tengok kereta, emm kan betul.. dah calar kene gesel dari tepi. Tapi nasib baik sikit je..

Istighfar saya sekejap.. berulang-ulang istighfar menenangkan fikiran dan hati yang agak kepanasan ni. 

"Ah lantaklah.. tau la Allah nak balas macamane nanti.. confirm takkan terlepas punya.."




Kemudian saya pun masuk parking dan nak terus masuk ke kedai. Lepas tu saya teringat hadis nabi SAW:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya pun fikir. Ni peluang aku untuk doa ni.. rugi kalau aku tak minta apa-apa time ni. Lepas tu saya pun cari tempat yang agak sunyi yang saya boleh fokus dalam doa. Saya duduk bawah pokok. Kemudian saya doa, mintak segala hajat-hajat saya yang terpendam. Saya berikan sepenuh tumpuan sehingga mengalirkan air mata. Agak lama jugak berdoa tu.. ada la dalam setengah jam..

Lepas tu memang betul-betul rasa puas, rasa lega dan seronok je.. bersyukur saya dapat doa time tu.. 

Bila fikir kejadian tu balik, Alhamdulillah.. rasa bersyukur sebab takde apa-apa yang teruk berlaku.. nasib baik sikit je calar. Boleh je kalau Allah nak bagi kemik ke.. atau bumper jatuh ke.. tapi Allah bagi calar sikit je.. syukur Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah .. 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)