Catatan

BERNIAGA ibarat BERJUDI??

Imej
Kawan saya ni berniaga jual kuih, ada orang cakap kat dia, "Kau ni berniaga buat apa? Kau tau tak berniaga ni ibarat kau perjudikan nasib kau sendiri.. ko keje je la makan gaji, tak payah berniaga-berniaga ni.." Berniaga ni perjudikan nasib sendiri? Emm.. biar betul, macam pelik je dengar. Oh, habis tu berniaga ni macam main judi la ye? Kalau untung sebab nasib, kalau rugi pun sebab nasib.. cantik sikit ayat tu beb.. Biasanya orang yang cakap macam tu sebab dia pernah rugi atau kena tipu, atau pun sebab berniaga tapi tak untung-untung, berniaga tapi tak jadi macam yang dia expect. Tu la masalah orang yang berniaga, nak cepat untung, nak cepat kaya, nak cepat senang. Lepas tu buat pinjaman melabur sana-sini, bila duit melebur kata berniaga tak bagus. Takde masalah kalau nak cepat naik, tapi semua benda kita kena mula dari bawah. Kalau nak cepat kena la struggle. Jangan harap semua benda datang bergolek. Kenal Wak Joko? Wak Joko ada harta penin

SIRI 3.3 : KISAH BENAR - AKU BERTEMU JODOH

Imej
Ingat lagi, dapat surat tu pada bulan Julai 2013. Surat tu bagitau mas kahwin dah naik jadi RM8000. Tunang saya kata keluarga dia dah bincang balik dan ni keputusan diorang, kalau saya tak mampu ayah Radiah suruh Radiah bantu untuk cukupkan jumlah tu. Daripada RM4000, sekarang dah jadi RM8000?.. glup.. tiba-tiba rasa macam dunia ni berenti sekejap.. rasa nak pitam pun ada.  Mungkin pihak wanita ada kos-kos tambahan last minit kot.  Saya tengok je surat tu.. dapat ke saya kumpul banyak tu bulan 12 ni? Yang RM4000 plus kos transport dan lain-lain RM2000 tu pun rasa macam susah saya nak capai.. sekarang dah jadi RM8000.. plus RM2000 dah jadi RM10000. Alamak.. macam mane ni?? Muka saya terus jadi macam gambar ni ~ Kepala hotak buntu giler masa tu, sayu je tengok surat tu. Geram, marah, sedih, semua bercampur-baur. Tak tau nak cari duit kat mana lagi. "Kalau jodoh aku ada pasti Allah akan bantu.." Saya amat berharap Allah buka jalan rezeki dar

KEDAI WAKAF - BEST!! =)

Imej
Hari tu lepas solat maghrib kat masjid ada kuliah. Ustaz tu cerita tentang Pak Wahid (Nama samaran) yang baru meninggal dunia. Masa Pak Wahid hidup dia ada buat sebuah 'kedai wakaf' kat masjid kariah yang dia tinggal. Kedai wakaf ni terima apa saja barang yang bermanfaat , macam-macam barang orang hantar.. beras, gula, baju, tepung, pinggan, cawan dan apa saja barang yang boleh dipakai.  Orang-orang miskin yang kurang mampu atau yang terdesak akan datang ke kedai ni untuk ambik barang-barang yang diorang perlu.  Kedai wakaf akan bagi barang-barang tu secara PERCUMA je.. FREE OF CHARGE.. baguskan? Hihi.. Tapi ada la orang yang jaga kedai ni.. barang-barang yang kedai wakaf ni bagi pun dihadkan, maklumlah barang ni untuk semua orang.. takut tak cukup. Contohnya sesiapa yang dah lapar sangat atau keluarga tak cukup makanan, lepas tu datang mintak beras, maka akan diberi sekilo beras.. kalau yang mintak gula, akan diberi sekilo gula.. maksudnya pemberian tu d

SOLAT JUMAAT GAJAH!

Imej
Semalam solat Jumaat di sebuah masjid di Klang. Dalam pukul 12 tengahari tu saya rasa mengantuk sangat.. tidur sekejap, sekali bangun dah pukul 1 lebih. Kelam kabut saya dibuatnya. Lepas tu terus mandi cepat-cepat dan bergegas pergi ke masjid. Sampai je kat masjid tengok orang dah ramai, parking pun letak jauh je. Kat muka pintu masjid ramai orang berhimpun untuk masuk ke dalam masjid. "Alamak boleh dapat tempat lagi ke aku ni?" fikir saya dalam hati. Lepas tu saya pun mencelah la ke sana-sini.. dari belakang akhirnya dapat jugak saya sampai di depan pintu.. berbulu je orang belakang tengok.. dah la lambat, sibuk nak ke depan.. hihi.. sorry bang.. Tu pun masih kat luar masjid lagi, belum masuk. Masa tu tengok jemaah memang padat giler. Tunggu time nak qomat je. Bila qomat dilaungkan je semua berpusu-pusu masuk ke dalam masjid termasuklah saya. Melilau saya cari ruang-ruang kosong nak menyelit kat celah-celah saf. Cari punya cari tak jumpa.. cari lagi.. tak jumpa

GESEL KERETA.

Imej
Suatu hari lepas solat isyak di masjid saya nak ke kedai, di Seksyen 18 Shah Alam. Jalan di sekitar Giant tu agak sempit dan kereta pun banyak.. memang setiap hari la macam tu.. Masa tu kereta bergerak perlahan macam siput.. time rilek-rilek kereta bergerak tu nampak kereta kat belakang duk nak menyelit-nyelit kat sebelah kanan saya. "Hek eleh, lorong ni dah la sempit, nak selit-selit apa lagi.. rilek la kak.. " Saya mengomel sorang-sorang. Merungut jugak saya sambil tengok kereta tu dari cermin pandang belakang. Tapi kereta tu nampak degil semacam je nak menyelit jugak. Kereta tu pun maju ke depan, sikit.. sikit.. lepas tu tiba-tiba terdengar  bunyi pelik,  "ketik.. ketik.. ketik.. tik tik tik.." "Aik? Bunyi apa pulak tu?" Tak pernah dengar bunyi macam tu.. duk fikir apa benda tu.. Lepas tu saya rasa macam ada yang tak kena je. Saya tengok pejalan kaki kat sebelah. Pejalan kaki tu duk usha belakang kereta saya dengan muka

SUATU MALAM DI TEPI JALAN.

Imej
Malam tadi saya keluar kedai nak balik kerja. start enjin tak hidup.. alamak, dah la saya ni jahil bab-bab kereta, maklumlah.. ni pun baru beberapa bulan je guna kereta. Tu pun isteri punya.Lepas tu call Ajak (Razak), kawan yang bekerja dengan saya.. syukur dia belum balik lagi. Kemudian Ajak datang dan tengok-tengok lebih kurang, Ajak kata bateri kong . Dia balik sekejap nak ambil jumper . Gambar Ajak (kiri) & Mina (yang seksi tu) Sambil-sambil tunggu Ajak datang saya tengok ada ramai anak-anak muda yang bermain roller blade atau kasut roda. Dalam ramai-ramai tu pandangan saya tertumpu kepada 3 orang remaja, 2 orang wanita dan seorang lelaki. Lama jugak perhatikan diorang, duk ulang-alik depan saya beberapa kali. Saya rasa tak selesa dengan cara diorang tu, pegang-pegang tangan, pegang-pegang badan.. nak ajar la tu konon. Lama-lama diorang duk ulang-alik rasa panas pulak.. rasa kesian pun ada. Saya terfikir. Mak ayah diorang ni tak ambil tahu ke tentang anak-

SIRI 3.2: KISAH BENAR - AKU BERTEMU JODOH

Imej
Hai.. sekarang kita dah masuk siri ke 3.2.. ngantuk jugak nak siapkan penulisan ni, kopi jugak jadi penambah tenaga.. hihi.. Dah baca ke episod sebelum ni? Kalau ada sesiapa yang terlepas boleh la tengok-tengok penulisan sebelum ini ye.. Jom ikuti kisah seterusnya.. ^_^         ------------------------------------------------ Selepas lebih kurang 3 bulan ( 21 Mac 2015), kami melangsungkan pertunangan di Puncak Alam, Klang, di rumah kakak Radiah.  Time tu memang meriah, kawan-kawan pun ada yang datang bagi support . Keluarga sebelah wanita pun boleh tahan jugak ramainya, mak dan ayah Radiah pun datang jauh dari Kelantan. Semasa majlis rundingan, saya, abang dan kawan-kawan tunggu kat luar. Selain tu semua duduk dalam rumah untuk duduk bersama dalam majlis rundingan untuk berbincang tentang hantaran, tarikh nikah dan segala mak nenek yang lain. Tengah syok berborak kat luar tiba-tiba adik panggil saya masuk ke dalam. "Abang syid, mak panggil masuk,&q