BAGAIMANA MINUM AIR BOLEH MEMBUANG LEMAK? - Kisah Samad -




Air adalah elemen penting untuk membuang sisa toksin daripada tubuh badan, iaitu melalui proses pembuangan najis sama ada air kecil mahupun air besar. Selain itu minum air yang banyak juga boleh mengurangkan rasa lapar bagi mengurangkan kuantiti makanan yang kita ambil.

Sebelum ini seorang pesakit telah berkunjung di AMEEN THERAPY, beliau berkongsi sedikit pengalaman beliau menurunkan berat badan dengan cara minum air sebanyak 2.7 liter setiap hari.

Beliau ada tunjuk gambar 2 tahun lepas, mak oi gemoknye, macam tak percaya plak tu ialah dia. Rasa macam gambar orang lain pun ada.

Semasa Samad sedang diurut banyak tip-tip kesihatan yang kita borakkan. Dan kemudian masuk pulak bab minum air.Samad ni kata dia minum air banyak. Sebab nak jaga kesihatan dan kuruskan badan.

h




" .. dulu sebenarnya saya ni gemok bang.."

"Gemok? Yeke?.. Hmm..

 Aku perati je lama-lama.. biar betul, macam takde ciri-ciri pernah gemok pun (memang nak kena ada ciri-ciri ke?)

"Ye, betul bang, kalau tak caya jap saya tunjuk gambar.."

Lepas tu Samad pun belek-belek phone dia, bukak fb. Jenuh jugak la nak scroll., maklumlah nama pun gambar lama kan. Cari punya cari.. jumpa juga..

"Haa.. ni bang gambar saya dulu" , sambil menghalakan phone beliau yang serba canggih tu kepada saya.

"Eh, yeke gambar kau tu. Gemoknye. Perut buncit."

"Ye betul bang, dulu saya memang gemok.."

"Member-member mesti terkejutkan ko tiba-tiba kurus.."

"A'ah, memang diorang terkejut. Diorang kata saya hisap gam, haha.. "

 "Ceritalah sikit pengalaman tu, camane perjalanan dia sampai kau boleh kurus macam ni?"

Saya cuba mengorek cerita.  
.






"Dulu saya selalu makan banyak, berat badan pun semakin naik, jadi saya rasa saya perlu lakukan sesuatu supaya saya boleh kurangkan berat badan, sejak tu saya minum air banyak, 2.7 liter setiap hari,,"

"Oh macam tu.."

" Saya sekarang kalau perut rasa lapar saya akan minum dulu, kemudian dah lama sikit baru saya makan, sebab kalau kita minum air dulu kita tak rasa lapar sangat. Kita boleh kurangkan makan.

Dulu masa mula-mula tu susah jugak nak kontrol, yelah, tabiat makan masih sama, lepas tu ditambah pulak dengan air 2.7 liter. Buncit perut dibuatnyer..

.. tapi lepas tu pelan-pelan boleh buat perubahan. Bila perut dah rasa kenyang dengan air je sy dah boleh untuk kurangkan makan. Jadi lama-lama badan saya pun jadi susut tanpa saya struggle menahan lapar untuk kurus."

"Oh, bagus la macam tu.. tau-tau je dah kurus, haha.. kau makan sehari brapa kali ek? Nak tau gak tips lain.. hihi.."

"Saya makan waktu pagi dan petang dalam pkul 6ptg. kalau malam saya rasa lapar pun saya akan cari yang ringan je, macam kuih. Tapi biasanya malam memang saya tak makan."



--------------------------------------------------------------------

Itulah sekilas pandang hasil borak-borak saya dengan Samad. Ramai yang nak kurus tapi terlalu memaksa diri untuk berlapar. Ramai juga yang hanya hangat-hangat tahi kucing. Sekejap je semangat, lepas tu lebur..

Cuba tengok cara Samad. InsyaAllah mudah dan selamat untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita. Semoga coretan ini memberi manfaat yang banyak kepada para pembaca sekalian.

 Thanks baca sampai habis =)








KLIK SINI




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)