Urut Batin - Merawat masalah Lemah Tenaga Batin (Tanpa sentuh kemaluan) ~




--------------------------------

HILANG RASA GHAIRAH.


Ramai lelaki yang mengalami masalah tenaga batin atau pun lemah syahwat. Nafsu terhadap isteri telah berkurangan dan tiada lagi rasa ghairah untuk 'bersama'. Urut Batin (Urutan Saraf Al Amin) adalah salah satu kaedah untuk merawat masalah tersebut.

Masalah lemah tenaga batin ini amat mengganggu hubungan di dalam rumah tangga. Sehingga ada dikalangan lelaki yang cuba mengelak untuk 'bersama' isteri dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Sekiranya anda terus mengelak untuk 'bersama' isteri sebenarnya ia tidak membantu apa-apa, bahkan anda boleh menyebabkan si isteri salah faham dan seterusnya boleh memburukkan lagi keadaan rumah tangga.

Sekiranya benar anda mempunyai masalah lemah tenaga batin maka anda tidak perlu berasa malu, kerana masalah ini boleh kena kepada sesiapa sahaja. Langkah terbaik ialah duduk berbincang secara baik dan berterus terang tentang masalah anda kepada si isteri. InsyaAllah isteri anda akan faham dan beliau juga akan cuba untuk mencarikan penyelesaiannya untuk anda.

Jangan sekali-kali anda lari daripada masalah, tetapi anda perlu menerima kenyataan dan mencari jalan penyelesaiannya. Bahkan kaedah berbincang dan berterus-terang juga dapat mengurangkan kadar 'stress' anda dalam menghadapi masalah tersebut.


ADA KEINGINAN TETAPI TIDAK BOLEH BERSAMA.


Sebahagian orang lain pula mempunyai keinginan seks yang agak tinggi tetapi tidak dapat bertahan lama. Apabila si lelaki mengalami masalah ini biasanya akan timbul rasa malu, hilang keyakinan diri dan rasa maruahnya agak tercabar. Perkara yang dilihat kecil oleh sebahagian orang ini sebenarnya boleh menjadi punca kepada ketegangan di dalam rumah tangga.


TANDA-TANDA LEMAH TENAGA BATIN.


Antara tanda-tanda lemah tenaga batin lelaki ialah:

- Kencing tak lawas (Selepas buang air kecil maka akan keluar lagi setitik dua semasa berjalan)
- Kencing perlahan (tidak deras seperti biasa).
- Kerap bangun untuk buang air pada waktu malam.
- 'Anu' tidak dapat tegang dengan baik.
- Tidak dapat bertahan lama semasa 'bersama' dengan isteri.


PUNCA LEMAH TENAGA BATIN


Masalah lemah tenaga batin adalah menandakan tubuh kurang sihat dan bermasalah. Punca-punca masalah lemah syahwat atau lemah tenaga batin ini ada banyak, maka ia perlu di perhalusi kita.

Antara punca-punca lemah tenaga batin ialah:

- Tabiat pemakanan yang tidak sihat:
Ia merangkumi makanan seperti fast food, ais dan snek.
- Obesiti, sehingga menyebabkan tubuh menjadi tidak cergas dan berat.
- Kadar toksin yang tinggi yang menyebabkan tubuh menjadi lesu.
- Kemalangan/ Terjatuh yang mengakibatkan masalah saraf.
- Kencing manis yang tidak terkawal dan memberi kesan buruk kepada buah pinggang.
- Stress yang menyebabkan prestasi tubuh menurun.


CARA MERAWAT/ MENGATASI MASALAH LEMAH TENAGA BATIN.


Untuk merawat masalah ini maka setiap orang perlu perhalusi dan perbaiki tabiat yang menyebabkan datangnya masalah ini.

Pertama sekali lazimkan memakan makanan yang berzat dan kurang atau elakkan daripada mengambil makanan seperti fast food, ais, dan apa juga makanan yang berpengawet.

Kedua, jika anda mempunyai masalah obesiti maka anda perlu mengambil inisiatif untuk mengawal kembali berat badan dan cuba mendapatkan berat badan yang ideal. Tubuh badan yang melampaui berat ideal akan membuatkan badan mudah menjadi lesu dan kurang cergas , seterusnya memberi kesan kepada prestasi TENAGA LELAKI.

Kadar toksin yang tinggi juga turut menyumbang kepada masalah lemah tenaga batin. Toksin juga akan menyebabkan tubuh menjadi mudah lesu dan kurang bermaya. Buang toksin melalui senaman (mengeluarkan peluh), berbekam dan berurut.

Sekiranya anda pernah mengalami kemalangan atau terjatuh ketika bersukan yang melibatkan hentakan di bahagian pinggang maka anda perlu mendapatkan khidmat URUTAN & REGANGAN TULANG untuk membetulkan kembali kedudukan tulang yang mungkin telah beralih dan seterusnya menyebabkan himpitan SARAF dibahagian pinggang.

Kami di AMEEN THERAPY menyediakan khidmat urutan & regangan tulang, kami dapati ramai orang yang mengalami masalah pinggang sebenarnya mereka juga mempunyai masalah tulang belakang. Dan pinggang adalah merupakan bahagian penting yang memberi kesan kepada TENAGA BATIN LELAKI. Utk aturkan temujanji anda sila WhatsApp ke => 019-2298663 (Shah Alam, Taiping, Melaka) 

Masalah Kencing manis perlu di kawal agar ia tidak memberi kesan kepada buah pinggang. Mereka yang mengalami penyakit Kencing manis berpotensi untuk mengalami masalah mati pucuk jika tidak mengambil berat untuk mengawal masalah tersebut.

Stress juga adalah menyumbang kepada masalah tenaga batin. Dalam kesibukan anda luangkan masa untuk keluarga, riadah dan ibadah. Urutan relaxing juga membantu untuk melegakan stress dan seterusnya dapat meningkatkan kembali kesihatan tubuh badan.

Kami di AMEEN THERAPY amat mengalu-alukan anda agar membuat urutan relaxing sebulan sekali sebagai langkah penjagaan kesihatan. Kesihatan yang baik akan membuatkan anda lebih gembira dan dapat memperbaiki prestasi kerja dan pergaulan anda seharian.

Ambillah berat untuk menjana kesihatan anda, kerana sesungguhnya kesihatan itu amat mahal harganya.


--------------------------------------


KLIK SINI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)