Catatan

MAKANAN PENCETUS ‘ANGIN’ YANG ASALNYA BOLEH, TETAPI DISEBABKAN MASALAH USUS IA JADI SENSITIF UNTUK TUBUH

SENARAI MAKANAN YANG PERLU DI ELAK DAN YANG DIBOLEHKAN UNTUK PESAKIT 'ANGIN'. Nota: Senarai makanan di bawah ini menjadi sensitif kepada pesakit 'angin' disebabkan masalah usus. Apabila pesakit 'angin' makan makanan di bawah ini akan menyebabkan tubuh mudah sakit, berangin, lesu, kembung dan lain-lain impak yang kurang menyenangkan. Untuk perbaiki masalah angin anda perlu pulihkan usus. Apabila usus telah dipulihkan barulah makanan di bawah akan jadi kurang sensitif. Di hujung artikel ini saya akan beritahu apakah jenis makanan yang perlu dielak yang menyebabkan kerosakan usus. A- SAYUR Elak: Kangkung, bayam, taugeh, kacang panjang, kacang buncis, kubis, terung, terung, bayam, tomato, capsicum, cili, labu, rebung, cendawan, bendi (Kebanyakan sayur menjalar akan ‘trigger’ masalah angin). Boleh: Sawi, pak choi, lobak merah, salad B- BUAH Elak: Betik, pisang, mangga, nenas, buah kering (apricot, prun, kurma, kismis), avokado, Strawberi, kiwi, durian, nangka, rebu...

CARA ATASI MASALAH VERTIGO, KEPALA MELAYANG, BERJALAN TAK STABIL, SAKIT KEPALA

Imej
CARA ATASI MASALAH VERTIGO, KEPALA MELAYANG, BERJALAN TAK STABIL, SAKIT KEPALA - Kisah Amri Di leher ada banyak saraf yang berhubung ke kepada, leher, mata, rahang dan bahu Saya ada seorang kawan saya namakan sebagai Amri. Dia ada masalah sakit kepala sampai berjalan tak stabil, nak memandu pun dah tak mampu.  Sebelum ni dia banyak kerja menggunakan laptop, tapi sejak ada sakit tu dia tak dah boleh menghadap laptop lebih dari 2 minit, mata dia akan jadi kabur dan kepala akan jadi terlalu sakit. Disebabkan tu emosi dia jadi tak stabil, selalu marah-marah dan hampir putus asa. Sedih baca mesej dia.  Lepas tu saya berikan beberapa tips iaitu: Makan Minyak Zaitun 2 kali sehari (3 sudu pagi dan 3 sudu malam). Elakkan makan makanan yang berasaskan tepung gandum (Roti, kek, kuih-muih, cucur, pizza dan seumpamanya). Elakkan gula semampu yang boleh. Jika nak manis boleh gantikan dengan Stevis (Di farmasi pun ada jual). Dan last sekali saya berikan video cara urut untuk atasi masalah te...

MAKANAN YANG BOLEH MEROSAKKAN USUS (PUNCA ANGIN DALAM BADAN)

Imej
MAKANAN BERASASKAN GANDUM. Gandum mengandungi Gluten yang sukar dihadam oleh usus. Jika anda kerap makan makanan yang berasaskan gandum maka usus anda mudah ada masalah dan menyebabkan tubuh anda mudah ada masalah angin. Contoh makanan berasaskan gandum ialah: Roti putih, roti whole meal, roti canai, roti nan, capati, cucur, pizza dan kuih muih yang berasaskan gandum. MENGAPA GANDUM TAK BOLEH? BUKANKAH NABI DAN SAHABAT PUN MAKAN GANDUM? Sebenarnya bukan tak boleh. Cuma jangan diamalkan. Kerana gandum zaman sekarang dan gandum zaman dulu sudah berbeza. Gandum zaman sekarang telah melalui proses hybrid untuk menghasilkan gandum yang besar-besar. Dan kesannya Gluten di dalam gandum meningkat menjadi banyak.  Kandungan Gluten yang banyak dalam gandum zaman moden inilah yang bermasalah, sehingga orang-orang barat pun sudah ramai yang beralih kepada tepung tanpa Gluten (Gluten free). Beza gandum zaman dahulu dan zaman sekarang (Oleh Dr Norman Norawi) SAYA DAH BIASA MAKAN GANDUM, BAGAIMAN...

APA ITU MASALAH 'ANGIN' DALAM BADAN?

Imej
'ANGIN' DALAM BADAN. BENAR ATAU TAHYUL? "Badan kau ni banyak angin sebab tu kau selalu sakit-sakit badan" Orang dulu-dulu selalu sebut 'angin', terutamanya tukang-tukang urut. Istilah 'angin' banyak dikaitkan dengan sakit-sakit badan. Dulu saya terfikir, adakah ini semua tahyul? Sebab sikit-sikit angin, sikit-sikit angin.. takde benda lain. Tapi bila saya semakin dewasa Allah telah uji saya dengan masalah 'angin'. Saya nak berdiet tetapi cara pemakanan saya tidak sihat sehingga menyebabkan saya tiba-tiba kena sakit-sakit badan. Mula-mula saya pelik, "Aik, kenapa badan aku sakit-sakit ni?". Tapi setelah buat sedikit study  barulah saya tahu bahawa saya sudah kena masalah 'angin'. Apa itu masalah 'angin'? Angin yang dimaksudkan ialah gas yang terhasil dari usus yang bermasalah. Antara punca usus bermasalah ialah :  Pemilihan makanan yang kurang sihat. Kurang bergerak aktif. Makan terlalu banyak (Tak sesuai dengan aktivit...

Sakit leher sampai bahu dan tangan- Saraf tersepit/ Slipped Disc

Imej
Sakit Leher Sampai Bahu Dan Tangan- Saraf Tersepit/ Slipped Disc Sakit leher menjalar hingga ke bahu dan tangan. Mengapa sakit leher boleh menjalar hingga ke bahu? Bahkan kadangkala ia boleh terasa hingga ke tangan. Apakah puncanya? Sebenarnya di bahagian tulang tengkuk atau bahasa anatominya tulang Cervical mempunyai banyak saraf yang menuju ke arah bahu dan tangan. Tulang Cervical terbahagi kepada 7 ruas, iaitu Cervical 1 (C1) hingga Cervical 7 (C7). Tulang Cervical 1 hingga Cervical 7 Apabila saraf yang berada di sekitar tulang Cervical tersepit, maka akan berlaku kesakitan seperti rasa kebas, mencucuk, rasa seperti renjatan elektrik atau pun rasa panas terbakar di sekitar kepala, leher, bahu dan tangan, bergantung kepada bahagian saraf yang tersepit. Sebahagian saraf di sekitar tulang Cervical (Tengkuk) menjalar ke bahagian bahu dan tangan, oleh itu tidak hairan jika pesakit yang mempunyai masalah saraf tersepit di leher turut terasa kesannya di bahagian bahu dan lengan. Sebahagian...

7 Punca Sakit Belikat Dan Cara Mudah Hilangkannya

Imej
Ilmu ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman peribadi, pengalaman merawat pesakit dan pembacaan ilmiah. Ia bukan hasil copy paste hasil tulisan blog-blog lain seperti yang selalu dibuat orang. Semoga bermanfaat. 7 Punca Sakit Urat Belikat Dan Cara Mudah Hilangkannya Lokasi Urat Belikat Belikat adalah bahagian otot Trapezius, ia terletak di bahagian belakang sebelah atas seperti di dalam gambar di bawah. Urat Belikat (Otot Trapezius) Fungsi Urat Belikat Urat belikat atau Otot Trapezius ini adalah bahagian yang berkait rapat dengan pernafasan. Orang yang mempunyai sakit belikat biasanya dadanya juga dalam keadaan ketat atau tegang.  Selain itu Urat belikat juga  berkait rapat dengan leher kerana Otot Trapezius sebenarnya bersambung dengan bahagian tengkuk. Iaitu seperti gambarajah di bawah: Otot Trapezius Jika sakit belikat anda sudah menjalar hingga ke leher, jemput singgah ke artikel di bawah : -->  7 Step Urut Sakit Leher - Untuk Merawat Diri Sendiri  <-- 7 ...

Setahun tanggung sakit bahu sampai 'effect' leher dan pergerakan tangan.

Imej
Dah setahun En Syuib menanggung sakit bahu dan belikat sampai memberi kesan kepada leher dan pergerakan tangan. Alhamdulillah selepas satu sesi terapi saraf masalah beliau telah kurang sehingga 50%. Sayang pula rasanya saya kalau tak kongsikan, tapi jgn baca separuh, takut salah faham. Dalam seminggu lepas Pak Cik Syuib, 59, datang untuk dapatkan servis urutan untuk sakit bahu dan belikat. "Apa pergerakan yang Pak Cik tak boleh buat ye?" Saya bertanya. "Kalau saya angkat tangan dan pusingkan kepala, maka bahu dan belikat saya akan terasa sakit". Kata Pak Cik Syuib sambil memegang tempat yang bermasalah. Sebenarnya Otot bahu bersambung dengan leher dan mempunyai perkaitan dengan tangan, sebab itu biasanya sakit di bahu dan belikat boleh menjejaskan pergerakan leher dan tangan. Setelah diperiksa saya dapati ada berlaku 'perlekatan' di bahagian tulang yang perlu dilepaskan. Kerana jika tidak dilepaskan masalah akan jadi sukar untuk dirawat atau muda...

Maklum balas Pelajar KURSUS URUTAN SARAF >>

Imej
Saya rasa seronok apabila anak-anak murid menunjukkan prestasi yang bagus. Hati rasa puas dan berbaloi mengajar. Terdapat pelbagai golongan yang datang belajar urut, antaranya ialah mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sakit dan belajar untuk membantu ahli keluarga mereka. Antara yang saya masih ingat adalah: 1) Anak murid yang datang belajar kerana ayahnya sudah boleh bangun berdiri, pada masa itu beliau hanya dengan belajar melalui Video sahaja. Selepas melihat perubahan yang berlaku hanya melalui pembelajaran video sahaja, maka pelajar tersebut rasa lebih yakin dan terus mendaftar untuk belajar kursus secara bersemuka. Melalui pembelajaran secara bersemuka ilmu dan kefahaman yang beliau dapat lebih dalam lagi dan beliau pulang dengan keyakinan yang lebih tinggi. Beliau pulang dengan perasaan yang sangat gembira. =========== 2) Pelajar yang datang belajar kerana isteri mempunyai masalah senggugut. Sakit tersebut telah menyerang lebih daripada 10 ...

5 PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU UNTUK JADIKAN URUTAN LEBIH BERKESAN!

Imej
"Saya sudah lama mengurut, tetapi kurang berkesan untuk merawat sakit-sakit tubuh. Bolehkah tuan berikan saya tips bagaimana untuk menjadikan urutan lebih berkesan?" Ini antara bahagian tulang yang sering diurut tanpa disengajakan.  Semasa memberi latihan di dalam kelas ada dikalangan anak murid saya yang termenung dan berfikir, mengapa saya mengurut di point yang sama dengan point yang mereka gunakan tetapi mendapat lebih keberkesanan? (Dengan izin Allah) Apakah beza antara urutan saya dan mereka? Dengan rasa rendah diri saya ingin berkongsi secebis pengetahuan yang ada. Dan sesungguhnya di luar sana lebih ramai orang yang lebih tinggi ilmu dan taqwanya berbanding saya yang serba lemah ini. ===== Ada banyak faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan dalam urutan, tapi di sini saya akan kongsikan 5 dahulu. Sebenarnya penyumbang kepada keberkesanan suatu urutan itu bukan hanya terletak kepada point semata-mata, tetapi juga kepada cara kita mengolah ...

Sakit kaki sehingga sukar seimbangkan badan! >>

Imej
Ada seorang imam Ustaz Hanif, berusia 50-an. Beliau mempunyai masalah sakit kaki yang agak kritikal. Punca sakit kaki beliau adalah akibat kemalangan yang berlaku pada 8 bulan lepas. Kejadian berlaku semasa beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat, terjatuh akibat jalan licin (terjatuh sewaktu membelok). Waktu beliau mula-mula datang ke sini, nampak sangat sukar untuk berjalan, badan sukar untuk diseimbangkan. Sebelum ni beliau pernah buat rawatan di suatu tempat, tapi kesannya jadi lebih teruk. Oleh itu beliau nak mencuba pula buat rawatan dengan teknik Urutan Saraf Al Amin. Lepas kali pertama urut, kaki jadi lebih ringan, bahagian yang tegang dah rasa semakin selesa. Lepas rawatan sesi kedua kaki Ustaz Hanif dah boleh lipat separuh, jalan dah semakin ok, kebas pun dah hampir tiada. Betis dan peha pun dah tak tegang lagi seperti sebelum ni. Lepas kali ketiga rawatan Ustaz Hanif cakap: "Dulu kalau nak pakai seluar, saya perlu pegang orang sebab rasa ...

>> Sakit pinggang sehingga tak dapat tegakkan badan! (Slip Disk L4 & L5) >>

Imej
"Badan saya tak boleh nak tegak, kalau saya cuba tegakkan akan terasa sakit.." En Manan berusia hujung 40-an mengalami masalah slip disk sejak 5 tahun lepas dan doktor telah mengesahkan beliau mengalami masalah Slip Disk pada tulang L4 dan L5. Untuk kes En Manan ada 4 simptom yang beliau beritahu, iaitu : 1- Terasa sakit bila nak berdiri tegak,  badannya sentiasa membongkok ke depan. 2- Terasa sakit apabila berdiri lama, tak sampai setengah jam. 3- Terasa kebas sehingga menjalar ke bahagian peha. 4- Duduk tak sampai sepuluh minit dah mula terasa sakit. . Biasanya pesakit yang mempunyai masalah pada L4 & L5 sememangnya akan memberi kesan di bahagian kaki. Antaranya seperti cepat kebas, sentiasa lenguh dan kaki berapa tak kuat untuk berdiri lama. ==== Alhamdulillah selepas buat Regangan Tulang En Manan dah mula rasa perubahan, sakit hilang hampir 40%. "Dah takde rasa berdenyut.. Kalau tidak bila baring macam ni (badan lurus) akan terasa berdenyut ...

Mengapa tubuh lesu dan tidak cergas? 3 tips mengatasinya! >>

Imej
Tubuh yang kurang oksigen akan sentiasa lesu dan tidak bermaya, seperti pokok yang kekurangan air, nampak layu dan serba kekuningan. Tubuh yang cergas adalah tubuh yang mempunyai pengaliran darah yang baik, kerana pengaliran darah turut membawa oksigen untuk diserakkan ke seluruh tubuh termasuk ke organ dalaman dan otot. Tubuh yang kaya dengan oksigen akan sentiasa cergas, segar dan bertenaga. Bagaimana pengaliran darah berlaku? Peredaran darah bermula dari jantung yang sentiasa mengepam. Ia memastikan darah sentiasa mengalir tanpa henti. Darah yang dipam oleh jantung akan bergerak ke seluruh tubuh melalui ke organ-organ dalaman dan seluruh anggota badan, kemudian kembali semula ke jantung. Antara masalah yang berlaku ialah apabila terdapat sebahagian otot yang 'membeku' yang menyekat pengaliran darah. Otot 'membeku' membuatkan otot menjadi lemah. Ia adalah disebabkan kurangnya pergerakan atau otot selalu berada dalam keadaan statik dalam tempoh yang la...