Sakit Pinggang - Sakit bila berbaring ~


Tadi ada seorang pemuda, Adi, 26. Beliau datang nak urut sakit pinggang.

"Pinggang saya akan terasa sakit apabila berbaring. Pusing posisi macam mana pun pinggang saya akan tetap terasa sakit."

"Fuh! Bila diurut, belakang dia tegang ya amat. Terasa sakit pada setiap inci bahagian yang ditekan. Meliuk-liuk batang tubuhnya menahan sakit.

"Kalau badan tuan sihat takkan sakit macam ni bila diurut. Lebih teruk masalah tubuh, akan terasa lebih sakit.. "

Aku terangkan biar dia tak salah faham. Tak nak dia anggap setiap kali mengurut mesti dia akan terasa sakit yang sama. Itu tak betul, bahkan kebiasaannya apabila membuat ulangan maka sakit akan jadi semakin berkurangan.

Beberapa kali dia mengerang kesakitan, dan disulam dengan gelak menahan sakit.

"Rileks, lembutkan badan, lepaskan nafas.. "

Aku beri nasihat agar tubuhnya sentiasa dilembutkan semasa urutan dijalankan. Jangan melawan, nanti bertambah sakit. Bila sakit lepaskan nafas dan cuba bertenang..




" Haa.. Dah lama tak rasa macam ni. Selesa betul. Kalau tak bila baring macam ni mesti rasa sakit.. "

En Adi berbaring di hadapan saya sebagai percubaan kesan selepas urutan. Wajahnya kelihatan berseri-seri seperti telah menemui apa yang dicari selama ini. Matanya bersinar, dan senyuman terukir di bibirnya.

" Tuan masih muda, kena jaga badan ni. Cuba bayangkan bagaimana kalau umur 40-an, 50-an nanti kalau tak jaga badan daripada sekarang.. "

===

Jangan ambil mudah tentang kesihatan ini kawan. Sesungguhnya orang yang benar-benar faham nilai kesihatan ini adalah orang yang sedang sakit terlantar.. Mereka orang yang sanggup membelanjakan kesihatan ini dengan harga yang tidak mampu untuk kita nilaikan..


KLIK SINI UNTUK JOIN CHANNEL TELEGRAM ILMU URUTAN



HIGH IMPACT THERAPY 



(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)