Sakit belakang / Belikat kiri sehingga mengganggu pernafasan /pernafasan tersangkut

Seusai solat maghrib aku berjalan untuk mencari tempat bersolat sunat ba'diah, tiba-tiba terasa belakang aku dicuit.

"Sakit dah kurang banyak, tinggal 5% je lagi, itu pun kesan urut kot rasanya. Ni tarik nafas pun dah takde masalah dah ni... "

Oh.. Aku ingatkin siapa tadi, rupanya ustaz semalam yang ayah mertua aku minta tolong urutkan. Tu pun belum sempat buat ulangan.

====

Teringat lagi semalam ayah mertua aku ada minta tolong urut seorang ustaz.

" Asyid, boleh tolong tengokkan ustaz tu tak? Dia kata sakit belakang sampai sesak nafas. Sakit dekat sini...  "

Kata ayah mertua aku sambil tunjukkan bahagian belakang beliau, gigih melipatkan tangannya ke belakang badan sendiri.

"Sesak nafas? Oh, sakit belikat tu ayah.. Takpe nanti saya tengokkan..."

====


Nampak sakit ustaz tu agak teruk juga, katanya bangun tidur terus terasa sakit. Biasanya sakit belikat akibat bangun tidur ni berantai hingga ke bahagian leher, tapi kes ni tidak. Hanya di bahagian belikat kiri sahaja.

"Saya bangun tidur terus sakit, nak tarik nafas pun tak boleh sangat ni. Tengok ni... Aah!.. Haa dia jadi macam tu.. "

Ustaz tu bercerita sambil tarik nafas depan aku, baru tarik sikit, terasa sakit menyengat di bahagian belikat. Tak dapat tarik nafas dalam-dalam seperti selalu,  nafas jadi tersangkut.

====

Masalah ustaz ni agak teruk juga, lepas aku buat hanya hilang 40% je, tak memberangsangkan macam selalu.

" Takpe ustaz, nanti lepas dua atau tiga hari boleh datang untuk ulangan. Kalau ada rasa sengal-sengal tu jangan risau ye, tu hanya kesan-kesan urutan. Ustaz balik dan minum air banyak sikit, dalam 2 liter.. "

==

Tapi esoknya lepas solat maghrib ustaz tu kata sakit tu dah kurang sampai 95%. Banyak tu. Baki sakit yang tinggal tu pun mungkin kesan-kesan urut je..

Ustaz tu nampak sangat gembira. Untuk zahirkan kegembiraan ustaz tu tarik nafas dalam-dalam depan aku. Dia nak tunjuk yang pernafasan dia dah ok, tak tersangkut lagi macam semalam.

Alhamdulillah.. Aku pun tumpang gembira.

==

Bila aku atau team aku buat rawatan, kita akan gunakan kaedah Al Amin, biasanya kita akan gabungkan antara REGANGAN TULANG & TEKNIK URUTAN.

Ini adalah antara teknik urutan yang aku gunakan untuk ustaz Nizam tersebut :

1) Dudukkan pesakit seperti dalam gambar.  Teknik duduk ini juga boleh digunakan untuk pesakit yang tidak boleh meniarap.



2) Letakkan tapak tangan kiri pesakit di bahagian bahu kanan agar tulang skapula lebih terbuka, seterusnya memudahkan urutan di bahagian belikat kiri.



3) Gunakan tangan kiri untuk menahan dada pesakit supaya tekanan urutan di bahagian belikat boleh menjadi lebih mantap dan stabil.




4) Urut bahagian belikat kiri pesakit dengan menggunakan tapak tangan kanan, iaitu di bahagian tulang tapak tangan seperti di dalam gambar.



5) Tekan bahagian belikat (Tepi tulang skapula) dan tarik sehingga ke bahagian bawah tulang skapula. Ikut anak panah.



6) Mantapkan tekanan, kemudian selang-selikan tekanan antara sederhana, kuat dan perlahan.

7) Fokus pada bahagian sakit dan berketul. Lakukan sehingga sakit berkurangan.

Jangan lupa share, ilmu yang kita anggap biasa-biasa mungkin boleh membantu ramai orang di luar sana. Share sekarang!






HIGH IMPACT THERAPY 



(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).

Ulasan

  1. Tahniah entry yang baik tuan, dapat membantu ramai pesakit belikat. Sy juga telah bebas dr masalah sakit belikat ni 3thn yg lalu tapi dgn mengamalkan suplimen scr konsisten. Alhamdulillah dgn izin Allah.

    BalasPadam
  2. Berpunca dr sbb ape ye sakit urat belikat ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)