Belajar urut rawat keluarga sendiri - Sakit Urat & Terseliuh ~

Sesetengah orang belajar urut untuk berbakti kepada ibu dan bapa. Itu adalah saham akhirat yang besar untuk dilakukan.

Teringat lagi kata-kata seorang pelajar saya di Penang, beliau beritahu :

"Sebelum ini saya hanya belajar urut daripada DVD (video Belajar urut) tuan. Merawat ayah saya yang dah lama terbaring atas tilam, tak boleh bangun. Tapi lepas saya ikut teknik dalam DVD tu ayah saya dah boleh bangun. Sebab tu hari ni saya datang kelas, sebab nak belajar lebih dalam lagi .. "

Bila dengar pelajar saya cerita beliau, saya rasa sebak. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah. Perkara yang sayavrasa kecil telah memberi impak yang sangat besar kepada hidup orang lain.





Sebelum itu ada juga yang berikan feedback positif dalam merawat sakit strok, terseliuh dan sakit pinggang dengan mengikut teknik di dalam DVD tersebut. Alhamdulillah.

Saya kira Allah telah makbulkan doa saya, saya memang berharap agar saya dapat berikan sumbangan yang besar kepada masyarakat, walaupun saya telah mati, tetapi pahala tetap berjalan berterusan.

Video Belajar Urut yang saya hasilkan telah tersebar ke hampir seluruh negeri di dalam Malaysia. Selain itu ia juga telah sampai di Singapura, Indonesia, Brunei dan Belanda.

Walau saya telah mati nanti, telah ada sesuatu yang saya telah tinggalkan.


KLIK SINI UNTUK JOIN CHANNEL TELEGRAM ILMU URUTAN




HIGH IMPACT THERAPY 



(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)