Urutan Saraf di Taiping, Perak ~

Aku ada seorang kawan. Dia tak tahu apa kelebihan diri yang boleh dia banggakan. Dia rasa diri dia bodoh, belajar sering gagal dan hidup hanya menyusahkan orang.

Aku tahu dia kerja tak menentu. Datang jauh dari kampung ke KL untuk berniaga. Buka macam-macam perniagaan, tapi semuanya serba tak menjadi.




Masa tu aku baru bukak Pusat Terapi, aku panggil dia kerja.

"Aku tak pandai la nak urut orang. Lagipun aku geli nak pegang-pegang badan orang ni.. "

Macam-macam alasan dia bagi untuk tolak.

"Ah, takde. Ko kerja je dengan aku. Berapa gaji ko sekarang? Aku bayar lebih daripada tu.."

Apa alasan dia bagi semua aku tak terima, yang aku tahu dia mesti kerja dengan aku.

Masa tu aku memang sangat perlukan orang. Dan aku nampak dia. Entah kenapa, tapi mungkin sebab dia kawan baik aku, lagipun aku rasa ni cara untuk aku tolong dia.

Alhamdulillah, akhirnya dia kerja dengan aku. Beliau adalah pekerja kedua aku. Aku latih beliau dari kosong sehingga mendapat kualiti urutan yang tinggi.

Namanya sering menjadi sebutan pelanggan dan pesakit yang berkunjung. Tekanan yang tumpul tapi terasa, membuatkan kesakitan urutan tidak perit, tapi memberikan kelegaan.

Masih terngiang-ngiang kata-kata beliau,

"Aku dah jumpa apa kelebihan aku. Dari dulu aku tak tahu apa sebenarnya bakat yang boleh aku banggakan, tapi sekarang aku dah nampak. Inilah kerjaya aku, aku sayangkan kerjaya ini dan sekarang aku rasa gembira dengan apa yang aku buat.. "

Alhamdulillah. Aku gembira dengar kata-kata beliau. Dari rasa rendah diri, kini beliau menjadi orang yang lebih berkeyakinan.

Macam-macam jasa yang beliau telah taburkan di pusat terapi aku. Bukan hanya kerja mengurut, tetapi beberapa kerja sebalik tabir juga beliau bantu dalam usaha mensistemkan dan menaikkan pusat terapi.

DVD Pembelajaran Urutan juga dapat dihasilkan dengan jayanya dengan bantuan beliau.

Tetapi oleh kerana beliau telah berumah tangga, maka kini beliau telah berhijrah, dari Shah Alam ke Taiping Perak. Membuka Pusat Terapi Saraf di sana.

Banyak kali beliau bantu pusat terapi saya yang hampir jatuh, kemudian naik kembali setapak demi setapak.

Alhamdulillah.. Terima kasih Ameen Terapi Perak (Abdullah Mina). Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu.

Siapa di area Perak nak dapatkan khidmat Urutan Saraf boleh terus whatsapp  beliau ke 011-21019490 untuk info. Atau -->klik sini terus untuk whatsapp beliau<--

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)