Urut sebu perut/ Angin tak lepas dan lesu tubuh ~




Semalam En Razmi datang ke sini. Daripada raut wajahnya memang nampak En Razmi dalam keadaan sakit dan tak bermaya. Warna  kehitam-hitaman kelihatan di bawah kelopak mata En Razmi, tanda beliau berada dalam keadaan yang teramat letih.

"Bang, saya ada masalah angin, dah lama tak lepas-lepas angin ni, perut sentiasa rasa sebu. Dan satu lagi, walaupun perut rasa lapar, tapi tak boleh nak masuk makanan, badan saya pun rasa lemah setiap masa.." Cerita En Razmi dengan muka yang tidak bermaya.

Dah lebih sebulan En Razmi menghadapi masalah ini. Dah merata pergi berubat tapi masih belum membuahkan hasil.

===

Saya periksa tulang belakang En Razmi. Oh,  rupanya ada masalah pada bahagian Thoracic. Apabila ditekan dibahagian tersebut terasa amat sakit sehingga menggeliat tubuhnya.

Saya tunjukkan kepada pembantu saya.

"Azmi, Azree.. Nampak tak? Bahagian Thoracic (Tulang belakang) ni dia sakit sangat. Mungkin ada saraf yang tersepit. Betulkan sini dulu, lepas tu urut di bahagian belakang dan perut.."

Mereka berdua angguk kepala tanda faham.

Untuk pembetulan tulang, Azmi dan Azree akan bekerjasama. Lepas itu part urutan akan disiapkan oleh Azmi sahaja.

Untuk melonggarkan kembali bahagian Thoracic biasa tenaga seorang sahaja pun dah mencukupi.  Tapi untuk bahagian yang betul-betul ketat, ia memerlukan kerja 2 orang, lebih-lebih lagi untuk masalah yang sudah lama dan berat..

Prap!! Tulang En Razmi berbunyi.

" Ah!  Terasa sampai pinggang bang.. " En Razmi bersuara dengan mata yang sedikit terbeliak.

"Takpe, bagus tu. Abang jangan risau. Baik, sekarang abang cuba meniarap saya nak tunjukkan sesuatu."

Apabila En Razmi meniarap saya lurutkan daripada bahagian Lumber sehingga Cervical. Semasa melalui bahagian Thoracic En Razmi tidak lagi menggeliat seperti mula-mula tadi. Nampak perubahan yang agak ketara.

"Sakit dah kurang bang? "

" Aah betul dah kurang, tak macam tadi.."

Isterinya yang duduk di tepi mula tersenyum gembira. Berharap suaminya menemui kesembuhan di sini. Seperti beliau, kami juga berharap perkara yang sama.

"Ok, biasanya apabila sakit di bahagian Thoracic berkurangan, maka sekaligus masalah sebu perut akan turut berkurang. Selesai. Kemudian sekarang kita akan urut di bahagian belakang dan perut.. "

===

Setelah selesai rawatan air muka En Razmi nampak lebih segar dan gaya percakapannya juga lebih bertenaga. Berbeza daripada masa datang tadi.

" Sekarang berapa peratus perubahan yang berlaku ye bang? Ada tak 50% secara keseluruhannya? "

" Eh lebih bang. Tadi saya masa datang badan saya lemah, tapi sekarang ni rasa kuat, perut pun rasa lebih selesa. Perubahan sekarang ni dalam 70%.."

Alhamdulillah.. Gembira sekali saya dan team mendengarnya. Mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan yang berterusan kepada En Razmi. Amiin..

 

KLIK SINI UNTUK JOIN CHANNEL TELEGRAM ILMU URUTAN



HIGH IMPACT THERAPY 



(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)