7 step urutan kaki tak boleh bersila, pesakit dari Damansara ~




Seorang Juruteknik berusia 32 dari Damansara datang untuk mendapatkan rawatan. Kedua-dua belah kakinya telah menjadi tegang sehingga tak dapat bersila seperti orang normal.

“Dah berapa lama masalah tuan ni ye? "

" Dah sebulan bang saya tak boleh bersila.."

"Boleh tak ceritakan bagaimana masalah ni bermula? "

 Mula-mula tu ok je.. Tapi saya perasan sebelum kena tu kaki saya mudah rasa kejang bila bersukan, lepas tu kaki rasa ketat sikit, tapi semakin lama kaki saya jadi semakin tegang sampai dah tak boleh nak bersila."

"Boleh tuan duduk bersila sekejap? Saya nak pastikan tahapnya.. "

Apabila pemuda tersebut cuba duduk bersila, kedua-dua belah pehanya tak dapat cecah ke lantai. Nampak beliau sangat tak selesa dan cenderung untuk jatuh ke belakang.

"Ok takpe. Tuan masuk ke dalam tukar kain dulu ye"

===

Sebelum mengurut saya periksa bahagian mana yang paling tegang, kemudian yang kurang tegang.

Setelah saya lakukan pemeriksaan, saya dapati ketegangan yang paling berat berlaku di bahagian tepi peha, kemudian barulah bahagian peha sebelah dalam. Untuk kesempurnaan rawatan periksa sekali bahagian punggung, jika tegang urutkan juga bahagian tersebut.

Saya lakukan kombinasi antara urutan dan regangan tulang.

Alhamdulillah, selepas satu sesi rawatan beliau telah boleh bersila dengan lebih baik. 80% masalah telah berkurangan, tegang semasa bersila hampir tidak terasa.

Di sini saya kongsikan teknik yang saya gunakan. Mudah-mudahan ia juga turut memberi manfaat kepada anda.

===

Rawatan kaki tak boleh bersila
========================

1) Longgarkan bahagian sendi peha dengan cara pulas dan tarik. Semasa melakukan teknik ini pesakit perlu lembutkan kakinya. Sebelum tarik pulas dahulu ke atas dan ke bawah untuk melembutkan pelekatan sendi, kemudian tarik dengan cara sentap. Lakukan dengan pantas untuk kurangkan rasa ngilu pesakit.

2) Periksa bahagian punggung, sekiranya tegang maka urutkan bahagian tersebut. Kekuatan pergerakan peha juga bergantung kepada otot punggung, jadi urutan di bahagian tersebut turut membantu melancarkan pergerakan peha.

3) Minta pesakit mengiringkan badan. Urut bahagian tepi peha menggunakan tapak tangan. Pastikan tekanan merangkumi keseluruhan tepi peha.

4) Setelah selesai minta pesakit pusingkan badan ke depan. Cuba kepakkan peha dan tekan bahagian lutut ke bawah. Jika bahagian tepi peha masih kuat terasa tegang maka urutan di bahagian tersebut masih perlu diteruskan. Tetapi jika bahagian tersebut sudah longgar, maka kenalpasti otot tegang yang seterusnya.

5) Biasanya otot yang seterusnya adalah di bahagian peha dalam. Urutkan bahagian tersebut dengan menggunakan tapak tangan. Tekan dan tolak ke arah pangkal. Lakukan sehingga lembut.

6) Boleh lakukan bilasan untuk regangan sendi peha seperti point pertama. Ia akan membantu menggandakan lagi kesan rawatan.

7) Lakukan kiropraktik di bahagian lumber. Kerana sesetengah orang mempunyai masalah pinggang yang menyebabkan pergerakan kaki menjadi tersekat. Dalam kes ini ternyata regangan di bahagian lumber telah menjadi salah satu faktor kesembuhan beliau.

Alhamdulillah.. Dengan izin Allah semata-mata.


KLIK SINI UNTUK JOIN CHANNEL TELEGRAM ILMU URUTAN



HIGH IMPACT THERAPY 



(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).

Ulasan

  1. Assalamualaikum Tuan. Saya call nombor fone ni tak dapat lah. Saya ingat nak tawakkal kat sini. Tuan guna nombor fone baru ke ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)